Thursday, July 29, 2010

Hero "Imam Muda" jadi kegilaan

I jarang tengok rancangan realiti "Imam Muda" nih tapi I kagum sebab program nih sebenarnya telah mendapat liputan meluas dan perhatian positif masyarakat bukan Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di Amerika dan Eropah. Sapa sangka, dalam ribuan program realiti TV yang bersifat hiburan, tak semena2 program ni tetiba menjadi "kegilaan ramai". Imam Muda mula mencuit perhatian antarabangsa apabila akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times membuat liputan perjalanan program berkenaan. Artikel dari akhbar itu berjaya mencuri perhatian media antarabangsa yang lain seperti The Wall Street Journal, The Associated Press (AP), BBC, AFP, International Herald Tribune dan Reuters dan mereka tiba di ibu negara untuk membuat liputan. Program ini turut mendapat perhatian dari majalah terbesar Eropah, Der Spiegel dengan edaran lebih sejuta naskah setiap bulan. Sepuluh calon Imam Muda telah terpilih melalui uji bakat yang diadakan seluruh negara menyaksikan lebih seribu penyertaan bagi musim pertama. Remaja yang dipilih telahpun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan tokoh agama, mengharungi cabaran getir dari urusan kelahiran sehinggalah urusan kematian. Mereka yang terpilih ni bukan sahaja "hensem" tapi "berilmu" ugama yang tinggi. Sejuk mak yang mengandung ... I ni pulak, anak dara I si Soraya tuh, bila agaknya nak qatam Quran .....


No comments:

Post a Comment