Friday, July 9, 2010

Paul, Si Sotong


Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...

Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........

No comments:

Post a Comment