Monday, August 24, 2009

Tapak tangan kanan I dok gatai

Sejak Khamis lepas, tapak tangan belah kanan I dok gatai memanjang, dah tak larat nak garuk, sampai merah2, rupa2nya I nak dapat duit beb. Sapa sangkakan, last Saturday, lepas jer bukak posa, ada orang bayar hutang kat I. Hutang lama tapi I sentiasa mengingatkan dia. Taklah banyak, tapi oklah jugak, itu baru separuh, ada separuh lagi, kiranya lepaslah kalau nak beli baju raya anak. Kali ni, sesapa saja nak bayar hutang kat I, I ambik jer tak kira banyak ker sikit ker, belasah jer. Bukan senang orang nak bayar hutang beb. Kalau tak diingatkan nanti takut lupalah pulak. Sebenarnya ramai yang berhutang ngan I, ada yang ciput dan ada yang yang boleh dikelaskan sebagai "banyaklah jugak". Kalau nak dikirakan, boleh jadik "jutawan kechik" I ni kalau semua yang hutang ngan I, bayar serentak. Pada I tak kira, hutang tu ciput ker, besar ker, janji mesti dan wajib makronah kena bayar.

Ingat lagi kata2 seseorang itu yang I tak akan lupa sampai mati , "manusia berpegang pada janji dan itulah kelebihan manusia berbanding makhluk Allah yang lain".

No comments:

Post a Comment