Tuesday, May 18, 2010

Lunch di "Hak Wok Kepe"

Sabtu depan nih, I plan nak bawak mak Selayang ngan rombongan cik Kiah I lunch kat "Hard Rock Cafe" di Concorde Hotel. Si kechik I, Alea panggil "Hak Wok Kepe". Saja jer nak bawak mak I tuh "jalan2 cari makan", sebab masa "Mother's Day" hari tuh, patutnya I nak bawak makan di "One World Hotel" tapi dek sebabkan dah "full house", tak jadilah pulak. Anyway, makan kat "peeping2 restoran" harituh pun ok jugak. Bukan apa, rezeki I bulan nih, memanglah murah sangat. Duit "backdated yearly increament" I pun kiranya tak abih lagi. Hiss ... belagak sungguh. Tapi orang kata kalau belanja mak makan, lagilah murah rezeki I. Biar mak Selayang tuh rasa "happening sikit". Biar dia rasa dan tengok sendiri macam mana ropanya "Hard Rock Cafe" tuh. Jangan dia "terkezut badak" dahlah. Anyway, setakat belanja mak sorang aje, berapa hengget jerlah nak luak duit I. Lagipun, masa tuh dah dapat gaji. Selalu kalau bawak kuar makan2, mesti mak I makan makanan "orang melayu" ngan minuman wajib dia "air sirap" kali nih I nak suruh dia makan "makanan omputih" lah pulak. Sekali sekala, apa salahnya ubah seleralah pulak. Sebenar dah lama I plan nak lunch kat situ tapi asyik sibuk memanjang ngan bowling, tulah yang asyik delay ... delay ... delay. So harap2 kali nih mesti jadik punya ........

No comments:

Post a Comment