Friday, June 19, 2009

Kesian punyer pasal

Semalam adik I datang rumah, usung sekali anak dia. I dah agak mesti ada something wrong ni, mukapun buat "muka seposen, muka habis sedihlah, ratu dragpun boleh meraung tengok," kiranya kalau ada trofi, sure dapat kat dianyer. I diam malas nak tanya, nanti tanya kang lain pulak jadiknya. Lama gak dia kat umah I, bila dah time nak balik, barulah dia cakap, itupun I tengok macam ada emas dalam mulut. Kita adik beradik ni, macam mana marah sekalipun, kalau sorang tu susah, kitapun akan rasa susah jugakkan, bak kata pepatah "cubit peha kanan, peha kiri terasa ". Kesian memang kesian tapi ....

Yang I takleh terima tu, diapun sengkek boleh bagi pinjam duit kat orang. Orang ni bila nak berhutang, seribu janji diberinya, bila tiba time nak bayar, seribu alasan pulak yang kita akan dengar. Bayangkan nak dapat duit sendiripun, macam nak mintak sedekah. Telefon tak angkat2. Lagi satu, bila nak meminjam tu, tahu pulak cari rumah, padahal tak pernah datangpun. Kalau bayar oklah, alhmdullilah tapi yang bertahun2 tak bayar, buat dek jer, itu apa kes ???? Kalau boleh bayarlah, kita bukannya keje cop duit belakang rumah.

Macam yang I cakaplah, I memang cepat kesian kat orang, tambah2 adik beradik sendiri. Ada orang kata I ni kedekut, mungkin betullah tapi setiap orang memang kedekut, kedekut dengan cara masing2lah. Very subjektif one, takleh kita persoalkan, tapi jangan pakai sedap mulut jer nak cakap. Bab tolong menolong ni, Insyallah, kalau I boleh tolong, I tolong tapi semalam I rasa bersalahlah pulak, sebab sebelum I tolong dia, memang I "cloroxkan" adik I tu abih2 sebab time nilah kita boleh basuh dia cukup2. I harap dia faham sebab ini semua untuk kebaikan sendiri.

Bab kesian kat orang ni memang bahaya tapi apa nak buat, kita ni manusia biasa cepat tersentuh walaupun menyusahkan diri sendiri sebenarnya. Contohnya dalam entri awal I pasal beli costume langsing tu. I memang tak terlintas langsung nak beli, nak pakai buat apa tapi dah kawan I ni susah payah datang, ambil cuti lagi nak jual benda ni kat I, kesian ada, fed-uppun ada bila tak abih2 berceramah nak promote benda tu. Lepas beli menyesallah sebabnya rega bukan murah, pakaipun sekali dua ajer. Yang untung kawan I lah sebab dapat komisyen lagi. Lagi satu, masa I tinggal kat Wangsa Maju, ada jugak kawan ni datang rumah jual penapis air pelbagai guna .... alamak, I memang taknak tapi disebabkan dia beriya2 sangat, "Lin, I dah reservekan satu untuk you, ambillah, air dia berkhasiat bla..bla..bla", I pun kesian, ambillah juga and last2 tersadai jer kat dapur sebab expert yang patut datang pasang tak datang2, bila salah pasang, air taknak kuar, bersidai jerlah kat situ.

Macam tulah jugak kalau ada staff kat ofis jual barang2. Padahal bukannya perlupun, tapi ambik jugak tu. Ntahlah, sebenarnya salah sendiri, cuba buat hati tu kering sikit, buat donno jer kalau ada sesapa datang nak jual barang kat kita kan kan .....yang fenting duit kitapun selamat.

No comments:

Post a Comment