Friday, November 20, 2009

Parking sampai 30 hengget

Terjojol bijik mata I bila I kena bayar sampai 30 hengget parking kat KLCC semalam. Duit tu buat reload phone ada gak pekdahnya. Biasalah orang "kodokut" macam I ni, terus komplen kat kawan. "Yang ko gi park kat dalam tu sapa suruh, dah tahu course tu satu hari suntuk, tu nasib baik 30 hengget, sikitlah tu, aku dulu park kat convention centre kena 70 hengget lagi, ko claim lah". "Nak claim camner, resitpun elek". Memangpun I masuk kat parking tu tepat kul 7.44 pagi dan "ketik balik" kul 6.15 petang. Anyway, kawan seofispun dah cakap kalau nak park kat KLCC tu mahal, kalau nak murah punya 4 hengget sekali masuk, park jerlah kat open space sebelah KLCC. "Tapi kau tanggunglah consequencesnyer, open space tu tak selamat, ko nak kete ko hilang ker, kena pecah ker, park jer kat situ, nak jimat 20-30 hengget, kena ribu2 hengget". Betul jugak cakap kawan I tu, takpalah 30 hengget ... 30 henggetlah.

Semalam, sebenarnya I attend kursus kat Petronas, KLCC. First time nak naik menara tu, tingkat 37 lagi ... ohhh ... so "the very canggih one", siap semua kena scan macam kat airportlah pulak. Bila I kira2 balik, oklah 30 hengget tu cover makan minum masa course tu. Biasalah, Petronas kalau organise apa2 , they will give the best treatment and food dia "very the excellent one" and lunch kat Mandarin Oriental lagi. Course yang I attend tu oklah jugak (walaupun I ni bukannya suka sangat attend course2 ni), mainly pasal oil and gas. Petangnya we all gi Petronasnya KlangValley Distribution Terminal kat Dengkil, tengok cara2 macam mana minyak diangkut dan diisi dalam tangki. Rupa2nya Shell ngan Petronasnya minyak sama jer. Lori tangki Shell ngan Petronas, isi minyak sebelah menyebelah jer, siap bertepuk tampar lagi drebarnye. I tanyalah sorang Datuk ni "Datuk, apa bezanya minyak produced by Petronas, Shell and BHP, I'm bit confuse here, ada kata pakai Shell lagi ok, ada kata Petronas lagi bagus". "Minyak sama jer semua, yang membezakannya ialah additive that added into the oil. Additive ni macam "serbuk perasa"lah, masing2 ada kelebihan memasing dan ia adalah rahsia syarikat. Pendek kata kalau nak2 campur2 minyakpun, tak memudaratkan".

OK, now I know. so, tak jadi masalahlah kalau I nak tukar pakai minyak Petronas sebab sekarang ni I dok pakai minyak hijau Shell yang cuma ada kat stesen Kota Damansara ngan Bandar Utama jer. Apataknya, kalau tak tukar, membazirlah pulak voucer free minyak Petronas yang I menang masa main bowling hari tu. "Jimat akak, sekurang2nya sampai mid next year, sapa nak bagi free cam tu kan, rezeki tahun ni mencurah2 gitu".

No comments:

Post a Comment