Monday, November 16, 2009

"Ghost Freak" vs "Four Arms"

"Adik, how many times mummy nak cakap kat you, jangan dok buli and gigit kakak Yaya. Kesian kat kakak". Dah berbuih mulut I dok cakap kat "Four Arms" (Alea) I, tapi macam tu jugak perangai dia, sikit "tak makan saman". Setiap kali si kakak masuk bilik I, nak bermesra2, bermanja2 ngan I, siaplah si "Four Arms" tu datang menyerang si "Ghost Freak". Tak kickboxing, karate, tak karate, tumbuk, tak tumbuk, last2 sekali mesti menggigit. Woiii ... gigit si kechik ni bukannya gigit main2 tapi yang "real" punya, siap tinggal kesan gigi lagi tu. Yang bestnya, dia suka sangat gigit "bontot" si kakak, agaknya kat situ banyak isi, puas sikit si kechik ni nak "membaham". I bukan apa, kesian kat kakak. Kakak ni namanya jer "Ghost Freak" tapi sikit si Alea tak takut, si kakaklah pulak lari lintang pukang menyelamatkan diri. Kakak ni barulah nak bermanja ngan I tapi si adek cepat2 "potong jalan". "Hallo Porr Am, kalau Porr Am selalu buli kakak, kakak nanti taknak masuk bilik kita lagi, dahlah mummy selalu balik lambat, kalau kakak tak masuk bilik mummy, satu hari langsung mummy tak jumpa ngan kakak". "No wan ... no wan ... Aya lep mamee (Don't want ... don't want ... love mummy).

Memandangkan kerja I ni ikut shift, memang I jarang jumpa ngan Soraya kecuali masa hantar sekolah waktu pagi. Balik malam kenkadang dia dah tidur. Hati I sentiasa meronta2, kalau boleh, bila balik kerja I nak jengok dia kat bilik dia, bersenda gurau, berdakap-dakapan, tapi apakan daya ... tak tercapai tanganku ini. Mummy mana yang tak nak tengok anak selepas seharian kerja. Itu sebabnya, I selalu marah kat Alea kalau dia dok buli si kakak , si kakak nanti takut nak masuk bilik jumpa I. Yerlah, masuk jer, kena serang, masuk jer, kena serang ngan si "Four Arms", bapak segala "Ghost Freak" pun boleh "angkat bendera putih".

Bezanya perangai si Ghost Freak (Soraya) ngan Four Arms (Alea), macam "langit ngan bumi". Adek memang "brutal tapi poyo", si kakak pula "lembut dan cengeng tapi boleh dibawak berunding". Adek memanglah "takleh nak bawak berunding langsung". Contohnya, channel TV memang dia sorang jerlah yang "konker" walaupun kartun kat channel 616 dok tayang kartun yang dia tak suka langsung, janji Channel 616. Menjeritlah ko sampai kuar anak tekakpun, si kechik ni "buat donno" jer, janji jangan tukar channel dah. Dia buat keras macam batu jer or dia buat ala2 "Four Arms" tu kat I balik. Cuba bayangkan, kat rumah I ni, memasing bilik ada Astro memasing, yang bestnya si Dewilah, enjoy sorang2 Astro kat bawah raung tamu. Untungnya badan ... mana nak dapat "mem" macam I nikan ...... itupun ada orang kata I ada maki seranah maid sebelum ni macam "henimal" ... kalau betul dan kalau nak percaya jugak, pernah nampak ngan mata kepala sendiri kerrrr????

No comments:

Post a Comment