Thursday, May 27, 2010

Seminggu Alea tak sekolah

Sepanjang minggu nih, anak dara kechik I tak pergi sekolah dan sepanjang minggu nih lah jugak, kerja dia asyik tengok kartun, kartun, kartun. Kejap channel 616, kejap 615, kejap 613, lepas tuh balik ke channel 616, asyik pusing balik-pusing balik, channel yang sama jugak. Lepas tuh kalau dah boring, abih semua buku "A,B,C", "1,23" dan "kalering" disepah2kannya untuk dibuat "conteng-conteng". Kenkadang kesian tengok dia, takda kawan2 and I pulak keja sampai malam. Selalu bila sampai rumah, si kechik ni dah tido.
"Seronok yer adik duduk rumah, tak gi sekolah".
"Aya demam (Alea demam)".
Memangpun Alea demam sejak Sabtu lepas and I ambik keputusan sepanjang minggu nih, takyahlah dia pegi sekolah. Lagipun, hari Selasa memang takyah pegi cuma those yang involved dalam "school trip" jer kena ada kat sekolah, hari Rabu cikgu bagi cuti rehat dan Jumaat dah public holiday, kiranya dua hari jerlah anak dara I nih "ponteng sekolah". I bukannya nak galakkan si kechik nih tak gi sekolah cuma I taknak demam dia merebak tu aje. Maklumlah sekarang nih musim tak menentu, bila datang panas, bahangnya "lak lil lak lik gitu" dan bila musim hujan pulak, sejuk tak menentu. Kalau boleh I nak make sure yang Alea dah "betul2 ok" barulah dia boleh pergi sekolah balik. Yang paling best jugak, sepanjang minggu Alea tak sekolah nih, I anak beranak boleh bangun lewat, kiranya "tido sampai tak hengat dunia"lah.

No comments:

Post a Comment