Friday, July 2, 2010

Family Day di Bukit Gambang Resort

Tahun ni ofis I buat Family Day kat Bukit Gambang Resort, Kuantan Pahang. So, tomorrow will be the daylah. Last sekali I join family day ofis ialah kat Cherating, rasa2 "dah berzaman2 lamanya". Bayangkan, masa tuh, Sorayapun tak ada lagi, maknanya lebih daripada 10 tahun ...uhhh lama sungguh. Tup-tup tahun nih, ntah apa mimpi yang merasok I, tetiba jer rasa nak gi, nak bawak anak2 gi berholidaying. Lagipun tempat nih orang kata ala2 "Sunway Lagoon" and cuma dua jam driving jer. Kenkawan I yang lain pun "terkezut rimau" bila I cakap yang I nak gi Family Day tahun ini. This time around, I bawak sekali mak Selayang, Azean ngan anaknya Kimi. Bukan apa, murah sangat, dapat apartmen dua bilik lagi, kalau tak bawak orang lain, rugilah pulak. Camnerpun Azean campur ngan anaknya kena charge RM100. Alah, setakat 100 hengget, lekat celah gigi adik I jer, lagipun apa salahnya, daripada abih ke beronggeng, baik sekali sekala bawak anak jalan. Itupun I paksa dia ikut I gi family day nih, rasanya kalau dia tahu berbayar, "harus taknak pegi" tuh. Bukan apa minah nih, semuanya nak free, mana boleh beb ...

I cadang nak bertolak dalam kul 10 pagi esok. Tak tahulah, yang nak pegi nih semua tak reti jalan so I dok harap kat sign board jerlah. Sampai nanti, mungkin akan terus ke theme park sebab check in kul 3 petang. I nak bagi bebudak tuh puas mandi/main, lepas tuh baru check in sebab kalau dah keluar dari theme park tuh dah takleh masuk balik. Mungkin jugak I nak mintak check in awal setengah jam, bukan apa, mak Selayang I nih mesti nak sembahyang dan rehat, bebudak kalau nak sambung mandi, ada swimming pool kat hotel. Sebenarnya, I pun takleh nak bayangkan macam mana ropanya tempat nih. Makan tengah hari akan disediakan dan untuk makan malam pula, bertemakan "bolasepak". Banyak aturcara lain disediakan terutama sekali untuk bebudaklah. So, harap2nya dapatlah I dan family bergumbira kat sini .....

No comments:

Post a Comment