Monday, June 1, 2009

Mak, semoga panjang umur

Last Sunday, we had a family gathering. Takde planpun, semua on the spot. It so happens that, all my siblings ada kat umah, maklumlah cuti sekolah. My elder brotherpun ada sama, turun dari Johor dengan satu rombongan mak kiah. Wow, I tengok anak2 sedara I semua dah besar panjang. semua dah tak lasak lagi. Yang pompuan dah jadi anak dara dan yang lelaki dah jadi anak teruna.

Dah kumpul ramai2 tu, memandangkan besday mak I is just around the kona (June 2nd), so kitorangpun cadang naklah celebrate in advance. I pun beli kek Secret Recipe and satay sementara adik ipar I, Yatie masak laksa and Azean belanja coke dan kacang dua bungkus (dua bungkus jer? takpe, yang penting the thought it counts). Simple sangat ... takyah grand2, baju laklik-laklik, berdesigner or berlabuci, janji adik beradik semua ada. We all adik beradik memang rapat, taklah semewah mana tapi yang penting silaturrahim terjalin erat. Takde Team A, takde Team B, takde dengki mendengki, takde hasut menghasut dan takde perasaan nak menunjuk2. Yerlah, separuh orang tu, asal kumpul jer, memasing nak menunjuk2 .... dari yang dalam hinggalah yang luar, yang berkasih sayang tupun ... macamlah dia sorang ada laki or bini. Berkepit macam belangkas ala-ala "couple of the year". Pirahhh ....

Mak I pun macam biasalah, risau memanjang ... takut makanan tak cukuplah, takut semua orang tak dapat makanlah dan macam2 lagi. Biasalah orang tua. Hari ni tak abih lagi, dia dah risau hari esoknya, "sapa nak gi pasar ... takut lauk tak cukup, kesian kat cucu2 kalau takda lauk nak makan". I cakap kat mak I, "esok, esok punya hal, hari ni, harinyer hal".

Acara potong kek lepas maghrib, tak ciup lilinpun, cuma doa selamat oleh adik lelaki I dan cucu2 nyanyi lagu "panjang umur mak/nenek". Sebelum potong kek, mak I cakap biarlah dia celebrate ngan cucu2 dia yang lahir pada bulan Jun iaitu Alea and Asraff. No hal one. By the way, umur mak I dah masuk 62 dan mak I abihkan usianya itu dengan menghadiri kelas ugama dan sekali sekala ikut rombongan suraunya melancong. Alhamdullilah, dia tak pernah menyusahkan anak2nya cuma anak2 yang selalu menyusahkan hati dia. Kenkadang I cakap kat mak I, "jangan dok risau tak tentu pasal, nanti sakit, susah" tapi mak I jawab, "takleh nak elak, mak mana tak risau pasal anak2".

Lepas acara potong and makan kek, sesi bergambarlah pulak, macam2 pesen. Ada yang suka bergambar dan adalah yang tetiba jadi poyo. Ada yang telentang, tergolek, ada yang jadi tarzan, batman dan macam2 lagi. "Smile, you are in Candid Camera". Aleapun happy sesangat tengok cousin dia yang gitu ramai tu sampai taknak balik. Soraya takde sebab dia tengah seronok berholiday di Turki bersama2 MIL and SILs I. Missed jugak dengan anak dara sulung I tu.

So, dalam minggu pertama cuti sekolah ni, rumah mak I kat Selayang ni, riuh rendahlah ngan cucu2. Tapi I rasa taklah tonggang terbalik macam dulu sebab ramai yang dah besar2 dan pandai bawak diri memasing. Mak I pun cutilah tak ngajar ngaji seminggu, nak layan cucu2.

Sebelum balik, I cium and peluk mak I sambil "bermuah-muah kejap" and ucap "selamat hari jadi dan semoga panjang umur". Masa ada mak ni, jagalah, esok2 kalau tak ada, baru nak cari. Manusia ni, masa ada, buat tak kisah, dah takde, barulah meraung2 ....

No comments:

Post a Comment