Monday, September 7, 2009

Semperit oh semperit

I pun dah lupa when was the last time I buat cookies raya. Mungkin masa zaman I anak dara dulu adalah, pakai oven bulat yang ada cermin kat atas tu. Selang lima minit, intai, selang lima minit jer intai kat cermin tu, tengok kuih dah masak ke belum. Kalau buat kek lagi senang, tengok jer kalau dah kembang cantik, tahulah kek tu dah masak. Mak I pulak suka pakai oven hitam kotak yang bila nak guna, letak atas dapur minyak tu, siap ada temperature lagi, tapi I tak reti nak guna. Kalaulah ada lagi oven bulat dan oven hitam kotak tu, kira dah jadi barang antik gitu. Alamak nostalgia sungguh ....

Petang semalam, I ngan kenkawan bowling yang lain bukak posa kat rumah Jam kat Bukit. Meriah sungguh. Mula2 cadang nak bawak si Alea tapi si kakak nak ajak adik bukak posa kat Mutiara Damansara, makan roti canai, so tak jadi, takpalah, lain kalilah bawak adek. Memang "the bowling gang" dah rancang dari hari Jumaat lagi, lepas bukak posa kat umah Jam, we all nak buat kuih semperit. Si Pah lah yang teringin sangat, I kuih semperit ni kurenglah sikit tapi kuih2 lain especially yang bercoklat-based, memang I suka sesangat2. So, dengan semangat yang berkobar2, Kak Anipun belilah barang2 nak buat cookies tu. We all cadang nak buat satu adunan jer, buat makan sendiri sambil baring2 tengok TV. Sementara tunggu Pah ngan Jam habih Tarawih, Kak Ani pun delegate kerja pada we all. Ina, potong buah ceri untuk hiasan and I pulak membancuh adunan dengan sukatan dibuat oleh Kak Ani dari resepi peninggalan mak dia. Uhhh, boleh tahan jugak nak menguli ... anak2 sedara si Jam, Farah and Sabrinapun sibuk nak menolong. Bila dah siap, tiba pulak masanya nak menekap. Macam biasa, Kak Ani, tunjuk contoh, lepas tu Ina ngan I lah punya kerja tekap menekap dan tukang hiasnya si Farah dan Sabrina.

Part menekan kuih nak jadi bunga, I buat memang tak cantik, langsung takda seni, leper jer. Leperpun, leperlah, janji boleh makan, bukannya nak buat jual, nak makan sendiri. The end-product, tastenyer not that bad tapi a bit manis. Anyway, I rasa I lebih prefer "kuih tunjuk2" lah sebab memang tak kuasa langsung nak buat kuih2 ni. Part2 nak membancuh tu ok, tapi part nak menunggu masak tulah yang boring sikit. Tapi semua terpulang pada individulah, kalau orang tu dah minat buat cookies, terperap lama manapun kat dapor dia tak kisah tapi yang hangat2 tahi ayam macam I ngan gang2 I ni, memang toksahlah. Mula2 semua nya bersemangat bila dah sampai ke penghujung, memasing dah malas, semua dah mula nak terbongkang depan TV, bentuk bunga kuih semperitpun dah tak ada rupa bunga, dah jadi tak ape2, tambah2 kalau Pah ngan Jam yang menekan, pakai belasah jer, rasanya I lagi terrer, ada gak bentuk bunga. Anyway, we really enjoy ourselves semalam. To my friends, thanks for everything ... kawan masa ketawa senang nak cari, kawan masa menangis, insyallah, inilah kenkawan I.

No comments:

Post a Comment