Monday, June 22, 2009

Percaya pada Allah Nan Satu

Dua minggu lepas, I ikut my friend gi dengar ceramah agama. Takda angin, takda ribut, aleh2 rajin pulak I nak ikut dia. Kat ofis I selalu gak ada ceramah tapi disebabkan most of the time, I masuk shift petang, maka selalu termisslah. Ustaz yang bagi ceramah hari tupun, sempoi, relaks and rugged lagi. Ustaz tu cakap pasal orang2 kita sekarang ni lebih percaya kepada tangkal berbanding kepada kuasa ALLAH. Tangkal ni ada macam2 jenis. Ada untuk perniagaan, ada untuk perlindungan diri, ada untuk dijadikan penunduk suami/isteri, ada untuk naik seri dan macam2 lagi. Rupa tangkal nipun berbeza2, ada yang macam taring rimau, ada yang pakai minyak calit, ada yang guna kain kuning besar ibu jari jer, ada yang jenis berantai dengan pelbagai simpulan (lagi banyak simpulan lagi banyak kepentingannya) dan paling bahaya yang terus tanam dalam badan, kira terus jadi darah daginglah. Ini semua adalah perbuatan maha SYIRIK yang menidakkan kuasa ALLAH. Nauzubillahhiminzalik...

Huiii.... gerun I dengar sambil tu mengucap panjang lagi. Ustaz tu cakap lagi selagi tak bertaubat nasuha, tak buang segala tangkal yang ada tu, rezeki payah nak masuk, bukan takda, tapi bila dah nak dapat, rezeki tu terlepas macam tu aje ... melopong jer kita tengok. Memangpun betul cakap ustaz tu, kita berdoa dan meminta pada ALLAH, bukannya berharap pada tangkal ataupun makhluk2 halus yang lain. ALLAH yang beri kita rezeki, bukan segala tangkal mangkal ni. Bukan setakat berdoa sahaja tetapi kenalah berusaha sama, insyallah, kalau ALLAH kata itu rezeki kita, rezeki kitalah. Kenkadang, pakai tangkal ni, mula2 ikut orang, ataupun orang yang bagi tangkal tu cakap "ni boleh lindung diri dari segala perbuatan tak elok" tapi lama2 yang orang memakai tu jadi taksublah pulak. Dahlah ilmu ugama kurang kat dada, pakai pulak tangkal mangkal ni, berganda dosanya. Mungkin tangkal tu untuk benda lain, kot2 nak diturunkan ilmu lain ker tapi dicakapnya tangkal tu untuk lindung diri atau tarik rezeki dan dek kerana percaya bulat2 dipakai atau dibawa kulu kilir.

Satu lagi, ustaz tu pun sentuh pasal bomoh2 ni. Sikit2 gi bomoh, anak sakit gi bomoh, anak taknak belajar gi bomoh, apa salahnya kalau tak nak gi doktor, gi jer kat ustaz, mintak air penerang hati, dah tentu ustaz akan guna medium Islam. Bomoh ni, mesti guna kain kuningnye, sama ada lilit kat kapla ataupun bentang kat depan pesakit. Kalaulah dah guna kain kuning tu, mestilah berinteraksi dengan jin. Bukan apa, kalau boleh dijauhkanlah... syirik dan dosa besar tu. Ini tidak sampai tuapun, masih percaya kat bomoh, mintak telek, bomohpun tengoklah kat air "uhh, tahun ni tahun baiklah untuk korang". Hallo, kita mintak dan doa kepada ALLAH disusuli dengan usaha, bukannya gi telek kat bomoh. Bawak2lah berinsaf.

Ada kawan I sorang ni pulak suka pegi telek nasib kat Master Chin. Bukan setakat kat Central Market dia gi, nun sampai ke Port Klang sana. Banyak kali I cakap kat dia, "watpelah you dok telek nasib tu, tak baik, nanti kalau dia bagi tahu yang tak elok, you jugak yang takleh tido, bukan murah pulak tu". Dia jawab balik, "Alah, suka2 jer Lin, bukan nak cayapun". Suka hati awaklah, jangan babitkan I dah.

Apa2pun, kita mesti percaya kepada ALLAH nan satu, tak kiralah nak berjanji ke, berdoa ke, berserah ke, meminta ke mesti kepada ALLAH dan tidak yang lain daripadaNYA. Memang betul, sesungguhnya, hati akan tenang kalau kita bersolat dan meminta kepadaNYA. Dia akan makbulkan tetapi hanya masa yang menentukan. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin 10, 20 tahun akan datang, tapi masanya akan tiba jua satu hari nanti. AMIN.

No comments:

Post a Comment