Monday, May 3, 2010

Hubby-Wifey 18th annivessary

Pejam celik, pejam celik, dah masuk 18 tahun I ngan hubby "together-gether". Kalau diikutkan usia perkahwinan kami ini, anak sulung patut dah masuk 17 tahun tapi disebabkan rezeki dapat anak lambat, maka anak dara besar kami si Soraya, baru menginjak usia 10 tahun dan si kechik Alea pulak 4 tawun. Takpelah, itulah yang dinamakan rezeki. Sempena sambutan ulangtahun ke-18 ini, I sebenarnya tak mengharapkan apa2 dari hubby tapi hantaran sejambangan bunga dengan 18 kuntum bunga ros beserta dengan teddy bear ke pejabat I kira-kira pukul 3 ptg tadi cukup mengharukan I. Rasa hubby begitu dekat sekali dengan I pada saat itu. Bagaimanapun, sekali lagi ingin I memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana masih mengekalkan hubungan kami sebagai "hubby-wifey" dan semoga jodoh kami akan terus berpanjangan dan diberkati Allah. Untuk hubby, "terima kasih atas segala2nya".

No comments:

Post a Comment