Thursday, September 3, 2009

Perang program masak di TV

Kalau ada yang kata tak pandai2 jugak masak, memanglah bohong. Kat TV sekarang ni, berlambak2 program masakan. Sebut jer apa resepi, semua ada. Dari masakan Melayu, Cina, India, Mamak hinggalah ke omputih, semua ada. Antara nak ngan tak hendak jer. Dewi, yang dari Indon tu pun dah terrer masak. Hari tu dia masak laksa Penang dan asam pedas, sedap woiii. I pun sebenarnya bukannya tak reti memasak, pandai , cuma ada penyakit MALAS jer, bak kata kawan I, "kepala M tu besar sangat, dah lama terlekat kat ko". Takyah tunggu bulan posa, bulan tak posapun, dah berlumba2 TV tayang program masakan, apatah lagi bulan posa. Kat RTM jer, ada program masakan Sajian Ramadan Bersama Chef Wan, Uli-uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri; Aneka Rasa Ramadhan; Ketuk2 Ramadan Bersama Sheila Rusli, Jom Rasa, Kulinari Daisy Chef Liza; Citarasa Selebriti Siti Nurhaliza dan kat Astro pulak Perang Kuali, Bersama Anita ... macam2 lagillah sampai I pun dah lupa.

I nipun setakat tengok jer program masakan tu. Kalau orang lain agaknya, siap ngan buku pensil lagi. Yerlah tu, setakat salin jer buat apa, masaknya tidak. Paling best I suka Chef Wan, sebab dia jenis yang slumber dek jer. Macam mana tangan dia berjalan, macam tulah juga mulut dia ber"pot-pet-pot-pet". Macam I lah juga, segala jenis buku resepi ada, masaknya tidak. Ada sekali tu, I tertengok Chef Zam masak. I suka masa dia gemok dulu, nampak chubby, bila dia dah kurus, sedut lemak, muka dia nampak haggard sangat, rambutpun dah macam takda. Tapi yang paling jadi pantang mak datok I, eee ... geli, kalau tengok tukang masaknya pakai cutex sambil memasak. Terbaru I tengok sorang dramatis ni masak tapi kuku bercat, langsung jadi tak berselera I. Pleaselah, yang mana yang Islam tu, jagalah adab sikit. I mungkin nampak moden tapi a bit konservatif.

I kenkadang kagum ngan SIL, si Yati, rajin betul pompuan ni memasak, kiranya dia sikit terrerlah daripada I. I pulak, sekarang ni, paling terrer masak "Daging dendeng" resepi yang kawan I bagi, memang senang dan ringkas. Rasa2nya Hari Raya ni, I nak buat masak "Daging dendeng" lah. Lagi satu, I dah janji ngan kawan I si "samdol ala kadol" yang I akan jamu dia satu family makan masakan air tangan I kalau apa yang I hajati dimakbulkan Allah. Ada ke patut dia boleh tergelak golek2 bila I cakap macam tu. "Ko belum rasa lagi masakan aku, sekali ko rasa, ko suruh aku bukak restoran beb".

No comments:

Post a Comment