Friday, June 19, 2009

Baca ngan minda yang terbuka

For those yang membaca blog I ni, I harap you all bacalah dengan minda yang terbuka lagi profesional. I pun tak sangka ramai gak yang berminat baca blog I ni walaupun ada orang cakap blog I ni not up to their standard, tak setaraf dengan tahap education I konon. Suka hati I lah macam mana I nak tulih, buat apa nak hipokrit, hipokrit. Dalam hidup ini, kita kena spice upkan hidup kitakan. Takkan nak serius memanjang, hallo ... cukuplah dengan "heavy2 stuff" yang tetiap hari I dok mengadap dan mengedit segala bentuk berita kat komputer, pening kepala ni tau, bukan setakat sorang dua baca, seluruh negara gitu. Itu belum lagi PM's office dok monitor. Dah tak larat I dok perbetul bahasa ilmiah tetiap hari, dok repair copies and dok susun bahasa bagi cantik. Sesekali nak gak tulih bahasa yang kita hari2 cakapkan. Kat umah cakap bahasa buku ker??? Kang akak guna jargon2 yang orang tak faham, kelakarlah pulak, takkan nak guna bahasa baku kot... Pleaselah. Half way baca, dah tido.

In the first place, I tak suruhpun you all baca, you all sendiri yang terhegeh2 nak baca. Yang dok kondem tulah yang I rasa hari2 tak sabar nak membacanya, hari2 nak buat "live telecast", bagi tahu orang ni, sapa kena kutuk, sapa yang kena puji dan sapa yang perasan habih. Tolonglah, baca dengan minda ala2 profesional kalau rasa diri tu di tahap gitu. Kalau rasa not up to your level, banyak lagi blog yang berilmiah, yang bahasanya tinggi2, bacalah. JANGAN SESEKALI JUMP TO A CONCLUSION. Baca sikit, dah rasa diri sendiri kena tempias, dah tersentap, padahal tak ada kena mengena langsung ngan awak. Nampak sangat, rasa diri tu bersalah. Hallo, apa yang I tulih, boleh jadik kat sesapa, boleh jadi diri I, boleh jadi kat diri you all dan sesapa saja di dunia ni. Kalau ALLAH boleh jadikan tujuh orang mukanya yang seiras kat dunia ni, tak mustahil apa yang jadik kat kita, boleh jadik kat orang lain jugak.

I memang suka baca blog orang lain jugak, kenkadang bila kita baca tu, terasa jugak macam orang tu perli kita kan, tapi sekali lagi kita perlu ingat, tak semestinya kita, mungkin orang lain yang berkebetulan macam kita. Itulah, yang I kata kita kena profesional. Bacapun belum abih, dah melatah yang bukan2. Hari tu sementara I dok tunggu anak2 dara I bermain, I baca this one womens' magazine and dalam tu ada satu artikel yang ceritanya sejibik macam apa yang I sedang lalui. There, tak semestinya dalam dunia ni kita aje yang rasa, orang lainpun sama. Kiranya I masih dalam golongan yang bernasib baik.

2 comments:

  1. yerr..setujuuu dgn kakaje..klu x suka buat pe baca kan klu sekadar nak kasik komen -ve..tu ler org kita ni mmg suka mendengkii..dlm blog pon nak dengki² x pro langsung konon mengaku diri pro sgtlah tu kann..huhu..

    ReplyDelete
  2. Sabar jerlah, memang tak propun, propa adalah.

    ReplyDelete