Monday, June 15, 2009

Kita hanya manusia biasa

Kita hanyalah manusia biasa, tidak sesempurna seperti mana yang kita rasakan. Itu sebabnya kenkadang kita tidak tahu atau tidak sedar sama ada kita ada menyakiti, mengecil ataupun mengguriskan hati seseorang itu sehinggalah diberitahu. Berilah tahu kalau kita ada buat silap, jangan dok pendam. Kalau tak diberitahu mana kita nak tahukan. Kita bukannya malaikat. Yang tinggi agama sekalipun, kenkadang dorang sendiripun terlepas pandang apa yang dorang buat, apatah lagi insan kerdil seperti kita ni.

Tapi janganlah pulak, bila ditanya apa yang telah dibuat sehingga mengecilkan hati itu, balik2 cerita lama, balik2 yang lama juga yang diungkit. Bila ditanya kot2 ada yang lain selain yang lama jugak diulang2, tak tahu pulak apa dianyer. Pening, pening ... yang lepas, lepaslah, takyahlah balik2 itu jugak yang dijadikan penyebab, yang itu jugak diulang2. Yang lama tu dah jadi lipatan sejarah, sudah bermaaf2an. Dah tutup buku. Misalpun ada perkara yang mengecilkan hati, janganlah dok tuding jari kat kita sorang sebab kemungkinan perkara yang sama turut diwar2kan oleh orang lain dan mengapa kechik hati dengan kita sorangkan, kechiklah hati dengan orang yang turut mengatakan perkara yang sama. Itu hanyalah sekelumit berbanding derita yang telah kita tempuhi.

Lagi best, kesalahan kita aje yang orang nampak, kita ajelah yang mengecilkan hati orang, segala2nya kita tapi hati kita yang menanggung derita, ditipu hidup2, bukan sahaja berkecil hati tetapi terguris hati sepanjang hayat, orang sikit tak tahu. Luka di luar orang nampak, luka di hati tiada penawarnya.

No comments:

Post a Comment