Saturday, June 26, 2010

Sakit gigi

Rasanya dah lama I tak sakit gigi dan alih2 tetiba jer geraham atas I berdenyut2. Memula I ingat sakit biasa jer tapi lama2 sakit tuh makin menyucuk2 especially bila malam hari. I bukannya macam orang lain, setiap enam bulan pegi check gigi. I bila sakit jer baru pegi dentist. Paling last lepas beranakkan si Soraya. Bayangkan dah 10 tahun I tak penah pegi dentist. Aduhh ... sakit gigi bukan boleh buat main2 beb, nyilunya menyucuk2 sampai ke tulang hitam. Paling kronik, Khamis lepas siap google lagi cari dentist yang paling dekat ngan rumah I. Dan bila dah pegi klinik tuh, ada pulak dalam kita dok sakit2 tuh, si kerani klinik dentist tu cakap "you kena buat appointment dulu". Gila ke aper, kita tengah sakit, dia suruh kita buat appointment. "Kalau sudah emergency casepun kena buat appointment dulu ker". "Dah penuh kak, saya buatkan appointment untuk kakak pagi2 esok". Oklah, do I have a choice? Harap2 janganlah sakit berdenyut2 malam nih. Hampeh, malam tuh I takleh tidor, asyik berkumur ngan air garam jer, nak bagi hilang denyut. Ubat "pain killer" yang I beli kat Guardian tuh langsung takleh pakai, "tak lut langsung". So, the very next morningnya (pagi semalamlah), dalam perjalanan nak hantar Alea sekolah, lepas tuh terus gi klinik tetiba hubby sms cakap dia takleh ambil Alea sebab ada meeting kat Putrajaya. Alamak, camner nih, sapa pulak nak ambik Alea sebab I takut appointment I akan terlajak sampai tengah hari. Alea nak tak nak kena gak gi sekolah sebab nak sambut "besday" dia kat sekolah dan I dah cakap kat teacher nak bawak kek bagai. Takpalah, tawakal jerlah, kenkadang kita dalam kerumitan Allah akan lapangkan perjalanan kita.

I sampai klinik dalam kul 10am dan 10.30am, Dr dah panggil masuk. So, I estimatekan Dr tu akan kerjakan gigi I dalam one hour, sempat lagi nak ambik si kechik tuh. Sebelum jumpa Dr tuh, I rasa takutlah jugak. Yerlah, kita dah bertawon2 tak check gigi, malulah nanti kalau nanti bila bukak mulut jer, Dr cakap, "Ayo, your gigi so teruk onelah, berapa tahun you tarak check". Tapi. suprisingly, Dr tuh cakap "Your teeth looks ok cuma ada cavities, so I akan rawat in stages, meaning you kena datang tiga kali lagi jumpa I. Gigi geraham yang sakit tuh sebab dah berlubang teruk dan sampai ke nerve. What I have to do, in order to save the geraham, I akan buat root canal". Siap buat X-ray lagi, canggih betul rupanya dan barulah I tahu gigi I ni jenis yang pendek2. Lepas buat "root canal", next I kena buat "scaling" iaitu cuci gigi dan "crowning", tampal segala lubang2 gigi yang ada. Satu lagi proses apatah I tak ingat tapi Dr cakap proses tu susah sikit sebab gigi I nih pendek, susah nak potong. Nak tahu berapa kos semua .... dua hebu hengget lorr. Bulan nih, memang I kopak sungguh tapi kalau tak buat, I sendiri yang akan tanggung sakitnya in the near future. So, nak tak nak, sain jerlah kad kredit tuh. Sebenarnya, masa Dr tuh dok kerjakan gigi I, tak rasa sakit langsung, kuat sungguh ubat bius yang digunakannya tapi Dr tuh cakap I still akan rasa sakit dalam sehari dua lagi sementara nak tunggu "root canal"nya betul2 kuat dan mantap. Tapi memang betul, malam semalam bila datang denyutnya, rasanya macam nak menjerit punyalah sakit, datang pula sekali sekala, itulah yang buat kita lagi geram. So, I ada lagi tiga appointment dengan Dr nih, rasa2 inilah pertama kali I betul2 "overhaul" gigi I. Mintak2 lepas nih, janganlah sakit lagi ... tak tahan woooo .....

No comments:

Post a Comment