Monday, November 9, 2009

Hangen satu badan

Pasal apa I asyik nak naik angin jer hari ni. Dahlah hilang h/phone, hubby pulak suruh guna yang lama dulu, "oh ... sungguh unpatut". Sampai ofis pulak, bila tengok roster, I kena kerja Sabtu depan, lagilah "hangen satu badan". Bukannya I takleh kerja tapi last week I dah keje, bagilah orang lain pulak minggu ni. I dah ada plan ngan anak2 dara I. Next week, memang I tak mau kerja hari Sabtu sebabnya I dah start cuti dari 22 Nov - 4 Dis. Si Dewi nak balik bercuti ke Indonesia, jadi buat apa I nak kerja, lagipun I dah buat appointment nak buat "chemical peeling" sementelah I dah cuti seminggu tu. Dalam dok tengah 'hangen" tu, tak pasal2 si Usop pulak kena marah ngan I sebab printer yang I dapat hadiah untuk bowling finale "tak cukup sifat". Siap pesan kat dia, kalau nak bagi hadiah untuk next year, biarlah bagi yang "sempurnanyer". Itu belum lagi I nak mengamuk part Ustaz anak dara I yang "selamba dog" jer asyik datang lambat, lepas tu balik awal. Kalau dah kata ikut agreement ngajar satu jam, satu jamlah, awak tu "berbayar" bukannya "free". Ini tidak, dahlah datang lambat, tak reti mintak maaf pulak tu. Alasannya nak tunggu anak makan, weiii ... apa kena mengena anak nak makan dengan nak datang ajar ngaji. Awak tu ustaz, tahulah sikit "halal haramnya". Mana "tak hangen satu badan" I, dah empat tahun ngaji, anak dara I si Soraya tak injak naik muqaddam lagi. Bayar bulan2 bukannya sikit anak beb ... malaslah nak cakap berapa tapi boleh bayar maid soranglah. Jumaat ni, I off, I nak tengok lagi sama ada Ustaz ni datang on time ke tidak. Mak Selayang I siap pesan, "kalau nak marah tu, biar cakap lembut sikit". Sorrylah, I tak janji sebab "gunung merapi I ni dah meruap2 ".

So, I nak warning semua orang, tolonglah jangan dekat ngan I hari ni, takut tak pasal2 nanti ada yang dapat makan "pasembur free" sat ni .....

No comments:

Post a Comment