Wednesday, August 5, 2009

Rindu kat "geng lima sekawan"

Ke mana agaknya kenkawan I masa zaman sekolah menengah kat SRMGSKL dulu. Masa Form Sixth, I ingat lagi we all selalu berlima -- myself, Saliza, Rosma, Zaharah and Ruzana. Selalu buat study group sama2, stay back lepas sekolah. Jangan maree ... study kat Masjid Negara lagi, nak dapat berkatlah katakan. Dalam ramai2 tu, rasanya Rosmalah paling menonjol dan yang paling kuat study pulak si Ruzana. Dan semuanya bertudung kecualilah I ni (entahlah belum dapat seru lagi kotttt ... sampailah la ni).

Kalaulah dapat buat reunionkan seronok, ni tak dah lost contact langsung. Agak2 dah berapa anak2 dorang, still "maintenance" ke or dah banyak berubah seiring dengan usia kitorang sekarang yang memasing dah masuk "40 carat". Kalau tak silap I, semua kenkawan I ni jadi ce'ekgu. I ingat lagi, lepas dapat result STPM, memasing apply nak jadi ce'ekgu termasuklah I (sebenarnya I tak minat langsung jadi ce'ekgu). Masa tu memang senang nak jadi ce'ekgu, so semua dapat gi interview, ce'ekgu English lagi. Bila dapat results interview, tak silap I, Zaharah, Ruzana and Saliza kena kursus kat Maktab Perguruan Kedah nun, Rosma kat Penang kot and I dapat kat MP Tanjung Malim tapi I tak pegi pun sebab at the same time I dapat buat Mass Comm kat Shah Alam, dekat sikit and Rosma pun I dengar tak gi sebab dia dapat offer universiti (lupa universiti mana tapi still ambik kursus pendidikan). I pun heran kenkawan I yang tiga lagi tu tak pulak tersangkut mana2 universiti tapi Zaharah, Ruzana and Saliza, katanya lepas abih kursus kat MP, terus apply buat degree pendidikan kat USM, so "setakat yang I tahu sekarang ni, dorang ni semuanya ce'ekgulah, I aje yang jadi penjaga pagar "gate-keeper" kehormat.

Last sekali I jumpa Ruzana masa adik I kahwin (lupa lak si AA ke Jija), rasanya masa tu anak dia tiga orang, kechik2 lagi. In fact, masa dia kahwin kat Wangsa Maju dulupun I pegi sebabnya I ngan Ruzana tinggal berjiran kat Istana dulu, so mak dia kenallah ngan mak I. Dia kahwinpun ngan ekspatriat. Yang lelainnya, memang I tak dengar khabar langsung. Itulah macam yang I cakap, kalau dapat buat reunion, mesti best kannn...kannn. Mesti banyak cerita ni and soalan pertama dan wajib dorang mesti, "Ko bila nak pakai tudung?" Kwang ....kwang....kwang ....

No comments:

Post a Comment