Monday, May 17, 2010

"Slumber Nite" yg "selamba abih"

Malam Sabtu lepas, kelab "pompuan" opis I buat "Ladies Nite" bertemakan "Slumber Nite". Memang selamba abih. Bayangkanlah kita pegi dinner, takyah sibuk nak pakai baju "lap lip lap lip", takyah nak set rambut bagai dan takyah nak mekap "ala2 tepung gomak". Sarungkan aje baju tidor. Sesapa yang tido tak pakai apa2, datang bogel jerlah ... okay ape, lebih kurang sama jer patternnya. So, malam tuh, berpesyen2 baju tidorlah yang dipergayakan. Dari baju kelawar, pyjamas cotton, t-shirt nipih "Hello Kitty", track bottom, pesen ala kimono sampailah kat baju satin mengerlip dan beropol... semua ada. Kiranya kalau orang jantan tengok ... meliyorkanlah jugak. Paling best semuanya sporting, apatah lagi yang organise "Slumber Nite" nih geng2 happening kat opis, jadi bertambah happeninglah jadiknya. Sapa sangka, dari yang paling berpangkat superior hinggalah yang ke peringkat bawahan, semua sama naik, semua enjoy sakan. Part makan pulak ... oh mak datok, makanan berlambak2 dan pelbagai jenih sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu sebab dah terlampau banyak dan sedap2. I macam biasalah, bila ada function2 macam ginih, I jarang makan banyak tapi bila sampai rumah "menyesallah pulak sebab tak melatak tadih". For those yang nak bermalam kat hotel nihpun boleh jugak sebab pihak hotel bagi dalam RM80 semalam kalau tak silaplah. Macam2 acara/game diatur. Antaranya catwalk yang dimenangi oleh editor bahagian Rencana, Puan RM (wa cakap lu daring abih ... especially part yang last tuh, ada bukak2 beb) acara rebut bantal dimenangi oleh kerani bahagian admin dan acara2 lain seperti performance and miming serta teka watak "filim" dimenangi oleh "Team rogna purple". Acara selingan, biasalah "karaoke" dan cabutan bertuah. Part hadiah, macam yang I pernah tulih dalam entry terdahulu, sesapa yang mengorganise event kat ofis I nih, prizes memang "tip-top". Macam biasa, semua orang dapat, cuma hadiah yang berbeza2, ada yang mahal dan ada yang murah. Grand prize microwave and I pulak, memandangkan nama I antara yang terawal dicabut, so hadiahnya "a bit ciputla". I dapat mangkuk seramik buat perhiasan ... oklah, isi cantik, kotakpun berflower2 gituh. I malam tuh kejenya dok gelakkan orang tapi bila kena menari atas pentas, "tetiba jer I jadi kayu ... tak retilah beb tapi belasah jugak sebab nak menang". Tapi yang kelakarnya, ada sorang kakak nih, dia staff kat Kelang ... "wa cakap luh, Inul pun boleh nangis tengok dia bukan aje gelek punggung, siap goyang tetek lagi, bergeter-geter". Rata2, semua orang happy sebabnya, apart from "ahli kelab" we all juga jemput "those pompuan2 yang dah lama meninggalkan ofis atas sebab pencen awal atau lain2" dan tidak ketinggalan wifey2 yang hubby memasing kerja kat opis tuh. Itulah semangat ofis I, tak kira apa juga function, spouses masing2 turut diberi keutamaan untuk turut serta. Next function yang akan diorganisekan oleh "kelab pompuan" I ni ialah "Bershopping sampai pengsan kat Bandung". So ... yuk kawan2, apa tungguk lagi ... daftar namanya bangat ....

No comments:

Post a Comment