Monday, May 10, 2010

A mummy's love is priceless

Semalam Hari Ibu. Sempena hari yang begitu istimewa ini, I ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada mak I kat Selayang dan juga mak mertua I serta semua mummy2 di seluruh dunia. Untuk kedua2 ibu, I ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala kebaikan dan jasa yang telah dicurahkan, hanya Allah yang akan membalasnya. Untuk mak Selayang, kami adik beradik bawak dia makan kat restoran "peeping-peeping". Memula I cadang nak bawak emak I gi makan kat Hotel One World tapi dah penuh bila I call nak buat reservation. Nasib baik, malamnya, my brother pulak call, kata nak bawak mak terai kat restoran "peeping2" tulah, ok jugak, why not. Lagi satu, adik beradik I nyer style, suka makan "berhidang", kiranya, orang kata puaslah makan walaupun habih berhebu hengget. Makan kat hotel pulak, memanglah "glamer and class abih", tapi rasa macam tak bebaloi dengan "pitih" yang dikeluarkan. Bukan apa, dek terlampau banyak sangat pilihan, tak tahu nak makan apa ... last2 sekali makan "seciput" jer, bila balik rumah baru rasa menyesal "pasal apa aku tak melantak betul2 tadi".

Anak2 dara I pulak, si kakak, Soraya ucapkan "Happy Mother's Day" via SMS dan adik pulak, siap buat kad "I love Mummy" kat sekolah nak bagi mummylah tuh. "Thank You, sayang2 mummy". Kenkadang, memang tak dinafikan, sikap dan kata anak2 boleh buat kita berjauh hati dan berkecil hati. Ada satu occasion tu yang membuat I "kecik dan berjauh hati" sampai sekarang. Ntahlah, nak ambik hati sangatpun, bebudak ... ntah tahu, ntah tidak, apa yang dorang perkatakan. Tapi, "mummy is always a mummy, they will forgive and forget". So, untuk Soraya and Alea, "no matter what happens, mummy will always love both of you ... sayang sangat sangat, dunia dan akhirat ..."

No comments:

Post a Comment