Tuesday, September 8, 2009

Somebody call 911, mummy's fire burning

"Somebody call 911, mummys fire burning. I gotta cool myself down, gotta cool myself, mummys fire burning, fire burning ... hotter than the sun of south of the Spain ... ahaaa". Itulah lagu Sean Kingston yang I dah olah balik. Mana tak berasap dibuatnya, kalau tak control boleh terbakar gitu. Apataknya, geram betul ngan anak dara sulung I, si Soraya. Dari petang Jumaat lagi, I dok tanya dia, "Kakak, ada homework tak, kalau ada baik abihkan, kalau tak paham mummy boleh tengokkan (tengok jerlah)". "No mummy". Ok settle. Pagi Sabtu sebelum I kuar keje and petang Ahad, sebelum I kuar bukak posa ngan kenkawan, lagi sekali I jengok dia kat bilik, tengah dok membelek laptop dia, "Kakak, sure ya takda homework, jangan last minute baru nak buat". "Aiyaa, surelah mummy". "Oklah, mummy gi dulu, love you". "Love you too".

Alih-alih, pagi tadi, lepas tiga hari cuti (campur Isnin, cuti Nuzul Quran) masa nak gi sekolah, dalam kul 7.15 am, I pun masuk bilik dia. "Eh, apsal you nangis ni, dah besar2 pun nak nangis lagi". "I got maths homework, I haven't done yet. I really forgot". "Astagfirullahalazim, dua kali mummy tanya you, you kata takda, tiga hari boleh tergedik2, main tak ingat dunia, berjalan jer, pagi ni pulak kata ada homework, macam mana pagi ni boleh teringat pulak, yang tiga hari lepas, tak ingat langsung". I memang hangin betul, sebab I memang dok peringatkan dia pasal homework. "I forgot mummy". "So, where is the book, dah nak terberak baru nak gali lubang". Bayangkanlah, we have another half an hour before the school started. "Buku work book maths yang baru, I tak jumpa, tak beli lagi kot". "Ha, macam mana tak beli lagi, kan papa dah belikan semua buku kerja you." "Here, mummy, I dah jumpa." "Ok, how many pages kena buat". Waduhhh ... bukannya sikit, four pages pulak tu, depan belakang .... boleh ke siap dalam masa yang singkat. Ohh ... nasib baik, most of the exercises tu dia dah buat ngan cikgu tuisyen, copycat jerlah balik, nak buat camner, dah darurat ... yang first two pages tu nasib baik I faham, bolehlah I bagi "jawapan express". "Walaupun mummy dapat "enam fening" masa zaman2 mummy exam dulu, terror jugak mummy rupanya".

Dalam kete masa nak hantar anak dara I gi sekolah, sempat lagi I sambung lecture. "Youpun, next time nak gi mana2, inform mummy, bukannya mummy nak ikutpun, bukannya mummy tak bagi you gi mana2pun, pergilah ke langit, ke bulan, yang penting bagi tahu jer. At least have the courtesy to tell me first. Kalau mummy tido lagi, you can always call me later, apa gunanya papa belikan phone yang canggih manggih untuk you. Ada emas ke dalam mulut tu. Bukannya mummy takleh call, boleh, tapi kalau mummy call, you bukannya selalu dengar phone you ringing. You don't have to wait people to tell you when to call when not to call. Tengok, everytime mummy nak gi mana2, sure mummy akan jumpa and hug you and adik first. I never fail to do that because I love both of you walaupun mummy jarang ada ngan you. Betul tak?. "Betul", hujung2 telinga jer I dengar dia jawab, macam tikus cemburut.

Sampai jer kat sekolah, sebelum kuar kete, I cakap kat Soraya, "Mummy mintak maaf kalau mummy marah you ok. Mummy marah you sebab mummy sayangkan you, sayang, sayang, sayang sangat kat you. You pun janganlah take things for granted". Sambil cium pipi and salam ngan I, diapun balas balik,"I love you too mummy".

Sapa yang tak sayang anak beb, tapi anak2 ni kalau dimanjakan sangat akan "naik mua", mengada2 tak tentu pasal (kalau ikutkan hati, bagi penampor jer). I memang strict tapi tak pernah naik tangan, cuma acah2 jer dan bila ngan I, takda sesapa, Soraya ni boleh pulak jadi independent, semua boleh buat sendiri tanpa kena suruh. Si Alea pulak, memang ada I siap rotan belakang pintu sebab kalau dia terlalu "degil", I ambik jer rotan ni, acah2 kat lantai, automatik dia diam macam "kucing monyok". Mana ada anak yang tak degil, tak dengar katakan, kita memang boleh ikut cakap anak2 dengan syarat "apa yang kita cakap dorang mesti dengar balik, jangan tak dengar, ini tak, apa yang dorang nak jer kita yang kena ikut, mana boleh jadi, not with me ma.....". Apa2pun, mummy akan sentiasa sayang anak2 mummy, dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment