Tuesday, November 10, 2009

Mummy, Alea's day outing

Jumaat lepas I tak keje, so tak tahu apa nak buat kat umah sementara nak tunggu petang, jumpa geng2 boling, I pun bawaklah anak dara kechik I si Alea temankan I gi saloon, buat pedicure and manicure sekali. Perasan macam orang2 "kayas rayas" gitu and si kechik ni boleh lak duduk ralit tengok I. I pulak dapat bilik kecik satu, all by myself ... oh so relaks gitu. Dalam dok tunggu I buat manicure and pedicure tu, I suruh si amoi tu buatkan untuk si kechik ni sekali, bersihkan kuku tangan ngan kaki dia ... oohhh.... apa lagi suka bangat dia. Duduk sebelah menyebelah lagi. Kalaulah kakak (Soraya) tahu, harus dia mengamuk sakan. Si kakak ni cepat merajuk sikit, dia cepat terasa hati ... sejak dua menjak ni, kalaulah kata I buat sesuatu ngan adik tanpa bagi tahu dia atau tanpa dia, dia akan rasa macam I pinggirkan dia melainkan kalau I dah bagitau awal2 and diapun taknak takpa. "Sorrylah benda tak planpun. Lain kali mummy bawak kakak sekali. Kakak jangan risau, mummy sayang dua2 sekali, mummy tak akan sekali2 buat donno jer kat kakak". Selain daripada manicure and pedicure, I buat sekali "upper lips hair removal secara permanent" aka buang bulu2 halus misai yang tersesat kat tepi2 bibir tu. Dulu I dah buat sekali, memang "the very the ok one", and kali ni ada promotion, murah pulak tu, baik I buat sekali lagi, tak sampaipun lima menit, sambil2 dok baring gitu. Yerlah, kalau nak gi wax tetiap bulan, lebih kurang sama jer kena bayar, baik "bagi remove terus bulu2 halus sesat ni", jadi takyahlah risau tetiap bulan nak gi waxing. I memang particular benda2 segini.

Rasanya kurang lebih dua jam, semua selesai. Aleapun happy, asyik dok belek kuku tangan dia yang berkilat tu. Everytime kalau I gi manicure and pedicure, memang I taknah letak cutexpun, nanti nak sembahyang macam mana, cuma buat puffing jer, biar nampak kilat. Oklah, Alea, lain kali kita bawak kakak pula. According to my friends, I ni cuma menyepoilkan aje anak2 dara I ngan benda2 ni. "Alah, apa salahnya, bukan selalupun. Dari aku bawak anak2 aku shopping tak tentu hala, penat badan jer, biarlah dorang kat sini, tak penat, orang layan macam puteri dan boleh relaks lagi".

No comments:

Post a Comment