Thursday, August 20, 2009

Si kechik mummy dah kurang mengeruk

Alhamdullillah, si kechik "nottie" Alea I tu dah kurang sangat mengeruknya (menggaru ler). Tak tahulah, sama ada combination skincare gel/cream yang hubby dok ambik kat klinik ker atau cream/shower gel Centhapyil yang I or hubby dok beli kat farmasi ker atau sejak I guna tepung ubi kayu buat bedak yang I beli kat supermarket jer, dok sapu sebelum and selepas mandi. Memang dah nampak OK, tak lagi nampak dia dok mengeruk2 sakan. Kalau tidak, siang memang kurang, malam jer, bila nak tido, kesian I tengok, dok mengeruk kat semua pelipat badan, tempat yang berpeluh gitu. Doktor dok pesan jangan banyak guna aircond, angin aircond tu kering tapi kalau tak pasang aircond, semata2 kipas jer, macam dalam mickrowavelah pulak bilik I. Selalunya I yang tolong kerukkan sebab kalau dia keruk, memang bersemangatnye sampai tinggal parutlah gitu. I selalunya tak keruk ngan kuku tapi I guna tapak tangan jer, layangkan pelan2 dan buat secara lembut, lama2 si kechik nipun khayal dan terus lena. Tetiap malam I buat, dah jadi macam "duty" lah pulak. Si kechik I ni, ada ezcema, nasib baiklah Dr kata ezcema akan hilang at certain2 age. I memang percaya tu sebab kakak dulupun macam Alea tapi bila dah besar ni, hilang terus, cuma yang tinggal sinus jer, asyik bersin, bersin, bersin, asal pagi jer bersin, dah tak tahu nak buat apa.

Tapi, I rasalah sejak si Dewi dok lumur badan Alea ni ngan tepung ubi kayu, nampak dah kurang bebenor. Sesekali mengeruk tu adalah, tapi biasalah, normallah tu. Kalau betullah, mujarab, syukur, alhamdullilah sungguh. Aleapun jenis tak kisah, lumurlah dia camner sekalipun, diam jer ... agaknya diapun dah rasa"letih" sangat sebab dok asyik mengeruk. Dah banyak kali si Alea ni, we all bawak gi klinik, abih ubat, datang balik ruam2 keringnya tu and jadi pulak kat bahagian pelipat jer. Tepung ubi nipun ok, bila kita dok lumur hari2, kulitpun jadi licin, cuma I kena sapu Vitamin E banyak2 sebab nak hilangkan parut. Bukan tu aje, kulit Alea ni memang sensitif, kena gigit nyamukpun ...hah ngko sedebuk naik bengkak and anak dara ni apa lagi mengeruklah sampai kuar darah, itu yang tinggal parut tu. "Ntahlah, masa ngandungkan Alea dulu, macam2 jenis vitamin mummy makan, yang kecil, yang besar, yang pahit yang manis, semua mummy telan tapi kulit Alea still sensitif sangat." Kadang2 heran bin ajaib juga tengok anak2 abang I kat Johor, berendamlah ko dalam longkang ke pasir sekalipun, takde mendenya, kebal sungguh.

Harap2 kali ni, biarlah betul2 baik, "kesian kat anak mummy, mummy pun dah tak tahu nak buat apa kat adek. Mummy tak kisah, ubat tu murah ke mahal ke, yang penting anak mummy sihat walafiat".

No comments:

Post a Comment