Wednesday, June 3, 2009

Part makan, usahlah berkira sangat

Bukan nak cakap ape, I lah kalau part2 makan ni, memang tak berkira sangat. Pada I, bagi makan kat orang, umpama kita bukak pintu rezeki kita sendiri. Janji hati ikhlas. Itu sebabnya, kalau ada parti "makan-makan" kat ofis I, I tak kisah nak menghuloq. I selalu cakap kat kenkawan I, "aku part huloq2 ni memang aku tak kisah, tapi part nak tolong2 tu, sorrylah, aku malaslah sikit".

Yang bestnya kat opis I ni, kenkawan I ni semuanya rajin2 belaka bila nak buat majlis makan2. Siap panggil meeting lagi, list down semua menu. Kenkadang dalam pantry tu macam nak buat persediaan kenduri kahwinlah pulak. Ada yang jadik tukang bancuh air, tukang hidang, tukang potong2, tukang hias dan I ni biasalah tukang rasalah. Kagum betul I tengok dorang yang tak kisah nak masak lasak penang ke, lasak johor, nasi dagang, mihun, mee goreng ... aduh, tak sanggup I. Biarlah I huloq aje. Alah setakat RM10 or RM20, rasanya tak jatuh papa kedanapun, sedangkan beli kasutpun ratusan ringgit, inikan pulak RM10 or RM20, apa salahnya kannn.

Yang geramnya pulak, orang yang kedekut tu, bukan aje tak nak menghuloq, komplen lagi, makan tak sedap, tak cukup, menu tah aper2 ntah. Hallo ... kalau nak sedap huloqlah sikit, jangan dok nak komplen jerr. Dahlah komplen tak abih2, bila ambik makanan tu macam 10 hari tak makan, bertimbun2 dalam pinggan sampai tak cukup tangan nak pegang. Paling I bengang, orang tak abih makan lagi, sibuk nak membungkus. Tolonglah ... bagi orang makan abih dulu, yang lebih2 tu, kalau nak bungkus, bungkuslah, takdak sapa yang nak halang. Yelah, daripada membuang begitu sahaja, bungkuslah bawak balik. Ada jugak tu, majlis belumpun start, awak dah pegang plastik nak membungkus, tangan tu kiri kanan pegang buah, macamlah tak pernah makan buah. Pegi jer chowkit, macam2 buah ko boleh dapat, murah lagi ....

Ada sorang kawan ni, bukan takde duit tetapi tak tahulah dalam kategori mana I nak letak dia sama ada nak berjimat ker atau kedekut. Panggil makan kat umah, bayangkan lah, ikan kembung dua ekor, kerat empat ... dah tu tomyam beli kat kedai, balik rumah, masuk periuk tambah air. Jamu kuihpun, potong kecik2. Kita yang nak makan ni pun rasa tak tertelan dibuatnya. Itu takper lagi, ada sorang kawan ni, pun banyak duit tapi bila anak2 ajak gi McDonalds tak penah bawak. Mahal katanya, baik beli Ramly Burger satu bungkus, balik goreng boleh belah dua, lagi jimat. Hallooooo, berapa banyak sangatlah budak2 tu nak makan kat McDonalds tu. Budak2 tu bukan aper, dorang nak rasa jugak environment makan kat situ ajer, bawaklah, gaji sebulanpun tak abih. Anak2 tulah juga punca rezeki kita.

Kita nak bagi makan ker nak buat jamuan jamu orang nipun, biarlah cukup dan sempurna. Itu sebabnya jugak, I memang tak kisah nak belanja lebih sikit, asalkan tetamu puas hati. Tetapi, dalam kita tak kisah part2 makan nipun, ada jugak yang kata I ni kedekut, "sorok makanan lagi", astaqfirullahalazim. Sapalah yang tak sayang mulut tu, "patut sagat jer mulut tu kat jalan".

No comments:

Post a Comment