Wednesday, November 4, 2009

Nasi kangkang

Hari tu tertengok siaran ulangan cerekarama pasal "nasi kangkang" kat TV3, lakonan FS dan AP. Ngeri tengok, bukan apa, dahlah susah nak mati, terseksa pulak tu. Kenkadang pelikkan, dalam dunia yang serba moden dan canggih cam ginipun ada lagi orang pompuan yang mengamalkan benda2 kotor ni. Alasannya, suruh laki dengar cakap kita dan sayang kat kita sorang jer, gamak pulak tu bagi makan benda kotor. Nauzubillahhiminzalik .....

Pada I kasih sayang mesti "genuine" bukan dipaksa2. Kasih sayang yang lahir dari jiwa yang murni, kasih sayang antara dua hati yang jujur dan ikhlas kerana ia akan terus mekar dan subur untuk selama-lamanya. Apa gunanya dikasihi dan disayangi tetapi dengan menggunakan amalan kotor lagi keji ini. Memang tak kekalpun, menambah dosa adalah. Apataknya, nak bagi "maintain" cinta plastik ni, kenalah dok bagi makan kotor tetiap hari ... baru power bertambah. Dengan kata lain, kasih sayang ala2 kotor dan keji ini umpama "hidung tak mancung, pipi tersorong2", orang dah tak suka kat kita, kita yang terhegeh2 paksa dia sayang dan dengar cakap kita dengan menggunakan cara yang dikhianati Allah. Lagipun, orang2 macam ni tak takut mati ker ... tak takut ker ulat mengelitis keluar dari tempat tu ....

Agar disimpangkan Allah SWT, keluarga dan keturunan I dari perkara2 syirik dan mungkar ini. Amin ...

No comments:

Post a Comment