Tuesday, August 18, 2009

Rezeki I masih di sini

I pernah plan nak opt (early retirement) once I reached 40. Cadangnya kalau dah duduk rumah, senanglah nak hantar, ambik anak sekolah, bersenang lenang dan spend more time ngan anak dan takyah nak fikir pasal kerja, pasal exam dan macam2 lagilah. Cukuplah apa yang ada. Tapi boleh ke I duduk kat umah, setakat seminggu dua oklah, memanglah syok tapi kalau dah masuk bertahun2, boleh "bengong" jugak dibuatnya. Kita dah biasa pegang duit sendiri, dah biasa kerja, aleh2 duduk rumahlah pulak. Aduhhhh .... part lain ok, part tang duit tulah yang buat I fikir balik. Sekarang ni, I bebas nak beli apa sahaja yang terlintas kat kepala. Kalau gi window shopping, tetiba rasa nak beli baju anak, ambil jer, tak banyak kisah tapi kalau esok2 tak pegang duit sendiri, takkan asyik nak mintak duit kat hubby kot. Boleh memang boleh, dah jadi tanggungjawab dia tapi kalau setakat benda2 kechik nak mintak jugak, payahlah sikit especially kalau kena mengena ngan kita sendiri macam nak gi facial ker, waxing ker, saloon ker, manicure or pedicure ker. Sekali sekala, expenses yang ringan2 oklah tapi yang berat2 tu macam duit kereta, yuran sekolah anak, medical anak, duit rumah, groceries, tu memang tak mampulah. So, I rasa eloklah I keje, setidak2nya boleh juga membantu especially dalam ekonomi sekarang ni yang tidak menentu.

Arwah father I pernah pesan, "Kalau boleh kerjalah, jangan berhenti, sebab kita sendiri tak tahu untung nasib kita di masa akan datang. Sekurang2nya kalau kerja, kita pegang duit sendiri, tak menyusahkan orang. Orang masa senang, ramailah yang dekat, kalau dah susah, sendirian berhad jerlah". Kawan seofis I pun ada nasihat, "Ko punya future cerah kat sini. Rezeki masing2 beb, ko nak duduk rumahpun buat apa, sekurang2nya kalau terus kerja, mana tahu mencanak dorang naikkan pangkat ko". Memang betul apa yang kawan I cakap tu sebab I masih ada berbelas tahun kat sini, kalau dapat gred lebih tinggi, tinggi jugaklah lagi pencen I nanti. Kalau difikirkan balik, "Yerlah, aku duduk rumahpun buat apa, maid ada nak kemas rumah, cuci baju dan masak. Daripada aku membongkang kat rumah, baik aku kerja, dapat duit, lagipun, sapa nak bagi aku duit yang aku dapat macam tetiap bulan tu kannn".

Lagi satu, mana I nak campakkan baju kerja I yang berlemari2 dan kasut yang berkotak2 tu, takkan duduk rumah nak pakai baju kurung "Thai Silk" macam ala-ala mak2 datin pulak. Ohhh .... tidak, I kalau duduk rumah, lagi ringkas lagi best, lagi senang. Lainlah kalau I ada business, bolehlah jugak dijadikan alasan. Tapi, I ni bukannya ada jiwa businesswomanpun, semuanya nak pakai mudah. Yerlah, kalau buat business, macam2 kena plan, overheadlah, debit kreditlah, hujung bulan tak tahu balik modal ke tidak lagi. Kalau kerja macam I sekarang, "sah dan sahih" tetiap bulan dah tentu dapat gaji, kerjapun senang, banyak pulak masa nak berblogging sementara dok tunggu "story" masuk. Apa lagi yang I nak, patut bersyukurlah kann. Kalau duduk rumahpun, I nak bergosip ngan sapakan, takkan hari2 nak berlepak ngan kenkawan kat luar, takkan hari2 nak berbowling ke or berkaraoke ker, dorangpun ada keje nak buat. Lagi satu mentality orang yang tak keje ni lain sikit especially yang ala2 "tai2", balik2 borak pasal "You tahu, last week I gi holiday kat London", "Baju I nikan I beli kat Paris tau" ," "Tengoklah beg LV baru ni, I baru belilah .... bla ...bla...bla ...boleh belahlah".

So, I memang bersyukur kepada ALLAH SWT kerana I tak jadi terburu-buru buat pilihan untuk early retirement itu. Memang rugi kalau difikirkan balik sebab dahlah "otak nanti berkarat sebab lama tak dipraktikkan" dan yang paling penting I akan miss kenkawan yang ada kat sini sebab kitorang dah jadi macam "satu keluarga" . Insyallah, selagi I diperlukan di sini, I akan terus berada di sini sebab di sinilah punca rezeki tambahan untuk I ngan anak2. Amin ....

No comments:

Post a Comment