Wednesday, September 30, 2009

Slow motion betul anak daraku

Kenkadang nak marah pun tak boleh, nak berlembut sangatpun nanti naik "kapla"lah pulak, geram memang geram tapi "relax beb, cool ... tarik nafas pelan2 dan hembus, inhale, exhale, inhale, exhale"". Mana taknya, anak dara sulung I si Soraya, memang "very the sentimental one". Bukan tu aje, siap ngan "slow motion" sekali. Bangun pagi, sebelum mandi nak gi sekolah ... termenung dulu lima minit atas katil, masuk bilik air, atas toilet bowlpun berangan lagi lima minit ... dah siap... nak pakai kasutpun, boleh lagi tu "tersongeh sorang2" (kalau angin baiklah). "Hallo, cepatlah sikit, karang lambat, jam kat depan sekolah tu". Betul2 "slow and steady". Kalau orang lain I memang dah jerkah dah. "Eeee ... lembapnya budak bertuah ni". Segala2nya slow and lepas tu, boleh pulak "berlenggang kangkung" naik kete. "Begnya mana, abih nak belajar apa". Bukan tu aje, kenkadang homeworkpun boleh tertinggal kat locker sekolah. Memang tak kelakar langsung. Dah kering tekak I dok merungut kat dia, "Soraya, wake up please, janganlah take things for granted". Cikgu tuition Maths diapun kadang2 komplen kat I, "She always dreaming. When I asked her questions, as if she is not around".

Memang I notice yang anak dara I ni memang suka mengelamun. Pagi tadi masa I hantar dia gi sekolah, hujan dahlah lebat, kereta pulak bersusun nak turunkan anak2 kat tempat yang berbumbung. Bila sampai turn I, I ingat dia dah readylah nak turun, rupa2nya, masa tulah nak pakai jaket, masa tulah nak ikat beg, masa tulah nak betulkan rambut, mana tak hangin, kereta dah bersusun kat belakang I. "Laaa ... next time, get readylah cepat2. Kalau tak hujan takpa, ni hujan, banyak kete dok tunggu kat belakang". "Alah ... mummy ni, sabarlah, cannotlah, this bag dah stuck". "You don't have to shout at me ok, cakap ngan mummy baik2 ". "Oklah". "Dah, tutup pintu kuat sikit nanti, ok darling, love you". Antara dengar ngan tidak dia balas balik, "Love you too".

Itu kisah si Soraya, lain pulak kisah si Alea. Lately, anak dara kechik I, bukan sahaja makin brutal, sama naik gak ngan poyo dia. Sikit2 kalau tak dapat, nangis, kalau orang tak ikut cakap dia, menangis. "Eh, apasal you ni poyo sangat. Sikit2 nangis, sikit2 nangis". Itu takpa lagi, I ni memang tak boleh hilang dari mata dia, kejap lagi dengarlah dia mencari, "Mam, mam ... mamee...mamee". "You ni, mummy nak poo-poopun tak senang, nak masuk balik dalam perut mummy ker". Kekadang tu, kalau I mandi, dia rela tunggu kat pintu sampai I abih mandi. "Nak kut mamee, nak kut mamee, nak yek mamee" (nak ikut mummy, nak pegi bilik mummy). Mana I pegi, membontot jer dia kat belakang I, sampai I nak mengemaspun, sibuk nak menyelit. Apa yang I tak berkenan, si kechik ni kuat menendang dan membaling barang kalau tak dapat apa yang dia nak. Tak tahu dari mana dia belajar tapi pada I ni dah melampau, takleh dibiarkan. "You kalau tendang2 lagi, mummy ambik rotan pukul, kalau you dok buang barang tu, I ambil buang dalam tong sampah", kata I sambil capai rotan belakang pintu dan pukul kuat2 kat pintu. I acah2 jer suruh dia takut. Sayang2 jugak tapi kalau perangai yang tak elok, takleh nak biarkan dan itu sebab Soraya selalu sound kat I, "mummy ni garang sangatlah". Budak kalau dibiarkan jer, takut jadi kurang ajarlah pulak, padahal kita tak pernahpun ajar dorang buat camtu. Sementara part makan pulak, si adek langsung tak tolak apa, apa depan mata, belasah jer tapi si kakak pulak, memang susah betul nak makan, "very the fussy one". Si Alea, selalunya, Dewi bagi makan nasi dengan sup and ikan. Nampak simple jer tapi kalau tengok dia makan berselera gitu. Dah namapun orang Melayu, nasiklah makanan rujinya. "Adek ni, part mamam bukan main laju lagi tapi part belajar, kalau mummy ajar, sekejap jer ikut, lepas tu main jer banyak". Macam mummy2 lain jugak, I pun nak anak I pandai tapi I tak suka paksa2 sebab kechik lagi. Lagipun biarlah dia enjoy dulu. Bak kata si Dewi, "Alah kak, biarlah dulu, kalau nak pandai, pandai jugak si Alea tu, tapi kalau pandai setinggi langitpun, last2 sekali duduk rumah jerpun tak guna jugak". "Ye tak ye kan, pandailah awak cakap cik Dewi oiii...".

Sebenarnya, I rasa terharu sangat kalau anak2 dara I rapat ngan I. Sikit tak jadi kudih pada I kalau dorang ni suka melekat jer ngan I, bangga lagi. Tapi one thing about me, I tak suka paksa2. Contohnya, kalau Soraya taknak ikut I gi mana2, terpulang pada dia, janji kalau dia gi mana2, at least kena inform I dulu. Motto I senang , "kalau orang tak suka, jangan paksa".

No comments:

Post a Comment