Monday, May 24, 2010

Rezeki lagi

Itulah rezeki namanya. Sabtu, I belanja mak Selayang I makan, Ahad pulak I menang bowling, prizes plus cash worth 500 hengget. Oklah tuh, betul tak I cakap, tak rugi kalau kita menyedekah kat orang, janji mesti tulus ikhlas ... insyaallah, Allah akan balas, tak banyak, sikitpun jadilah. Duit hadiah menang tu pulak, I buat belanja dapor, kiranya rezeki I tak lari ke manalah. Selalunya, apa2 cash prize, I akan beli something yang boleh I guna, contohnya barang elektrik tetapi memandangkan barang elektrik I yang I menang boling tournament2 yang sebelum2 nih masih berlambak-lambak tidak digunakan, so duit tuh I "konarkan" guna beli barang2 daporlah. Kenkadang I tak fahamlah, ada sesetengah orang tuh, kedekut sungguh nak kuarkan duit, bukan selalupun belanja, sekali-sekali. Ini tak, asyik dok tunggu orang lain belanja jer ... mana boleh beb, kitapun mestilah ada segan silu sekali sekala. Seriously, I kalau orang yang sama asyik kuarkan duit blanja makan, naik segan jugak. I, insyallah, untuk mak Selayang, sikitpun I tak kedekut, itupun kalau I berduit. Yerlah, bila kita berduit, buat cara berduit, tapi kalau tak berduit, kita tunggu sampai berduit. I selalu pesan kat adik pompuan I, bagilah duit kat mak sekali-sekala, tak banyak sikitpun jadilah, sebabnya duit yang kita bagi itu memberkatkan lagi rezeki kita.

Ni nak citer sikit pasal bowling hari Ahad tuh. "Wa cakap lu, proud abih wa bila semua bos2 besar wa turun tengok wa bowl, tambah2 jadi champion lagi. Tak cukup ngan tuh, wa jadi pemain terbaik pompuan lagi, mengalahkan saingan terdekat wa, si Pah". Kan ker best, kalau selain exam jadi kriteria untuk naik setakuk, apa salahnya pihak management jadikan bidang sukan ni also one of the criteria. I pun dah pass exam jugak tapi "second batch". Bukan setakat pass, I pun involved actively dalam sports, kat situ, dah ada dua kriteria penting untuk dipertimbangkan. I rasa I lebih banyak "bergesel bahu" dengan para CEOs dan menaikkan "nama organisasi" di mata2 media massa yang lain kalau nak dibandingkan dengan depa2 yang naik setakuk sebab pass exam "first batch" tetapi cuma "terceruk kat opis" tuh. Part2 keje, I rasa sama jer, kalau tak takkan I dapat khidmat cemerlang sampai dua ker tiga kali (lupalah pulak, sebab dah lama dapat). Wa cakap lu, yang pastinya bukan sekali ... tak baguih lagi ker tuh untuk dipertimbangkan .....

No comments:

Post a Comment