Wednesday, September 9, 2009

Rezeki di bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ni, rezeki berbuka puasa kat ofis I memang murah. Ada jer hamba Allah, hotel and syarikat2 besar yang sudi menyedekah dan menyesponsorkan makanan kat we all. Terima kasih banyak2 dan Alhamdullilah gitu. Tapi yang tak bestnya, I'm talking secara general ok, takda nak "kenen2 pada sesapa", kalau dah namanya makanan sponsor dan niat orang yang menyedekah itu khas untuk kakitangan organisasi berkenaan, maka faham2lah, memang untuk kita pekerjanya, bukanlah untuk suku sakat keluarga kat rumah. Yang kat rumah, tu kat rumahlah, dah banyak makanan terhidang. Ini tidak, misal kata, berkebetulan, satu hari tu, ada dua hamba Allah berasingan yang mensponsorkan makanan, kita ambil satu jerlah, yang mana terdahulu, yang mana terkemudian, takyahlah tamak2 nak ambik sampai dua. Tak terlarat nak makan, lagipun banyak manapun kita nak makan. Alasannya, satu lagi boleh bawa balik bagi sesapa makan. Oh .... itu konsepnya. Benda dah free, makanan pulak tu, letak banyak manapun boleh habih, jangan takut. Tambah pulak, tempat I ni, ramai yang kerja malam, tinggallah kat dorang2 ni untuk dibuat sahur. I tak tahulah, tapi I tetap ngan pendirian I, makanan yang disponsor di ofis adalah untuk orang di ofis, itulah niat orang yang menyedekahnya, dan kita sebagai penerimanya janganlah pulak bersikap tamak, ambil lebih sebab nak bawa balik untuk orang di rumah. Tapi misal kata, yang dibawak balik adalah bahagian kita sendiri, itu takpe pada I, mungkin kita taknak makan di ofis tapi nak bawa balik bahagian kita itu ke rumah untuk berkongsi ngan yang lain, terpulanglah.

So, pada mereka yang telah mensponsor dan menyedekahkan hidangan berbuka puasa kepada kami, semoga Allah akan terus memberkati dan memurahkan rezeki kalian. Amin ...

No comments:

Post a Comment