Saturday, July 17, 2010

Kak "Hajah" Kechik

Ini tahun 2004, masa si Kakak umur 4 tawon, I bawak dia mengerjakan umrah. Kami pegi ngan Utas Travels, kalau tak silap. Memandangkan I baru pertama kali ke Tanah Suci, mak Selayanglah yang banyak membantu. Ingat lagi sebelum pegi, setiap kali I sembahyang, I sentiasa berdoa semoga dipermudahkan amal ibadat I kat sana, maklumlah I bawak anak kechik. Alhamdullilah, sepanjang kami di sana, Soraya sikit tak buat perangai sampaikan orang tak perasan yang I ada bawak anak kechik. "Thks kakak, sebab permudahkan amal ibadat mummy, in fact, mummy kena dukung kakak pagi2 dan setiap kali untuk bersembahyang di Masjid Nabawi semasa kita kat Madinahpun, sikit mummy tak rasa penat". Kebetulan, jarak Masjid Nabawi dari hotel kami, agak jauhlah jugak tapi kat Mekah tiada masalah langsung, sebabnya, Masjidil Haram, memang dekat ngan hotel, kiranya dari tingkap bilik, boleh nampak orang sembahyang. Insyallah, kalau diizinkan lain kali, I nak bawak Alea pulak. Aminnn ....

p/s: Gambar paling bawah, kakak sempat berposing ngan Aznil lagi, kami jumpa masa di airport dalam penerbangan nak balik ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment