Monday, September 14, 2009

Tahun ni no kueh raya

Tahun ni, I tak beli sangat kuih raya. Belipun yang mana I suka makan iaitu biskut badam white/dark chocolate, biskut badam salut white choc and cheese chocolate kek ... sedap beb, wife officemate I yang buat (sebutpun dah terliyoq). Memang confirm dan "wajib maqronah", itu semua untuk makan sendirian berhad. Bukan apa, last year beli banyak2pun, takda sapa makan, abihpun sebab bawak gi ofis. Itupun ada lebih lagi, last2 buang jer sebab dah bercendawan. So tahun ni, I ambik keputusan, takyah beli banyak2, cukup2 untuk makan jer ... abih cerita dan tak membazir. I sekarang ni kena berjimat cermat sebab ekonomi tak berapa baik. Part cookies2 ni, anak dara I pun kureng makan, cuma si Soraya jer yang suka kueh semperit, semperit huruf "S" lagi ... macam2 bebudak sekarang ni.

Walaupun Hari Raya bagi I tetiap tahun sama jer, macam hari biasa2, maklumlah dah beranak pinak, tapi tak semestinya I langsung tak nak meraikannya pulak ... raya, raya juga, sapa pulak kata I taknak beraya. Si Dewipun dah mula sibuk sakan menukar segala langsir (langsir I dua pasang jer, dok tukar mai yang tu jerlah tetiap tahun ... tak kuasa akak nak tempah baru), langsir sliding door, langsir bilik I, bilik Soraya, tukar sarung bantal2 kechik sofa, alas meja, alas piano, tampal wall paper, tampal kayu lantai yang dah terkopek, cuci cermin tingkap dan segala2nya, just name it ... semua dia buat. Takda yang baru, semua "recycle" punyer. Cuma tahun ni, takda ponjot pelita sebab tukang pasang ponjot not available. Takpelah, takdapun takpa, raya serupa tu jugak, takda bezanyapun. By the way, Raya tahun ni jugak, I dah ada plan sendiri ... jeng...jeng...jeng... rahsia, nanti kalau bagitahu takut tak jadilah pulak tapi harap2 semuanya berjalan lancar. So, kita tuuunnngguuu ......

No comments:

Post a Comment