Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali - Al-Fatihah

Saban tahun setiap malam Hari Raya pertama, kelunakan suara Ustaz Asri mengalunkan gema takbir Hari Raya Aildifitri memecah corong TV dan radio kebanyakan rumah kita. Suara emas penyanyi yang juga ketua kumpulan Rabbani itu sangat menusuk kalbu sehinggakan tidak hairanlah biarpun sudah hampir dua dekad berjuang sebagai penyanyi nasyid, figura yang terkenal dengan sikap rendah diri itu tidak pernah sunyi dalam industri muzik tempatan. Semalam adalah hari terakhir untuk kita menyaksikan keletah dan senyum manis beliau. Menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung, selepas ini hanya rakaman aluan takbir raya dan lagu2nya sahaja akan menjadi pelepas rindu para peminat nasyid tanahair kepadanya.

Al-Fatihah buat arwah Mohd. Asri Ibrahim.
Pastinya lirik puitis penuh sentuhan rohani di bawah ini cukup untuk mengingatkan kita tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan setiap makhluk bernama manusia.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada ... lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ... ke sana

Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf dah tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi ....

No comments:

Post a Comment