Thursday, June 25, 2009

An article that worth a read

I came across this article "Cinta Berkecai Sekelip Mata", published in "Harian Metro" today and I feel that it is an article that worth a read.

Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah dan berkecai. Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan dan perkahwinan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru di kemudian hari.

Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta dan kasih sayang hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara fitnah, orang ketiga bahkan apa sahaja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai. Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan?

Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplan perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna. Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dibina semula. Kata bijak pandai, cinta bukanlah bara melainkan api yang keluar dari bara.



p/s: I ambik part yang interesting jer. Kalau nak baca penuh carilah newspaper "Harian Metro" yang hari ni punyer.

No comments:

Post a Comment