Tuesday, May 25, 2010

Dewi aka Kak Wiwi

Dewi aka Kak Wiwi seperti mana yang dipanggil anak dara kechik I, Alea ialah pembantu rumah I yang berasal dari Indonesia. Berusia dalam lingkungan 35 tahun dan sudah mempunyai seorang anak yang berusia 11 tahun. Dewi sudah bekerja dengan I hampir empat tahun iaitu seusia dengan Alea. Alhamdullilah, Dewi banyak membantu dalam tugasan seharian I di rumah. Kiranya, kalau dia takda, I boleh "patah tangan patah kaki" dan Alea boleh "kurus kering"lah dibuatnya. Apataknya, hanya Kak Wiwi nilah yang pandai "layanzzz" Alea mamam. Sebelum dia bekerja dengan I, Dewi pernah kerja dengan majikan Pakistan yang merupakan seorang doktor dan kemudiannya doktor itu balik ke negara asalnya. Boleh dikatakan Dewi ni cekap dalam pengurusan rumah - dari menjaga anak, membasuh, memasak, mengemas, berkebun hinggalah kepada kerja tukang menukang. Part2 pasang lampu, betulkan gate dan kadang2 singki air, "setakat kochik2" tuh takyah panggil handyman melainkan kalau ada "problem kronik". I nih jenih majikan yang tak "berapa fussy" sebab pada I yang penting Dewi ni dapat jaga anak I dengan baik. So far, jagaan anak2 "tip top". Memandangkan I nih seorang wanita bekerjaya (eewahhh), so pembantu rumah amat penting untuk I. Lainlah yang mengharap duit laki semata2 dan hanya duduk mengangkang kat rumah, memanglah tak perlukan khidmat pembantu rumah. Selain dari jaga anak, part memasak dan membasuh tuh, tak berat sangat memandangkan hanya dua tiga kerat jer dalam rumah nih. Mengemas rumahpun, dua atau tiga minggu sekalipun dah lebih daripada cukup sebab takda sapa yang buat "kecah"pun. Kalau I ada kat rumah, lebih banyak masa I "berkubang" dalam bilik, Alea dah tentu "bawah ketiak" I semedang, so tingkat bawah takda orang usikpun. I tak penah halang maid I ni daripada berehat. Yerlah, dia bukannya robot, nak jugak berehat, bersantai sambil menonton. Kat rumah I nih ada tiga Astro berasingan so Astro yang kat tingkat bawah tuh, khas untuk si Dewi ni tengok sinetron. Kalau pegi mana2pun, mesti I angkut sekali si Dewi nih. Part2 makan kat hotel kalu, memang tak penah miss, duduk semeja lagi, apatah lagi pegi berholidaying. Ada sesetengah majikan tuh, dorang rasa "terhina sangat" kalau duduk semeja ngan pembantu rumah .... pirrah, kentutpun sama busuk, tak setaraf konon ... hey, lu ambik cermin lu suluh muka lu dekat itu cerminlah ....

No comments:

Post a Comment