Wednesday, November 11, 2009

From SKII ke Shu Uemura

Dah almost tiga tahun I guna produk skincare SKII tapi I rasa macam tu jer, takda nampak apa2 perubahanpun. Dahlah "mehe" lepas tu tak silap I, nak naik "rega" lagi I dengar. Bayangkan dia punya essensepun dah Rm300 lebih and cuma bertahan dalam 40 hari jer. Rasanya, its time for a change, so, lately ni, I cuba dok berjinak2 ngan skincare "Shu uemura", regapun ok jugak, idaklah "mehe" sangat. Hari tu I beli empat produk skincare "Shu uemura" - cleansing oil, toner, whitening cream and moisturiser, tak sampaipun RM650. Banyak beza tu beb and I rasa produk2nya memang sesuwei ngan I especially produk UVnya yang tak bermenyak. I notice kalau I pakai UV brand lain, muka I akan cepat naik jerawat tapi sejak pakai yang "shu uemura" ni dah banyak kurangnya, mukapun tak bermenyak sangat sebab most of dia punya skincare produk ialah water-based. Cream UV Protection ni memang wajib I kena pakai sebabnya I ni selalu terdedah kat matahari, senang pigmentation/melasma nak merebak. Kalau setakat pigmentation jer ok, boleh hilang tapi kalau melasma, payah sikit sebab benda ni ada kat bawah kulit. Main problem I lani ialah pigmentation especially lepas I gave birth to Alea, hormon dah haywire, kata doktor. Dulu, langsung tak ada masalah, sekarang ni bila dah masuk "40 carats", maintenance I untuk skincare dah bertambah2lah pulak. Duit lagi ... lagi banyak dapat, lagi banyak keluar ... macam air.

Itulah orang pompuan, banyak benor masalahnya, semua nak berjaga, semua nak kena "maintenance". Orang dulu2, tampal "bedak sejuk" jer siang malam, dorang bolehlah kan, duduk rumah jer, kita ni nak gi kerja, takkan nak bertampal "bedak sejuk" jugak ??? Inilah yang dikatakan "zaman makin maju, makin berubah", jangan "hati jer berubah" dah .....

No comments:

Post a Comment