Monday, August 17, 2009

Bercintanya nak balik

Sabtu and Ahad, I tido kat umah mak kat Selayang. Bila dah dua hari berkubang kat situ, bencinta (benci/cinta) betul nak balik umah, padahal tak sampaipun 20 minit driving kalau tak jam. Tak balik ke, rumah sendiri. Siap cakap kat Dewi, "Wi, malas sungguh kakak nak drive balik". "Sayapun macam tu jugak kak, aman kat sini, tapi kalau tak balik nanti, kain bertimbun2 saya nak basuh". Betul jugak, kesian pulak kat dia, berlama2 kat dalam bilik air tu. Tanya pulak kat Alea, "Al, nak balik tak" and jawapan standard dia, "No wan, no wan". Si kechik ni tak kisah sangat, dalam "no wan, no wan" dia, cempung jer bawak masuk kete, diamlah dia. Memang betul, malas bangat nak balik. Kalau tak ingatkan si Soraya sekolah harini, harus bermalam lagilah I ngan anak2 kat umah mak.

Hari Sabtu, I pegi rumah mak Ipun dah petang sebab paginya ada boling. SIL and mak I masak laksa lagi, lepas tu goreng cempedak. Uhhh ....sedap sungguh. Dalam kul 8.30 malam jer, mak I dah siap bentangkan toto kat ruang tamu rumah, siap ngan bantal selimut lagi. Semua pakat nak bergelimpang baring kat luar jer, ramai2. "Amboi awalnya siap tempat tido, dah jadi macam makwa Lipahlah pulak, apa2pun, tempat tido dulu dibagi keutamaan". Tapi, bagus jugak, sebabnya dalam kul 9.30pm, semua dah terbaring sebabnya kul 10pm kat Astro104, ada citer "Hantu Raya".

Esok paginya (Ahad), ramai2 kuar gi breakfast kat Leha Kelfood, Taman Melati. Oklah, nak kata sedap ... so ...so jerlah. Tengah hari pulak, masak simple2 jer sebab mak I ada kenduri kat surau, dorang buat gotong royong sembahyang hajat nak jauhkan H1N1 dan kenduri sambut posa, semua dijemput, antara nak gi ngan tidak jer. Petang pulak, ada cousin I jemput kenduri masuk rumah baru kat Seri Petaling, memang cadang nak gipun. Aleapun seronok kat rumah mak I sebab boifren dia si Adam aka "Bob-Beder" ada. Apa yang si "Bob-Beder" ni suruh, si gelfren ni ikut jer, suara memang tak bunyi langsung. "Makngah dah cakap kat ibu, kalau Adam nak kahwin ngan Alea, kena belajar rajin2, mahal anak makngah ni, Adam kena jadi orang kaya raya dulu tau". Dalam ramai2 cousin, Alea serasi ngan Adam. Itu kalau berdua, tapi bila datang "monster2" yang lain, jadi benda lainlah pulak, "bergaduhlah, bertendang2lah". "Alea, jangan kawan ngan Kimi tau, kawan kita jer", ikutlah si anak dara I ni, dia sorang jer pompuan, yang lain jantan. Kenkadang, bila dah ramai2 tu, adalak team2nya, Team Alah, Team B lah. Apa yang penting bagi I, asalkan si kechik ni happy dah. Buat masa ni, kalau boleh I taknak bawak si kechik ni gi mana2 shopping complexs, takut ngan H1N1. Part gaduh2 ni, biasalah, dah namapun bebudak, setakat gaduh2 tu biasalah, kejap gaduh, kejap baik. Yang cousin2 si jantan nipun, bila Alea bawak toys mainan masak2, siap dorang sekali main masak2, bagi baby minumlah, hidang air kat sama2 doranglah ... itulah I cakap, kalau dah nama budak, budaklah jugak.

Itulah pasal, bila tiba nak balik rumah sendiri, malaslah pulak. Bukan malas sebenarnya tapi entahlah ....camnerpun "rumah itu syurgaku".

No comments:

Post a Comment