I, berangan jerlah ....
Cakap pasal rumah, memang I teringin sangat nak buat renovation especially tang bilik anak2 I dan bilik I sendiri. Bilik Soraya ngan Alea, rasanya I nak tarik ke belakang lagi and bilik airpun boleh dipindahkan, buat cantik2 sikit. Memang so the lapang one, taklah bersempit-sempit gitu. Katil bilik Alea dan Sorayapun pakai single bed jer tapi yang class sikitlah so that ada tempat untuk letak meja ke kabinet buku ke or apa2 ajer, tambah2 pulak kenkawan kakak kenkadang suka datang berkumpul kat umah tu. Senang2 , panggil jer Eric Leong, abih citer. Guest room tak payah sebab bukannya ada orang datang rumah I pun. Mak and adik beradik I sendiripun kalau datang tak tidor rumah I sebab rumah dorang kat Selayang jer, tak sampai 20 minute driving. Bilik I pulak macam yang I cakap dululah, renovate biar nampak canggih dan luas. Katil lak tukar ke King size, taklah bersempit2 tido and built-in cabinet tambah lagi so that I boleh sumbatkan apa2 yang patut, jadi taklah nampak semak sangat. Bilik air I pulak buat "ala-ala hotel". Pendek kata, kalau masuk bilik I tu rasa macam "a house in a house".
Kat bahagian ruang tengah atas pulak, buat lagi built-in cabinet bawah tangga ke bilik komputer tu. Barang yang tak guna "tutup mata" jer buang. Yang mana nak guna, sorok jer dalam kabinet tu. TV pulak takyah, sebab semua bilik dah ada TV memasing, siap Astro lagi, cuma letak kerusi urut yang bagak tu jer kat situ. Bilik komputer atas pulak, takyah nak renovate apa2, kemas jer. Toys yang berkotak2 tu derma jerlah kat sesapa ataupun eksport jer kat Selayang. Buat library jer kat atas tu. Mana2 story books I ngan Soraya tu susun cantik2. Labelkan lagi. Baju Soraya yang berkotak2 tu jugak, pilih2, yang mana Alea boleh pakai ... ambik, yang tak boleh ... sedekahkan jerlah. Memang sayangpun, sebab semua brandednyer tapi daripada menyemak baik disedekah, Aleapun bukannya boleh dapat adik lagi. Kilang dengan rasminya dah tutup.
Itulah, antara "angan2 Minah Jenin" I kalau I "kayas rayas". Kalau "kayas rayas" , memang boleh buatnyer, bukan setakat kecil-kecilan tapi besar2ran, "major renovation" lagi, renovate the whole house gitu. Boleh beli rumah lain yang lebih besar tapi I dah suka duduk rumah ni, banyak kenangan manis, dekat pulak ngan pak guard dan lagipun, anak dua orang jer, takyah rumah besar2, susah nak "maintenance". Insyallah, mana tahu satu hari nanti, kot2 I dapat "rezeki terpijak". Rezeki kat tangan ALLAH. Manalah tahu jugak ada jutawan yang tetiba rasa dia dah terlampau banyak duit, disedekahnya satu dua ketul juta kat I. Tak rejeki tu ... kita hidup ni kenalah jugak ada "angan2 Minah Jenin" barulah hidup lebih thrill. Camnerpun, walaupun dah memang "sah dan sahih" I bukannya "kayas rayas", tapi I tetap bersyukur dengan apa yang ada. Duit yang ada tu memanglah "tak boleh nak buat selimut tapi alhamdullilah, lebih daripada mencukupi buat masa ni, walaupun adalah satu dua "bank" yang dok "calling2 sayang", sebab satu dua hari jer terlewat bayar. Berkira sungguh ... yang hutang juta-juta taklah cari yang ciput2 ni yang hari2 dok calling2.
Oklah, back to the main subject ... oh alangkah bestttttnya kalau I "KAYA$$$$$$ RAYA$$$$$".
P/S : Terperanjat katak I dengar pasal ada yang terdesak mintak hadiah untuk besday. Mintak pulak yang brandednyer beb ... kalau tak mampu, buat ajelah cara tak mampu ... Takkan orang yang bercerita kat I tu berbohong pulak.
No comments:
Post a Comment