Wednesday, August 12, 2009

Biar bercerai mati

Pagi tadi, around kul 8.09am, kat handphone I ada dua "missed call" and bila check rupanya my mum. So, dalam kul 8.45 am, I "return call" kat my mum tapi my SIL yang jawab. "Sapa call Angah pagi tadi Tie ... oh mak... apa hal". "Takda, nak bagi tau Cikgu Lan dah meninggal kul 4 pagi tadi, sesak nafas, Abang Ali call, cakap kejap jer". "Tak gi ker". "Camner nak gi, mak tak sihat, Rizalpun tak sihat, kaki dia bengkak". Innalillah...hiwainnailaihirojiun ... takziah kepada Cikgu Zah (isteri Cikgu Zailan). Semoga Cikgu Zah tabah menghadapi dugaan dan arwah Cikgu Lan ditempatkan bersama orang2 beriman. Alfatihah .....

Cikgu Lan ialah orang kampung arwah ayah I, orang Penang. Walaupun hanya berjiran tetapi dah jadi macam adik beradik. Apa saja kenduri yang kitorang buat kat Selayang, tak kiralah kenduri kahwin ker, atau kenduri makan2 ke, kalau tak jadi halangan, Cikgu Lan dan Cikgu Zah mesti datang. Masa I kahwin 17 tahun dulupun, rasanya Cikgu Zah pun ada dok tolong2 buat touch-up kat I nyer hantaran. Apa yang I suka ngan Cikgu Zah ni, walaupun dia anak orang berada, dia memang tak sombong, merendah diri lagi. Cikgu Lan dan keluarganya camnerpun lebih rapat ngan cousin2 Penang I macam Kak Ani ngan Kak Yam. According tu my mum, last sekali dia jumpa Cikgu Lan masa kenduri kahwin anak Abang Ali about 2-3 months back. I pulak last jumpa dia masa Kak Ani buat makan2 kat Subang Jaya, rasa2nya lama jugaklah tu ...

Bila aje my mum bagitahu Cikgu Lan dah takda, terkedu kejap, "senang aje sekarang orang nak pegi, takyah nak tunggu tua gayut, yang muda2pun tak tentu lagi". Rasa2nya Cikgu Lanpun sama ada baru cecah 50 ataupun late 40's. Kira mudalah lagi bagi seorang lelaki.
Bagi Cikgu Zah ngan anak2, mesti sedih sesangat dan rasa kehilangan terutama sekali tak lama lagi nak puasa dan lepas tu Hari Raya. Sabar jerlah, sekurang2nya Cikgu Lan sebagai seorang suami telah menunaikan segala janji2nya semasa berakad nikah atau sepanjang hidup bersama dulu untuk menjaga anak isterinya sampai ke akhir hayatnya. Itulah yang patut kita syukurkan kepada Allah S.W.T kerana mempunyai kasih sayang suami yang sejati, yang sentiasa berada di samping anak isteri semasa sakit dan sihat, masa senang dan susah sehingga dia menutup mata. Kita yang hidup ni hanya boleh mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lagi satu.

Bak kawan I cakap, "Lebih baik bercerai mati daripada bercerai hidup". Dalam maksud dia, jomlah kita renung2kan .....

No comments:

Post a Comment