A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Wednesday, August 26, 2009
Alea positive H1N1
Kesian betul kat anak dara I ni, nasib baik Alea bukan jenis yang merengek2. Tapi paling kesian bila nak bagi ubat "fluhalt" tu, memang pahit yang amat sesangat. First day ok sebab dia tak tahu rasanya, masuk yang second capsule tulah yang dia berkelingtau lari lintang pukang. Anak2 dara I memang senang makan ubat tapi dengan "fluhalt" ni memang surrender punya, "no wan mamee, no wan mamee, pis mamee, no wan no wan" (don't want mummy, please mummy, don't want, don't want). Cuba cakap kat I, mak mana yang tak menangis bila anak dok merayu2 macam tu. "Mummy tahu, memang pahit, mummy tak boleh buat apa2, Alea kena makan jugak, Alea nak baikkan". Memandangkan I will be with her "around the clock", I pun phobia jugak sebab the possibility for me to get this virus memang very high. Apa taknya, we have to share the same room, the same bed and the same bathroom and the only thing to prevent me from this, pakai mask jerlah sebab Drpun tak bagi I any prevention medication. I berserah jer pada Allah dan mintak dijauhkanlah virus ni dari keluarga I terutamanya anak2 dara I.
Tuesday, August 25, 2009
Mummykan "kodokut"
"Well kakak, I give you RM1.00 lah each day".
"Aiyaa, so bad one".
"Okaylah, I upkan sikit to RM1.50. Alright kan?"
"So littlelah".
"Why not, mummy kan "kodokut" so mummy kenalah jaga mummynya title "kodokut" tu ... he ... he ... he".
Alang2 orang dah bagi gelaran "kodukut" kat I, seantero dunia tau you, baiklah I botul2 jadi "kodokut". Tapi ngan anak sendiri taklah, takkan I begitu kejam sekali. Untuk anak2 segalanya mungkin tapi berpada2, takut spoillah pulak.
Risau mummy kalau anak2 demam
Camnerpun, tengahari tadi, sebelum kuar keje, I dah pesan ratusan kali kat Dewi, "apa2 Dewi call kakak, jangan tidak, kalau nak cepat, call papa Alea, ofis dia dekat jer kat sini, ok. Soraya jangan bagi kuar, duduk rumah jer." Mata si kechik masa I nak kuar tadipun, still kuyu and mintak2 janganlah demam anak mummy ni berlarutan.
p/s: Tetiap hari I memang tak sabar nak balik rumah sebab rasa missed sangat2 ngan anak2 dara I.
Monday, August 24, 2009
Everything is so "unsangkarable"
memang "unsangkarable" sungguh.
Lagi satu, I memang nak sangat dapatkan "minyak kibas", bukan apa untuk halau binatang2 bisa kat rumah I, contohnya yang panjang menjalar tu ler. Manalah nak dapat, sebab minyak tu cuma dijual kat Tanah Arab or Mekah jer. Sekali lagi tup...tup...tup ... kawan I bagitau dia nak pi buat umrah. Alhamdullilah, so the unsangkarable one, I memang tak harap langsung nak dapatkan "minyak kibas" tu, tetiba bila kawan I cakap nak gi buat umrah, terus I tanya,"Kalau tak keberatan, Kak Aje nak kirim belikan minyak kibas, yang kechikpun cukuplah, itupun kalau tak menyusahkan tapi kalau misal kata minyak tu terlalu busuk sehingga menggangu ataupun susah nak disimpan dalam beg, tak payah belipun takapa, Kak Aje tak kechik hati sebab Kak Aje faham nak bawak minyak macam ni dalam beg susah". Seriously, kalau dia tak dapat belikan pun takpa, bukan rezeki I nak buat camner. Tapi, Alhamdullilah lagi sekali, dapat jugak I "minyak kibas" tu. Cuma, belum berkesempatan menggunakannya lagi, lagipun kena telefon Makdak dulu sebab Makdak jer yang tahu cara2 nak mengapplykannya sebab nanti kalau salah, mana pulak I nak cekau minyak ni ... kena tunggu orang gi Mekahlah pulak. Itulah, kenkadang, kita ni jenis yang tak sabar, kalau boleh tu, lepas doa jer terus nak dapat apa yang kita hajati, manalah bolehkan. Setiap sesuatu tu mesti ada balasan dan petunjuknya and again "antara cepat dan lambat jer" Allah nak bagi. Everything is so "unsangkarable".
p/s: Begitu terharu sekali bila dengar kenkawan Kak Aje yang ke Mekah, tetiba teringatkan Kak Aje di sana dan seterusnya mendoakan kesejahteraan Kak Aje anak beranak. Terima kasih dan orang tua2 cakap kalau seseorang itu terbayang muka kita kat Mekah, insyallah tanda2nya kita juga akan menjejakkan kaki di Tanah Suci itu satu hari nanti. Amin .....
Tapak tangan kanan I dok gatai
Ingat lagi kata2 seseorang itu yang I tak akan lupa sampai mati , "manusia berpegang pada janji dan itulah kelebihan manusia berbanding makhluk Allah yang lain".
Saturday, August 22, 2009
Selamat berpuasa semua
p/s : Kenkawan akak tergelak besar bila akak cakap yang akak akan masak dengan air tangan akak sendiri, jamu dorang makan kat umah akak dan bersenang lenang tanpa gangguan kalau apa yang akak hajatkan dimakbulkan Allah. Memang rasanya tak mungkin tapi manalah tahukan .... qadak dan qadar di tangan ALLAH
Friday, August 21, 2009
Konsert "Arabian Nite" kakak called off
Sampai time nak tidorpun, Soraya tak abih2 cakap pasal concert dia tu sampai si adik Alea bising2 ,"Mamee, Yaya ... diddo ... mamee, Yaya.... diddo (mummy, yaya, tidorlah). Masa tu dah pukul 12 pm lebih. "I cannot sleeplah mummy, just now I sleep from 3.30pm to 6.30pm". Memangpun, kalau I jadi Sorayapun tentu I frust jugak. "You know, I already buy black shoes for the concert. How eeer mummy, my friend Maxine want to change school to government school, so later when she is already at the new school, she cannot act in the concert. How eer mummy"?" "I'm sure your school will reconsider sebab diapun dah spent a lot for the costumes right, you don't worrylah, she will be therelah in the concert".
Every year sekolah anak dara I buat konsert besar2an, kena bayar lagi RM10 each to those parents yang nak attend. Last year Soraya punya konsert titled "Mulan", dia pegang tanglung, sebijik macam anak Jepun and this year she is in the choir team. I tahu sebab tetiap malam dok practice ngan "nottie" girl I dalam bilik I depan cermin, melalak2 nyanyi lagu Alladin ...."a whole new world ... I can show you the world; shining, shimeering, splendid; tell me, princess, now when did; you last let your heard decide ..... A whole new world ....
Thursday, August 20, 2009
Si kechik mummy dah kurang mengeruk
Tapi, I rasalah sejak si Dewi dok lumur badan Alea ni ngan tepung ubi kayu, nampak dah kurang bebenor. Sesekali mengeruk tu adalah, tapi biasalah, normallah tu. Kalau betullah, mujarab, syukur, alhamdullilah sungguh. Aleapun jenis tak kisah, lumurlah dia camner sekalipun, diam jer ... agaknya diapun dah rasa"letih" sangat sebab dok asyik mengeruk. Dah banyak kali si Alea ni, we all bawak gi klinik, abih ubat, datang balik ruam2 keringnya tu and jadi pulak kat bahagian pelipat jer. Tepung ubi nipun ok, bila kita dok lumur hari2, kulitpun jadi licin, cuma I kena sapu Vitamin E banyak2 sebab nak hilangkan parut. Bukan tu aje, kulit Alea ni memang sensitif, kena gigit nyamukpun ...hah ngko sedebuk naik bengkak and anak dara ni apa lagi mengeruklah sampai kuar darah, itu yang tinggal parut tu. "Ntahlah, masa ngandungkan Alea dulu, macam2 jenis vitamin mummy makan, yang kecil, yang besar, yang pahit yang manis, semua mummy telan tapi kulit Alea still sensitif sangat." Kadang2 heran bin ajaib juga tengok anak2 abang I kat Johor, berendamlah ko dalam longkang ke pasir sekalipun, takde mendenya, kebal sungguh.
Harap2 kali ni, biarlah betul2 baik, "kesian kat anak mummy, mummy pun dah tak tahu nak buat apa kat adek. Mummy tak kisah, ubat tu murah ke mahal ke, yang penting anak mummy sihat walafiat".
Tuesday, August 18, 2009
Rezeki I masih di sini
Arwah father I pernah pesan, "Kalau boleh kerjalah, jangan berhenti, sebab kita sendiri tak tahu untung nasib kita di masa akan datang. Sekurang2nya kalau kerja, kita pegang duit sendiri, tak menyusahkan orang. Orang masa senang, ramailah yang dekat, kalau dah susah, sendirian berhad jerlah". Kawan seofis I pun ada nasihat, "Ko punya future cerah kat sini. Rezeki masing2 beb, ko nak duduk rumahpun buat apa, sekurang2nya kalau terus kerja, mana tahu mencanak dorang naikkan pangkat ko". Memang betul apa yang kawan I cakap tu sebab I masih ada berbelas tahun kat sini, kalau dapat gred lebih tinggi, tinggi jugaklah lagi pencen I nanti. Kalau difikirkan balik, "Yerlah, aku duduk rumahpun buat apa, maid ada nak kemas rumah, cuci baju dan masak. Daripada aku membongkang kat rumah, baik aku kerja, dapat duit, lagipun, sapa nak bagi aku duit yang aku dapat macam tetiap bulan tu kannn".
Lagi satu, mana I nak campakkan baju kerja I yang berlemari2 dan kasut yang berkotak2 tu, takkan duduk rumah nak pakai baju kurung "Thai Silk" macam ala-ala mak2 datin pulak. Ohhh .... tidak, I kalau duduk rumah, lagi ringkas lagi best, lagi senang. Lainlah kalau I ada business, bolehlah jugak dijadikan alasan. Tapi, I ni bukannya ada jiwa businesswomanpun, semuanya nak pakai mudah. Yerlah, kalau buat business, macam2 kena plan, overheadlah, debit kreditlah, hujung bulan tak tahu balik modal ke tidak lagi. Kalau kerja macam I sekarang, "sah dan sahih" tetiap bulan dah tentu dapat gaji, kerjapun senang, banyak pulak masa nak berblogging sementara dok tunggu "story" masuk. Apa lagi yang I nak, patut bersyukurlah kann. Kalau duduk rumahpun, I nak bergosip ngan sapakan, takkan hari2 nak berlepak ngan kenkawan kat luar, takkan hari2 nak berbowling ke or berkaraoke ker, dorangpun ada keje nak buat. Lagi satu mentality orang yang tak keje ni lain sikit especially yang ala2 "tai2", balik2 borak pasal "You tahu, last week I gi holiday kat London", "Baju I nikan I beli kat Paris tau" ," "Tengoklah beg LV baru ni, I baru belilah .... bla ...bla...bla ...boleh belahlah".
So, I memang bersyukur kepada ALLAH SWT kerana I tak jadi terburu-buru buat pilihan untuk early retirement itu. Memang rugi kalau difikirkan balik sebab dahlah "otak nanti berkarat sebab lama tak dipraktikkan" dan yang paling penting I akan miss kenkawan yang ada kat sini sebab kitorang dah jadi macam "satu keluarga" . Insyallah, selagi I diperlukan di sini, I akan terus berada di sini sebab di sinilah punca rezeki tambahan untuk I ngan anak2. Amin ....
Monday, August 17, 2009
I prefer face-to face rather than facebook
Macam I habaq kat Soraya, "Takpalah kakak, nantilah, later2lah mummy sign up jadi your friend, not now. Right now I prefer face-to-face ngan you jer. Youpun kalau nak gi mana2 informlah mummy, bukannyer mummy nak sekatpun, bagi tau jer". Lagipun, bila I skodeng kat "FaceBook" anak dara I tu, dah ramaipun kenkawan dia.
Anak dara I ni memang dah advance sungguh and kenkadang tu I rasa dia lebih celik IT daripada I ni. Anyway, good for her lah ...
Bercintanya nak balik
Hari Sabtu, I pegi rumah mak Ipun dah petang sebab paginya ada boling. SIL and mak I masak laksa lagi, lepas tu goreng cempedak. Uhhh ....sedap sungguh. Dalam kul 8.30 malam jer, mak I dah siap bentangkan toto kat ruang tamu rumah, siap ngan bantal selimut lagi. Semua pakat nak bergelimpang baring kat luar jer, ramai2. "Amboi awalnya siap tempat tido, dah jadi macam makwa Lipahlah pulak, apa2pun, tempat tido dulu dibagi keutamaan". Tapi, bagus jugak, sebabnya dalam kul 9.30pm, semua dah terbaring sebabnya kul 10pm kat Astro104, ada citer "Hantu Raya".
Esok paginya (Ahad), ramai2 kuar gi breakfast kat Leha Kelfood, Taman Melati. Oklah, nak kata sedap ... so ...so jerlah. Tengah hari pulak, masak simple2 jer sebab mak I ada kenduri kat surau, dorang buat gotong royong sembahyang hajat nak jauhkan H1N1 dan kenduri sambut posa, semua dijemput, antara nak gi ngan tidak jer. Petang pulak, ada cousin I jemput kenduri masuk rumah baru kat Seri Petaling, memang cadang nak gipun. Aleapun seronok kat rumah mak I sebab boifren dia si Adam aka "Bob-Beder" ada. Apa yang si "Bob-Beder" ni suruh, si gelfren ni ikut jer, suara memang tak bunyi langsung. "Makngah dah cakap kat ibu, kalau Adam nak kahwin ngan Alea, kena belajar rajin2, mahal anak makngah ni, Adam kena jadi orang kaya raya dulu tau". Dalam ramai2 cousin, Alea serasi ngan Adam. Itu kalau berdua, tapi bila datang "monster2" yang lain, jadi benda lainlah pulak, "bergaduhlah, bertendang2lah". "Alea, jangan kawan ngan Kimi tau, kawan kita jer", ikutlah si anak dara I ni, dia sorang jer pompuan, yang lain jantan. Kenkadang, bila dah ramai2 tu, adalak team2nya, Team Alah, Team B lah. Apa yang penting bagi I, asalkan si kechik ni happy dah. Buat masa ni, kalau boleh I taknak bawak si kechik ni gi mana2 shopping complexs, takut ngan H1N1. Part gaduh2 ni, biasalah, dah namapun bebudak, setakat gaduh2 tu biasalah, kejap gaduh, kejap baik. Yang cousin2 si jantan nipun, bila Alea bawak toys mainan masak2, siap dorang sekali main masak2, bagi baby minumlah, hidang air kat sama2 doranglah ... itulah I cakap, kalau dah nama budak, budaklah jugak.
Itulah pasal, bila tiba nak balik rumah sendiri, malaslah pulak. Bukan malas sebenarnya tapi entahlah ....camnerpun "rumah itu syurgaku".
Friday, August 14, 2009
Kalaulah aku "kaya$ raya$"
I, berangan jerlah ....
Cakap pasal rumah, memang I teringin sangat nak buat renovation especially tang bilik anak2 I dan bilik I sendiri. Bilik Soraya ngan Alea, rasanya I nak tarik ke belakang lagi and bilik airpun boleh dipindahkan, buat cantik2 sikit. Memang so the lapang one, taklah bersempit-sempit gitu. Katil bilik Alea dan Sorayapun pakai single bed jer tapi yang class sikitlah so that ada tempat untuk letak meja ke kabinet buku ke or apa2 ajer, tambah2 pulak kenkawan kakak kenkadang suka datang berkumpul kat umah tu. Senang2 , panggil jer Eric Leong, abih citer. Guest room tak payah sebab bukannya ada orang datang rumah I pun. Mak and adik beradik I sendiripun kalau datang tak tidor rumah I sebab rumah dorang kat Selayang jer, tak sampai 20 minute driving. Bilik I pulak macam yang I cakap dululah, renovate biar nampak canggih dan luas. Katil lak tukar ke King size, taklah bersempit2 tido and built-in cabinet tambah lagi so that I boleh sumbatkan apa2 yang patut, jadi taklah nampak semak sangat. Bilik air I pulak buat "ala-ala hotel". Pendek kata, kalau masuk bilik I tu rasa macam "a house in a house".
Kat bahagian ruang tengah atas pulak, buat lagi built-in cabinet bawah tangga ke bilik komputer tu. Barang yang tak guna "tutup mata" jer buang. Yang mana nak guna, sorok jer dalam kabinet tu. TV pulak takyah, sebab semua bilik dah ada TV memasing, siap Astro lagi, cuma letak kerusi urut yang bagak tu jer kat situ. Bilik komputer atas pulak, takyah nak renovate apa2, kemas jer. Toys yang berkotak2 tu derma jerlah kat sesapa ataupun eksport jer kat Selayang. Buat library jer kat atas tu. Mana2 story books I ngan Soraya tu susun cantik2. Labelkan lagi. Baju Soraya yang berkotak2 tu jugak, pilih2, yang mana Alea boleh pakai ... ambik, yang tak boleh ... sedekahkan jerlah. Memang sayangpun, sebab semua brandednyer tapi daripada menyemak baik disedekah, Aleapun bukannya boleh dapat adik lagi. Kilang dengan rasminya dah tutup.
Itulah, antara "angan2 Minah Jenin" I kalau I "kayas rayas". Kalau "kayas rayas" , memang boleh buatnyer, bukan setakat kecil-kecilan tapi besar2ran, "major renovation" lagi, renovate the whole house gitu. Boleh beli rumah lain yang lebih besar tapi I dah suka duduk rumah ni, banyak kenangan manis, dekat pulak ngan pak guard dan lagipun, anak dua orang jer, takyah rumah besar2, susah nak "maintenance". Insyallah, mana tahu satu hari nanti, kot2 I dapat "rezeki terpijak". Rezeki kat tangan ALLAH. Manalah tahu jugak ada jutawan yang tetiba rasa dia dah terlampau banyak duit, disedekahnya satu dua ketul juta kat I. Tak rejeki tu ... kita hidup ni kenalah jugak ada "angan2 Minah Jenin" barulah hidup lebih thrill. Camnerpun, walaupun dah memang "sah dan sahih" I bukannya "kayas rayas", tapi I tetap bersyukur dengan apa yang ada. Duit yang ada tu memanglah "tak boleh nak buat selimut tapi alhamdullilah, lebih daripada mencukupi buat masa ni, walaupun adalah satu dua "bank" yang dok "calling2 sayang", sebab satu dua hari jer terlewat bayar. Berkira sungguh ... yang hutang juta-juta taklah cari yang ciput2 ni yang hari2 dok calling2.
Oklah, back to the main subject ... oh alangkah bestttttnya kalau I "KAYA$$$$$$ RAYA$$$$$".
P/S : Terperanjat katak I dengar pasal ada yang terdesak mintak hadiah untuk besday. Mintak pulak yang brandednyer beb ... kalau tak mampu, buat ajelah cara tak mampu ... Takkan orang yang bercerita kat I tu berbohong pulak.
Pergi Tak Kembali - Al-Fatihah
Al-Fatihah buat arwah Mohd. Asri Ibrahim.
Pastinya lirik puitis penuh sentuhan rohani di bawah ini cukup untuk mengingatkan kita tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan setiap makhluk bernama manusia.
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasasaat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada ... lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ... ke sana
Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf dah tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi ....
Thursday, August 13, 2009
Seminar mengkuruskan wang
Well, apa2pun "duit ni berhantu", banyak mana kita keluarkan dari bank hari tu, banyak tulah jugak yang kuar. By the way, kawan I si Pah pun tak lupa mengingatkan I thru her SMS, "amboi champ, senyap jer, kena belanja kenkawan ni". There, I dah agak dah, "pantang dengar orang jadi champ, mesti nak pekena jugak".
Menang duit bowling yang ciput tu pun, kena belanja jugak ker???
Wednesday, August 12, 2009
Sayang Alea mummy
Hampeh ... bila aje I kuar bilik air, satupun tak kurang. Macam mana yang I tengok sebelum I masuk bilik air, macam tulah jugak I tengok lepas kuar bilik air. Macam mana tunggang langgang kereta tolak dia, macam tulah rupanya, sikit tak ubah. Tapi yang kelakarnya, I tengok si "nottie" I ni dok sibuk menyimpan baju yang dalam bakul (baju yang digosok) ke dalam lemari. Tahu pulak dia kat mana nak letak panties, towel, baju tidor dan yang mengagumkan I, tertonggeng2 dia kat lemari sebelah TV I dok nak masukkan cadar dan selimut.
Kenkadang kesian I tengok Alea ni, takde kawan. Itu sebabnya, I tak sabar nak masuklah dia ke sekolah tahun depan so that dia boleh bergaul ngan ramai kawan. Kalau I masukkan dia ke sekolah tahun nipun tak guna sebab dia takleh lancar bercakap lagi. Dengan kakak (Soraya), takleh dekat langsung, asyik kena buli jer ngan adek dan itu sebabnya kakak kenkadang taknak main ngan adek. "Takpalah adek, mummy ngan kak Wiwi ada, kawan jer ngan mummy okay. Selagi you nak main dalam bilik mummy, mainlah sepuas2 hati you, mummy tak kisahpun. Kalau ngan orang lain mummy boleh beralah, takkan ngan anak kesayangan mummy ni mummy takleh nak beralahkannnn".
Biar bercerai mati
Cikgu Lan ialah orang kampung arwah ayah I, orang Penang. Walaupun hanya berjiran tetapi dah jadi macam adik beradik. Apa saja kenduri yang kitorang buat kat Selayang, tak kiralah kenduri kahwin ker, atau kenduri makan2 ke, kalau tak jadi halangan, Cikgu Lan dan Cikgu Zah mesti datang. Masa I kahwin 17 tahun dulupun, rasanya Cikgu Zah pun ada dok tolong2 buat touch-up kat I nyer hantaran. Apa yang I suka ngan Cikgu Zah ni, walaupun dia anak orang berada, dia memang tak sombong, merendah diri lagi. Cikgu Lan dan keluarganya camnerpun lebih rapat ngan cousin2 Penang I macam Kak Ani ngan Kak Yam. According tu my mum, last sekali dia jumpa Cikgu Lan masa kenduri kahwin anak Abang Ali about 2-3 months back. I pulak last jumpa dia masa Kak Ani buat makan2 kat Subang Jaya, rasa2nya lama jugaklah tu ...
Bila aje my mum bagitahu Cikgu Lan dah takda, terkedu kejap, "senang aje sekarang orang nak pegi, takyah nak tunggu tua gayut, yang muda2pun tak tentu lagi". Rasa2nya Cikgu Lanpun sama ada baru cecah 50 ataupun late 40's. Kira mudalah lagi bagi seorang lelaki.
Bagi Cikgu Zah ngan anak2, mesti sedih sesangat dan rasa kehilangan terutama sekali tak lama lagi nak puasa dan lepas tu Hari Raya. Sabar jerlah, sekurang2nya Cikgu Lan sebagai seorang suami telah menunaikan segala janji2nya semasa berakad nikah atau sepanjang hidup bersama dulu untuk menjaga anak isterinya sampai ke akhir hayatnya. Itulah yang patut kita syukurkan kepada Allah S.W.T kerana mempunyai kasih sayang suami yang sejati, yang sentiasa berada di samping anak isteri semasa sakit dan sihat, masa senang dan susah sehingga dia menutup mata. Kita yang hidup ni hanya boleh mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lagi satu.
Bak kawan I cakap, "Lebih baik bercerai mati daripada bercerai hidup". Dalam maksud dia, jomlah kita renung2kan .....
Tuesday, August 11, 2009
Baju tidor "Disney Princess" Alea
Si kechik ni pun, sejak I beli nighties tu, yang dua pasang tulah yang diulang2. Malam pertama dia pakai tu, I dah nampak macam "balut nangka", memang a bit ketat especially kat bahagian ketiak, perutpun nampak bulat jerr ... tapi dia suka betul sebab ada gambar "princess" (entah apa namanya Aurora ke Bell, lebih kurang macam tulah). Adalah papa belikan baju tidor "Ben-10" tapi yang satu tu yang warna hitam, kainnya panas (kain macam baju bola) dan tak "sesuwei benor" untuk buat tido, tambah2 lagi si Alea ni ada eczema, kalau panas nanti dia asyik dok "menggaru jer". So, dah beberapa hari ni I dok promise kat si kechik "nottie" I ni, "Alea, nanti mummy beli yang besar sikit, for a time being, adek pakai baju tidor lainlah dulu". "No wan, no wan (don't want, don't want (sambil buat muncung yang boleh gantung hanger gitu). Alamak, manalah I nak cari lagi. I ingat semua Reject Shop mesti ada tapi rupa2 tak semuanya ada. Frust betul ... nanti I "cuba terai" kat Reject Shop Ampang Pointlah pulak. "Kesian kat anak mummy ni, mummy tahu adek tak selesa, suruh pakai baju tido yang lain taknak, nak yang ada "princess" tu lah jugak".
I sebenarnya kenkadang "mengejar masa", tak sempat nak lari ke sana, lari ke sini. Dulu bila ada shift kul 4, memang best, banyak benda boleh buat tapi sekarang ni susahlah sikit. Camnerpun adek, "don' t be khuatir, walau lautan api sekalipun, mummy akan redah untuk anak mummy ni, kakakpun mummy kena beli baju tidor baru especially yang ada seluar panjang tapi kakak cerewet sikit, kena bawak dia sekali, baru senang nak beli apa2pun".
Soalannya, "bilalah I nak redah lautan api tu yekk"??? Minggu depanlah kot sebab next Wednesday I off. Ingat bawak adek sekalilah ....
Monday, August 10, 2009
Barack bukannyer Barrack
Paling terbaru, nama si AS President, Barack Obama. Dah banyak kali I terjumpa "copies" yang nama tu disalah eja Barack jadi Barrack. "Hallo, wake up kenkawan, B..A..R..A..C..K bukannya B...A..R...R..A..C..K, yang "barrack" tu "berek, berek, berek polis, berek askar, berek bujang, berek kelamin" ... aduh, ya ampunn kakek2, abang2, kakak2 ... dah tak larat nak cakap, sampai berbuih mulut akak".
We are the champions
"We are the champions - my friends,
And we'll keep fighthing till the end -
We are the champions -
We are the champions -
No time for losers
Cause we are the champions - of the world - "
Semalam, ada bowling intermedia, organised by Bank Islam kat Berjaya Times Square. My office hantar dua team and myself in the "A" team. I awal2 dah cakap kat "team kapitan", "Letak Kak Lin kat mana2 teampun ok, tak kisah team A ke team B". Tapi jangan maree ... team I jadi "champion" and menang 800 hengget, tapi bila dibahagi empat, dapatlah 200 hengget sorang. Oklah tu, duit jugak ... sapa nak bagi macam tu jer. Dahlah main free, dapat pulak makan minum free. Yang penting menang dan yang paling terpenting dapat kalahkan Harian Metro and Berita Harian yang dok monitor our games -- game-by-game. Kalau dalam mana2 intermedia, selalunya Berita Harian or the NSTP grouplah yang selalu jadi champion, sebabnya dorang memang hantar yang kuat bangat. Hadiah memang tak kisah sangat tapi "pride" tu yang penting beb. Tapi yang tak bestnya, lane selalu buat hal, asyik rosak... rosak ... dan rosak. Bila dah baling, score tak masuk, kenkadang tu belumpun buat second throw, score dah masuklah tapi tak betullah pulak. Patutnya, lane canggih camtu, jagalah baik2. Lagi kelakar, abih jer satu game, sepatutnya secara automatic, bahagian kaunter dah dapat results, ni tak, staff dialah pulak kena buat, take down secara manual. Aper2pun, Alhamdullilah, I pun happy jugak, sekurang2nya I played very well semalam, taklah memalukan sangat. Frust beb, kalau kita bowl teruk, orang lain dok coverkan kita ... lepas tu menanglah pulak ... rasanya macam tak gamak nak ambik hadiah tu. .
Ini kalau Pah tahu memang dia akan kutuk I kaw2nyer, "Alah, aku ngan Jam takde, itulah yang kau dapat balun tu." And I ngan slumber dekk akan jawab balik, "Well, rejeki beb, sapa suruh korang jual mahal, aku yang untung dapat cash lagi ... he ... he ... he ..., rejeki ... rejeki ".
Saturday, August 8, 2009
Memasingnya style and citarasa
Begitu jugak dengan layout and settings. Ada yang terlalu simple dan ada yang berwarna-warni, siap ngan bunga dan reben2 lagi. Tak cukup ngan tu, ada iklan bagai, kiranya penuhlah satu page. For me, layout and settings memang penting, kalau too crowdedpun, memang nampak semak sangat dan kalau berbunga2an pula, macam "mat or minah bunga"lah pulak. Nak bacapun berserabut sebab dah ditenggelami oleh segala "design mak nenek" yang ada. Tapi again, citarasa orang kita takleh nak sanggah, "dah dorang suka macam tu, nak buat camnerkan".
Yahoo, laptop I dah wokay ...
Yahoo, laptop I dah wokay, dah boleh di"connect" bukannya di"konek" tau ... pronounce tu biar betul-betul .....
Thursday, August 6, 2009
Wa layan "rock kapak" beb
Berbalik pada "rock kapak" tadi, lagu2 dia memang best, senang pulak tu nak ngikut. Masa hantar Soraya pagi tadi, si FBI and Fafau tengah layan lagu "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" (Medicine), apa lagi, I pun ikut melalak sama , betul tak betul, belasah jerr sampai Soraya cakap, "lagu apalah ni mummy". "Ni lagu zaman mummy muda2 dulu, zaman mummy belajar dolu2" . Caller yang call in pun, memasing kelakar betul, mengimbau balik kenangan dulu2. Rasanya caller2 tu semuanya bebaya I lah jugak ... kurang lebih. Tapi rugilah, I tak sempat dengar sampai segmen tu abih sebab dah sampai ke destinasi yang dituju. Kalau tak, lagi jiwang beb. Sekali sekala dengar balik lagu2 zaman dulu, memang best. In fact, masa I singgah nak beli breakfast, ada satu kete Kancil tu , pasang radio punyalah kuat, sama macam I rupanya, dok tengah jiwang layan "rock kapak" jugak.
Ingat lagi masa zaman I belajar, masa jalan nak gi dewan makan (jauh beb ... nun kena panjat bukit nak gi makan, by the time balik ke blok balik, laparlah semula), bebudak lelaki yang lepak tepi jalan kat blok we all tu, bukan main lagi, dok main gitar sambil memekak. Itu belum pasang radio lagi, waduuhhhh ... sampai ke blok pompuan boleh dengar. Tambah kalau yang tengah bercintan-cintun, punyerlah jiwang habihhhh....Paling menjadi siulan masa zaman I tu dulu ialah lagu Fantasia Bulan Madu (Search), Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan yang paling nostalgia untuk I ialah Sentuhan Kecundang (Ekamatra). Banyak lagi tapi I dah tak berapa ingat.
Tertanya2 jugak pasai apa depa panggil "rock kapak" yekk????
Wednesday, August 5, 2009
Rindu kat "geng lima sekawan"
Kalaulah dapat buat reunionkan seronok, ni tak dah lost contact langsung. Agak2 dah berapa anak2 dorang, still "maintenance" ke or dah banyak berubah seiring dengan usia kitorang sekarang yang memasing dah masuk "40 carat". Kalau tak silap I, semua kenkawan I ni jadi ce'ekgu. I ingat lagi, lepas dapat result STPM, memasing apply nak jadi ce'ekgu termasuklah I (sebenarnya I tak minat langsung jadi ce'ekgu). Masa tu memang senang nak jadi ce'ekgu, so semua dapat gi interview, ce'ekgu English lagi. Bila dapat results interview, tak silap I, Zaharah, Ruzana and Saliza kena kursus kat Maktab Perguruan Kedah nun, Rosma kat Penang kot and I dapat kat MP Tanjung Malim tapi I tak pegi pun sebab at the same time I dapat buat Mass Comm kat Shah Alam, dekat sikit and Rosma pun I dengar tak gi sebab dia dapat offer universiti (lupa universiti mana tapi still ambik kursus pendidikan). I pun heran kenkawan I yang tiga lagi tu tak pulak tersangkut mana2 universiti tapi Zaharah, Ruzana and Saliza, katanya lepas abih kursus kat MP, terus apply buat degree pendidikan kat USM, so "setakat yang I tahu sekarang ni, dorang ni semuanya ce'ekgulah, I aje yang jadi penjaga pagar "gate-keeper" kehormat.
Last sekali I jumpa Ruzana masa adik I kahwin (lupa lak si AA ke Jija), rasanya masa tu anak dia tiga orang, kechik2 lagi. In fact, masa dia kahwin kat Wangsa Maju dulupun I pegi sebabnya I ngan Ruzana tinggal berjiran kat Istana dulu, so mak dia kenallah ngan mak I. Dia kahwinpun ngan ekspatriat. Yang lelainnya, memang I tak dengar khabar langsung. Itulah macam yang I cakap, kalau dapat buat reunion, mesti best kannn...kannn. Mesti banyak cerita ni and soalan pertama dan wajib dorang mesti, "Ko bila nak pakai tudung?" Kwang ....kwang....kwang ....
Tuesday, August 4, 2009
Takkan nak kena "toilet-trained" jugak
Itu belum masuk dalam bilik kechik lagi ... oohhh, lagilah parah. Ada dua pilihan, kalau rasa nak gi toilet cangkung, pegilah .... mesti ada punya, janganlah pulak awak duduk mencangkung atas toilet bowl duduk, "bangang ke bodoh tu". Penat orang yang menampal poster "cara-cara menggunakan tandas " dalam toilet tu, rupanya takda sapa yang dulik. Apa taknya, bila masuk jer nampaklah bekas tapak kasut atas toilet bowl tu. Ehh ... tolonglah, kat rumahpun macam ni ke dorang treat toilet dorang. Pengotornya. Itu belum intai dalam bowl lagi, adalak kadang2 tisu dibuangnya ke dalam bowl tu. Mana tak tersumbat. Itu takpe lagi, adalah pulak "harta karun". Part2 "harta karun" ni I belum lagi terjumpa tapi mungkin ada kalau tak takkan ada notis tertampal kat belakang pintu toilet pasal jangan tinggalkan "harta karun-marun ni". Tapi paling menggelikan jugak tu, ada pulak yang suka meludah dan berkahak dalam bilik kechik tu. Kadang2 tak sangkalah, orang pompuan ni tak reti2 ke guna toilet. Part melaram, wow....takleh nak lawan, tapi part2 nak guna toilet , takkanlah management kena buat kursus "toilet-trained" kot.
Frankly speakinglah, I kalau nak terkuncil sesangat2lah baru I gi toilet kat level I, kalau tak I rather go to tingkat yang lain, jauh lebih bersih. Mungkinkah disebabkan terlalu ramai yang menggunakan toilet kat level I tu yang membuatkan toilet tu kotor? Rasanya tak jugak kalau memasing tahu tanggungjawab memasing, insyallah, toilet itu akan sentiasa bersih walaupun 100 orang menggunakannya. Nak sesaja menuding jari kat sesapapun takleh jugak, sebab kita sendiri tak tahu dan yang tahu si empunya diri sajalah. Dah ramai yang komplen, jadi kitapun tak tahu sapa "malaun" yang memang tak reti nak jaga kebersihan ni.
So, walau di mana saja kita berada, marilah, kita sama-sama menjaga kebersihan toilet kita seperti mana notis berbingkai cantik yang tergantung kat dalam toilet tu "Please keep our toilet clean". Macam mana kita jaga dan bersihkan toilet kat rumah, macam tulah jugak kita jaga public toilet kat ofis kita ni yekk ....
Monday, August 3, 2009
Sejuk hati mummy
Si kechik ni sorang, dua hari I "terbongkang", dua harilah juga "berkubang" dalam bilik I. Dia turun bila nak makan jer. Keje si Alea ni, sikit2 cium, sikit2 cium I, kenkadang naik rimas I tapi I tak kisah sebab si kechik ni seolah2 nak bagitahu kat I, "mummy, don't leave me ok". "Hello, I masih waras, takkanlah I nak tinggalkan anak2 comel I macam tu aje". Cium kat mulut ke, muka ke, takper lagi, kenkadang kaki dan tangan I pun dia nak cium. Masa I dok terbaring tulah, sibuklah, nak cium kaki I, "eh, adik ni, dah banyak sangat tengok citer Hindustan ni". Yangggggg, mameeee ......
Berbalik pada kakak, I tak tahulah apasal bila Soraya cakap macam tu I jadi poyolah pulak. Berderai-derai air mata I jatuh, takleh nak disekat-sekat lagi. Shreek ...shreek ...shreek, macam sedut siput sedutlah pulak, apataknya, dengan air mata, dengan hingus penuh hidung, tisu pulak takda, sebab taknak bagi Soraya tau, I bantai pakai kain selimut jerlah lap "two in one". "Why mummy cry?" . "Mana ada mummy cry, selsemalah, jom tido, dah kul brapa dah ni". Sapa sangkakan, I lagilah tak sangka, tapi sememangnya anak pompuan ni memang sensitif. Dalam dok suka lawan cakap I, rupanya ada terselit perasaan sayang yang teramat kat I. Terima kasih anak2 mummy ... Kak Yaya and Alealah penghibur mummy tatkala mummy berduka dan bersedih.
Dua hari akak "terbongkang"
Sorayapun terpaksa ponteng sekolah sebab chauffeur takleh nak hantar. Nasib baik, dia baru aje abih assesment. Si kechik pulak, dok main masak2 ngan mainannya yang bersepah lerah atas katil I, sibuklah dok nak menyuap I makan . "Adik, mummy nak tido kejap ok, mummy tak larat ni, adik masak dulu, nanti mummy makan ok". Lega betul dapat baring. Tengkok rasa sejuk dan berangin jer ngan sapuan minyak cap kapak. Selalunya, ubat sakit kepala baring jerr, sambil tu I mintak si Dewi buatkan milo dan bakar roti ... bukan apa kalau muntah, adalah benda yang kuar daripada muntah kosong jer ... sakit woooo... Tapi, kali ni memang teruk, selalunya lepas muntah, legalah sikit, ini langsung tak lega2. According tu Doktor, selain daripada pressure, I dapat "muscle stress", so I need to take a rest for a day or two. Tapi yang menghappykan I, dalam dua hari I sakit tu, berat I turun ke I punya ideal weight 58 kg. Waduhh ... bukan senang beb tapi dua hari jer, masuk hari Ahad, dah balik ke asal. Bak kata "Wat asal balik hasil" jerr. Oh yer, dalam dua hari I tak sihat tu, banyak betul SMS I terima, antaranya, selain dari bank dok call, assistant Dr Kim Wong dok dua tiga kali remind I yang "dah about time for another papsmear". Oh, dah setahun rupanya. I bab2 ni memang ambik berat sikit, maklumlah dah masuk "40 carat".
Balik pada sakit kepala tadi, sebenarnya, hari Rabu lagi I dah rasa tak sedap badan. I rather have selesema (not H1N1) or batuk tapi bila sakit or pening kepala, memang I surrender sebab langsung takleh nak buat apa. Pagi tu ok lagi so I gagahkan jugak gi kerja. Bukan apa, tempat I memang kekurangan orang. Sorang cuti panjang, sorang off, jadi tinggal empat orang and kalau I MC, tinggallah tiga orang. Nak taknak gilah jugak. Tapi tengah hari dah rasa lain macam, I pun naik baring kat surau, siap pesan kat Zai, kalau ada story, "SMS jer Kak Aje ok". Dalam2 tak sihat tu, sempat jugak I clearkan tiga "copies". Muntah dah banyak kali, dah sampai dah takde benda nak dimuntahkan. Last2 sekali, I cakap kat Zai, "Rasanya Kak Aje dah tak tahan lagi, Kak Aje rasa nak balik jer, nak mintak kat Boss". So dalam kul 6 ptg, I pun belah balik, bagi ke tak bagi ke, I nekad jugak akan balik sebab kalau kat ofispun memang I dah tak boleh nak buat aper, rasa berpinar2 jer. Sekarang ni, apa yang I boleh buat, cuma doa yang I boleh drive dan selamat sampai kat umah.
So, morale of the story, kalau rasa sakit tu, MC jerlah. "Takyahlah nak sibuk2 kesiankan orang, kesian jerlah kat diri sendiri tu dulu. Sebabnya kalau apa2 jadi kat awak, awak yang tanggung sorang2, orang lain mana tahu".
I thank Allah for everyday things
"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh and the ability to eat dan drink".