Thursday, June 18, 2009

Hangat2 tahi ayam jerlahh

Cita2 I amatlah begitu tinggi sekali, konon nak balik ke ideal weight 58 kg, macam2 produk beli nak "cuba terai" -- produk kuruskan badanlah, produk buang toksik dalam badanlah, produk krim sapu buang lemaklah, emmmm .... sekejap jer buat, dalam sebulan tu, bukan mainlah, ikut saja peraturan, lepas tu "i kissed you goodbyelah". Memangpun kita ni cepat ghairah kalau nak buat sesuatu tu, mula2 memang bersemangat bagai nak rak, rasa tak nyempat2 nak tunggu besok, tapi "hengat2 tahi ayam jerlah", lepas tu produk ke mana, cita2 nak kuruskan badanpun ke mana.

Entah, susah bebenor badan teman ni nak turun. Apataknya, orang kalau ada problem tak lalu makan, ni bukan sepinggan, berpinggan2 teman balon, itu belum pegi umah mak teman kat Selayang lagi, segala apa yang dimasaknya semua sedap. Tak tahulah, selera I ni dari dulu sampai sekarang, memang taknah surut. Alhamdullilah, masa lalu makan, makanlah, esok2, kalau terlantor kat umah sakit (mintak disimpangkanlah), orang bawak segala macam buah2an dan makanan yang boleh buat "kecor ayaq liyoq", tengok ajelah terbelip-belip biji mata, sebab takleh makan. Aleh2, orang yang bawak tulah yang pulon abih, berkenduri sakan lagi tu.

I ada sorang kawan tu, umur dia rasa2 dah nak dekat 50 tapi maintain kurus. Part kurus tu I bolehlah terima sebab dia tak penah beranak tapi bila dia cakap last meal dia pukul 7 malam and that's it for the day and cuma makan yang rebus2an jer, I terus cakap kat dia, "Rugilah ko, hilang nikmat dunia yang Allah bagi kat ko, makan jerlah tapi berpada2". Yelah, apataknya, daging tak makan, itu tak makan, ini tak makan, setakat vege rebus jer, mana nak dapat zatnya. I pulak memanglah malas nak berdiet, tengah malampun I boleh melantak lagi. Itu sebabnya I takut nak pegi check-up, nanti Dr listkan segala penyakit I, langsung I takleh lena tido.

Balik ke "hengat2 tahi ayam" ni, bukan aje produk nak kuruskan badan, kenkadang itu, vitaminpun, mula2 lajulah makan, lepas tu, kadang2 makan, kadang2 langsung tak makan. Ada tu pulak, I belilah costume nak kuruskan badan, mahal jugak reganya (sebenarnya bukan nak beli sangat tapi dek kesiankan kawan yang menjualnya, terpaksalah beli dengan hati yang maha berat), rasanya pakai dua kali jer, lepas tu malas, rasa menyeksakan dirilah pulak. Dahlah nak pakai punyalah susah, ketat pulak tu, memanglah tak dinafikan resultnya superb weiii .... ramping lagi, tapi .... amat menyeksakan apatah lagi di saat2 emergency, waduhhhhh .....

Oh yer, hari Sabtu lepas June 13, I join bowling tournament dengan bebudak ex-masscomm, aleh2, menanglah pulak kategori pompuan and kumpulan I "Sambal Belacan" dapat nombor 4, oklah tu. Hadiah yang I dapat untuk kategori pompuan, satu set beauty care worth RM1,500 tapi memandangkan I dah ada produk skincare I sendiri, taklehlah I pakai, sayangkannn....Siap ngan minuman kacip fatimah lagi. Nak tergelak jugak bila Pali dari TV3 cakap, "kalau laki lari jugak, tak tahulah aku".

Abih camnor, nak bagi kat saper yek
product beauty care yang teman menang tu ... yang part nak turunkan berat badan teman ni, rasanya idoklah dapat. Mimpi jerlah.

No comments:

Post a Comment