Saturday, September 5, 2009

Alamak, I sudah ter"overspent"

Alamak, bulan ni I dah ter"overspent"lah pulak. Punyalah lama tak "bershopping mopping", tetiba jer tanpa dirancang, tak tahu macam mana, I boleh terlanggar "janji-janji manis I sendiri untuk tidak membazir tak tentu arah terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini". Macam semalam I tak kerja, I gi KLCC, cadangnya nak teman kawan, tapi terbaliklah pulak, dia pulak yang teman I bershopping. "Giler ke apa", I boleh borong tujuh helai baju yang sama pattern tapi different colours dengan alasan I memang dah lama cari baju yang style tu, baju ala-ala kemeja yang ikut badan. Lagipun murah sesangat kalau nak tengok pada brandnyer, brand Cultivation, tak silap I. Oklah, lepas tu, pegi pulak kat bahagian kasut, nasib baik, kasut yang I minat tu takada saiz, kalau ada saiz, melayang lagilah duit I. Turun bawah Isetan tu, pegi pulak kat bahagian kosmetik, cadang memang I nak cari perfume sebab perfume dah abih. Bukan setakat perfume, skincarepun I beli, lipstik sampai dua pulak tu. Aduhhh ... kali ni I tenyeh jer kat kredit I.

"Aku nak cari baju raya anaklah, baju si Alea, kakak dah ada", I cakap kat kawan I tu. Nasib baik bila sampai kat Guess butik tu, punyalah ramai orang, so kitorang tak jadi masuk. "Takpalah, nanti aku datang kemudian, beli untuk si Alea senang, takyah bawak dia, si kakak cerewet sikit". "Eh, jom, kita pegi Ampang Park sat, aku nak tukar baju kurung mak aku". Baguslah kawan I ni, ikut jer, tak kisah langsung. So, kitorang pun naiklah LRT ke Ampang Park. Sampai Ampang Park, aduh lagilah giler, tengok baju kurung yang new arrivalnya ... mak datok cantik ... juling mata I tengok. Belek punya belek, punya belek, kawan I beli sepasang tapi I baju kurung dah banyak sangat kat umah so I cadang nak cari baju linen biasa jerlah. Memangpun, tetiba I berkenan ngan satu baju tu, colourpun cantik so apa lagi ... I boleh "selamba badak" jer beli tiga pasang siap ngan seluar lagi dua pasang, padahal seluar dah berlambak2 kat rumah. Astagfirullahalazim ... apa nak jadik ngan I ni. Okay ... tak abih lagi ... tenyeh menenyeh terus bersambung hingga ke petang pulak.

Petangnya, sempat I gi One Utama kejap, kononnya nak cari cream kulit untuk si Alea, alih2 tersinggahlah pulak kat Parkson, tertengoklah pulak ada promotion jual sendok dan segala bagai kuali yang tak melekat tulah. I gasak boleh borong sendok sampai tujuh dan kuali satu, lepas tu siap beli bed-sheet dua pasang lagi tu. Takpalah, semua tu untuk raya. Menenyeh lagi. Lepas tu menyesallah pulak, sambil jalan nak gi parking, sempat I dok merepek kat diri I sendiri, "Ya Allah, apsal aku beli semua ni, ni belum masuk baju anak2, adoi ... fenin aku, fenin, fenin".

Itulah, nasib I kerja, pegang duit sendiri, takyah nak mintak kat sesapa. Rasa nak beli, beli jer lepas tu rasa menyesallah pulak (kejap jer tu, lepas tu buat lagi). Bayangkan those yang tak kerja, tak pegang duit sendiri, "memang boleh beli kalau rasa nak beli, mintak jer kat husband, no hal one, tapi the thrill nak membeli tu tak sama dengan those yang memang pegang duit gaji sendiri". Oh ya, sebut pasal keperluan raya ni, rasa2nya nak mintak kat hubby duit lebih sikit, nak beli baju anak2 ngan baju I sekalilah. Duit I, duit I jugak, tanggungjawab, tanggungjawab jugakkan.

No comments:

Post a Comment