Saturday, July 31, 2010

Rajuk si Alea

Semalam I tak keje, so I bawaklah anak dara kechik I gi OneUtama. Cadangnya nak cari dapur, nak ganti yang lamanyer walaupun masih elok lagi. I nak cari yang canggih sikit. Ingat tak, masa I gi family day kat Gambang dulu, I dapat voucer Jaya Jusco 50 hengget, campur pulak voucer 150 hengget yang I dapat masa "ntah tak hengat pulak bila", adalah dalam 200 hengget, so I nak belilah "something" yang boleh dipakai lama. So, lepas si kechik ni puas memain kat Kidzsport ngan si Dewi, I pun bawaklah ronda2 dalam Jaya Jusco. Awal2 lagi dia dah cakap kat I, "Aya wan toys mamee". "Okay". Dalam dok mengelintau tuh, ternampaklah dia toys Toy Story, terus dia ambik, bukan satu, dua beb ... peluk kuat2 lagi. I pun tengoklah "rega"nya, waduhh ... satu 199 hengget, satu lagi 328 hengget, boleh pengsan I dibuatnya. Kalau setakat 50 hengget tu, I tak kisah sangat, tapi kalau dah cecah 500 hengget lebih tuh, rasanya tak terdayalah I. "Dik, lain kalilah kita beli okay, banyak sangat barang mummy nak bawak nih". "No wan, no wan, Aya nak toys nih, Toi Stoyi". "Ok, kita belilah nanti, jom cari Ben-10 dulu". Walaupun taknak lepaskan toys2 tuh, I ambik jugak and lepas tuh, cepat2 heret dia turun escalator. Nasib baiklah Alea nih bukan jenis yang "guling2" tapi I nampaklah juga ada air mata kat pipi dia. Bukan I tak nak beli, dia dah adapun Toy Story punya toys, so, buat apa I nak membazir. Anyway, I belikan juga dia t-shirt Ben-10 tapi dalam kete tak abih2 si kechik ni marah I, "Mamee, a'at (jahat), mamee a'at (jahat)". Muncung jangan cakaplah ... boleh sangkut hanger beb ... merajuklah tuh .....


No comments:

Post a Comment