Friday, June 5, 2009

Seronoknya nak cuti sakan

Aduh, tak sabarnya nak cuti. Mulai esok, I akan bercuti selama seminggu. Tak plan nak gi mana2pun, cuma nak spend time ngan anak2 I, Alea and Soraya. Ahad ni, Soraya balik dari Turki, berholiday sakan dia kat sana. Memandangkan I cuti seminggu, rasa2nya seminggu jugaklah I tak berblog. Tapi tak tahu lagilah, silap2, tetiap hari I dok melaporkan aktiviti I. Yelah, kalau dah masuk line menulis ni, memang sentiasa nak menulis lerrr.

Cuti ni, I plan nak spring cleaning rumah I, kemas apa yang patut, buang apa yang tak diperlukan. Buat nyemak aje. I nak tampal balik semua wall paper I yang dah nampak renggang tu dan nak pilih2 t-shirt I yang tak dipakai lagi, masuk kotak, post ke Selayang. Biar lemari I boleh bernafas sikit. Ini tak, punyalah banyak t-shirt sampaikan I tak tahu yang mana nak pakai. Aleh2nya, balik2 baju tu, seluar tu, baju tu, seluar tu. Baju kurung Ipun, memang tak terkira banyaknyer. Ada yang tak pakai lagi pun ada tapi I sayanglah nak bagi kat orang sebab semuanya cantik2 belaka.

I pun plan nak bawak anak2 dara I berbowling kat Curve sebab I ada six free games. Lagipun, I nak gak praktis2 sebab 13 Jun ni ada bowling event, mestilah nak buat yang terbest kan. Bukan aper, bowling game I kan dah merudum so, gi jerlah praktis ngan anak2 dara I tu. Oh, tak lupa jugak nak bawak anak2 dara I gi main kat Kidszport or Gallactica, One Utama. Tak sabar gitu.
Camnerpun, ni baru plan awal, tak tahulah pulak later2 nanti ada perubahan.

No comments:

Post a Comment