Saturday, September 19, 2009

Jari disusun, maaf dimohon

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri esok, I ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun serta maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa serta tersasar kata-kata yang mungkin terkandung dalam catatan blog I selama ini sehingga ada yang tersinggung dan terasa hati walaupun apa yang tertulis itu tidak ada kena mengena dengan mereka yang membacanya. Hati ini tiada niat selain daripada ingin mencurah apa yang terkandung di dalam hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagaimanapun, kehadiran Shawal yang mulia ini, biarlah kita sambut dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas.

BUAT HUBBY TERSAYANG :
"Saya mintak maaf dzahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesalahan atau dosa yang telah saya lakukan terhadap awak. Kadang2 kita terlepas pandang dengan apa yang kita lakukan seharian. Kalau tak diberitahu, kita tak tahukan. Saya juga minta dihalalkan segala makan dan minum selama kita hidup bersama. Begitu juga dengan wang ringgit, sama ada yang saya terambil dengan sengaja atau tanpa disengajakan, saya mintak halal dunia akhirat. Terima kasih juga kerana telah memberikan segala kemewahan kepada saya dan anak2 selama ini dan saya akan kenang itu sehingga akhir hayat. Semoga jodoh kita akan terus berpanjangan. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.


SORAYA DAN ALEA:
"Untuk anak2 kesayangan mummy, mummy mintak maaf kalau mummy selalu marah kakak dan adek. Marah itu tandanya sayang yang teramat. Mummy juga mintak maaf sebab mummy jarang luangkan masa untuk anak2 mummy ni. Yerlah, weekend, jer, mummy asyik terperap dalam bilik, malas nak keluar. Bila hari kerja jer, asyik balik lambat. Insyallah, mummy akan cuba luangkan masa seberapa banyak dengan kakak dan adek. Yang penting selalu ingat yang mummy akan sentiasa sayang kakak dan adek sampai bila2pun.

MAK/MAK MERTUA:
"Saya mintak maaf pada kedua2 mak jika saya ada berbuat salah ataupun terkasar bahasa selama ini. Kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh mengguriskan perasaan orang tua sendiri. Satu hari nanti bila kita dah tua, barulah kita rasa. Pada mak, terima kasih kerana telah membesarkan saya selama ini dan pada mak mertua, jasa mak ketika menjaga saya dalam pantang dulu, amat saya hargai. Kenkadang dalam kehidupan, kekeliruan boleh membawa kita kepada satu persimpangan yang sukar kita telah. Selamat Hari Raya mak2 berdua, semoga panjang umur dan murah rezeki.

ADIK BERADIK/IPAR DUAI:
"Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Kita adik beradik ni, ada sahaja perbezaan pendapat. Gaduh-gaduh, bermasam muka itu adalah perkara biasa dan itulah lumrah manusia. Tapi ini semua terpulanglah kepada diri sendiri untuk menafsirkannya. Segalanya adalah ketentuan Allah. Selamat Hari Raya, semoga semua berbahagia hendaknya.

UNTUK DIRI SENDIRI:
"Semoga tabah melalui segala dugaan. Ingat, Allah menduga umatNya yang terpilih dan Dia sayang. Segalanya ada hikmah yang tersendiri yang kita sendiri tidak dapat gambarkan. Sempena menyambut Hari Lebaran ini, semoga Allah akan terus memberkati serta memurahkan rezeki dan seterusnya memudahkan perjalanan hidup ku dan anak2. Amin".

No comments:

Post a Comment