A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Monday, June 29, 2009
Tipu paling sukar dimaafkan
p/s: nipun I terbaca dalam satu artikel.
Happy 3rd besday, sayangku Alea
Oklah, walaupun sambutan besday si Alea ni tak sebesar dan semahal mana tapi meriah serta happeninglah jugak. Berkebetulan, besday Alea jatuh pada hari I ada tournament bowling ngan kenkawan sekerja, so I ambik kesempatan celebrate birthday Alea ngan "auntie2 vogue" dan anak memasing di bowling alley lagi, nun di Sri Kembangan, Serdang, ooi ...jauhnyer. Kalau besday Soraya dulu bertemakan bowling, Aleapun taknak kalah. Tapi kali ni, bukannya kenkawan dia yang berbowling tapi kenkawan mummy pulak yang sakan berbowling. "Amboi...amboi...amboi ... boleh hujan lebat" dibuatnya bila "auntie2 vogue" ni nyanyi besday song kat Alea. Thanks to semua "auntie2 vogue" and thanks to bawak anak2 sekali. I tak bawak kek tapi brownies dua kotak, senang sikit nak distribute, takyah nak guna pinggan and takyah nak potong2. Soraya pulak, orang dok sibuk nak suruh adik ciup lilin, dialak poyo and siap "buat muka" lagi sebab rasa dirinya terpinggir, orang dok kerumun adik. Jenuhlah pulak I nak memujuk tapi biasalah Soraya sekejap jer buat perangai, lepas tu diapun join sekali, bagilah pulak dia main bowling dua game sekali ngan Dewi, lagilah dia happy. Mummy pulak, ambik berkat besday adik, berbowling dengan cemerlang, gemilang dan terbilang gitu. Dahlah dapat nombor satu, dapat jugak hadiah jackpot. Hadiah taklah seberapa tapi menang tu yang fenting.
The very next day, Sunday, lagi satu celebration untuk Alea. Kali ni I buat kat Selayang ngan cousin2 dia. I awal2 lagi dah tempah kek "Ben-10" untuk Alea sebab dia suka kartoon "Ben-10". Tapi yang tak bestnya, Kakak takde sebab Kakak ada kat tempat lain. Harap2 kakak adalah selitkan lagu "Selamat Ulangtahun Sayang" untuk adik. Sedih jugak tapi nak buat camner. Kat Selayang, walaupun among kitorang2 jer, tak panggil sesapapun, tapi ok jugak. Kita buat style "garden party" and si Dewi sakan menggantung belon kat pondok kecil kat luar rumah Mak I. Memang nampak real gitu. Walaupun bebudaknya tak ramai tapi riuh rendahnya macam nak runtuh rumah. Apa2 pong, yang penting Alea happy. Next year senang sikit mummy nak celebrate besday si kechik ni, buat kat kat sekolah jer sebab masa tu dia dah ada kenkawan sendiri.
Last but not least, mummy harap Alea suka sarung tangan boxing "Ben-10" yang mummy belikan. Tapi, janganlah adik dok boxing2 kakak and papa pulak belikan patung "Tom and Jerry". Tapi sekali sekala tertengok si muka Tom yang menyeringai begitu sekali, ohhh, amat menyeram dan menakutkan...ala-ala tengok drama "Keliwon"lah pulak...hee...heee...heee....
Thursday, June 25, 2009
An article that worth a read
Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah dan berkecai. Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan dan perkahwinan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru di kemudian hari.
Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta dan kasih sayang hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara fitnah, orang ketiga bahkan apa sahaja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai. Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan?
Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplan perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna. Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dibina semula. Kata bijak pandai, cinta bukanlah bara melainkan api yang keluar dari bara.
p/s: I ambik part yang interesting jer. Kalau nak baca penuh carilah newspaper "Harian Metro" yang hari ni punyer.
Kak Ya's mid-year exam results
"Kakak, what happen to your Maths and Science, I thought you are ok with these two subjects". But according to Kakak, she is a bit confused with subtractions of numbers within 10,000 and solving word problems that involved addition and subtraction; multiplication and division (frankly speaking, I pun tak berapa faham sebab masa I dulu semuanya dalam Bahasa Malaysia). Same goes to Science subject. Soraya told me that that she's not really familiar with the similarities and differences of living things/non-living things and identifying the external features of a plant and animal. "Takpelah kakak, next time you can do better. Macam yang mummy cakaplah, you bukan tak pandai, pandai, cuma careless jer. Cuba jangan dok nak cepat sangat". I believe that she wasted most of her points due to carelessness as according to Soraya's maths tuition teacher, "she can do it when doing a revision with her.
Paling best, subjects on performing arts like piano and dancing, she got excellent for all the presentations. In fact, last night, she taught me the dance routine for Cha Cha Cha and Waltz.
Wednesday, June 24, 2009
Si kechik I makin "nottie"
Contohnya, semalam masa nak tidor, abih dibelasahnya kakak dengan bolster dia, lepas tu dapat penyakit mencubit ... bukan jer kakak kena cubit, mummypun dicubit jugak. "Ooooi, sakitlah adik, ingat tak sakit ke ... cubit2 ni", jerit si kakak. Tapi I memang respect kakak sebab dia tak melawan tapi kalau melawan pula, berderau darah I tengok. Apa taknya, agaknya sebab dah geram sangat, ada sekali tu ditumbuknya si "Ten-ten" kata dada, adik terus terdiam sekejap, I pun apa lagi mengelabah, "kakak, why kakak tumbuk adik kat dada, bahaya tau" and kakak agaknya takut terus menangis and adik yang "poyo" tupun ikut nangis sekali. Sebelum tu, si adik sibuk dok kacau si kakak "poo-poo" kat bathroom I and dok tengah excited lompat2, terantuklah kepala kat pintu so I pun cakap kat adik, "You tau tak, kakak tu ada magic, you dok kacau kakak tulah yang buat kepala you terantuk," (sebenarnya nak takutkan dia jer so that dia tak buli kakak lagi). Ehmmmm ... macam biasalah, buang "ayaq liyoq" I ajelah, buat tak tahu jerr.. Tak duduk diam lagi, ambik pulak kereta yang boleh tolak ngan kaki. Broom ke sana ... broom ke sini... abih semua benda dia langgar, dia tak dulik. Dah penat, panjat pulak katil, duduk kat kepala katil, lepas tu gelongsor turun ... itulah keje dia, ulang dua tiga kali. Kakak ambik buku nak baca, diapun sibuk berlari2 cari buku kat bilik sebelah, nak baca sama. Memanglah kenkadang kakak mengamuk jugak sebab abih buku kakak dikerjakan.
Time tidor we all selalunya lepas kartoon "Ben-10", memang wajib makronah sebab si "Ten-ten" dah tahu timenya 11.00 to 11.55 pm. Sapapun takleh kaco, dia yang control and dia tahu abih jer kartoon, I akan terus tutup TV. Wow ... macam diprogram programlah pulak. Nak tahu tak, dalam gelap2 dah nak tido tu sempat lagi dia belasah dan pukul kakak dia dengan bolster lagi. Memang I kesian sangat kat kakak sebab masa2 nilah kakak selalu nak cerita apa yang dia buat kat sekolah sepanjang hari kat I tapi adik macam tak bagi I dok mengadap muka kakak.
Bila si "Ten-ten" ni dah fed-up orang tak layan dia, dia jerit, "MAMEE, YAYYA ...DIDOR ...MAMEE, YAYYA...DIDOR", sambil dok pukul kitorang lagi. Kenkadang geram jugak sebab memang sakit, so semalam I takutkan dia, "Cicak, cicak ambil Alea ni, dia taknak tido, ambil dia cicak, ni dok kacau kakak selalu", and you tahu dia diam terus dan berkebetulan dengar pulak bunyi cicak "ceet, ceet, ceet, ceet", teruslah diam membatu. Tak penah2 nak selimut, alih2 bila I tanya, "adik nak selimut tak," terus dia jawab, "nak mut, nak mut" (nak selimut, nak selimut, minta maaflah yer, si kechik ni memang so the melayu one tapi dia faham bahasa London) and tak lama kendian terus tido sambil pegang tangan I. Ohhh... betapa bahagianya I, tido diapit oleh insan2 tersayang. Tidorlah wahai puteri-puteri ku, intan payung buah hati mummy ....
Tuesday, June 23, 2009
Cerita seorang kenalan
From there onwards, we all jadi agak rapat, maybe diapun takde kawan nak bersembang, samalah macam I kot. Normally, Nik ngan I will lepak at the Dome, Curve while listening to the live band over there. Dalam ramai2 kawan, she's the only one yang panggil I dengan nama "Na" and it reminds me of someone yang pernah panggil I dengan nama tu masa I study dulu (alamak, kenangan mengusik jiwalah pulak). Dia banyak bercerita pada I and I pulak banyak mendengar jer. Apa yang I nak tulih nipun antara cerita kehidupan dia yang begitu menarik, umpama satu pengajaran pada I yang "ALLAH MENGATUR SESUATU YANG KITA TIDAK NAMPAK DENGAN MATA KASAR".
She was a smart student and lepas dapat results SPM with flying colours, she was offered to study in UK but because of her tanggungjawab kat family, especially to her mum and three other little siblings, she decided to just continue her studies in the local university. Dia memang betul2 nak gi UK, pegi negara orang dan nak jadi gynae terkenal tapi dek kesian kat mak dia, langsung tak jadi. Tetapi according to Nik, apa yang terjadi adalah aturan ALLAH pada dia yang hari kemudian baru dia nampak hikmah di sebalik ketidakpergiannya itu.
"Na, misal kata I pegi UK dulu, tinggalkan mak dan adik2 I, I kena abihkan masa at least enam hingga tujuh tahun kat sana, and nak jadi pakar mungkin ambik pulak masa 15 hingga 20 tahun tapi ALLAH maha kaya, abih jer I belajar kat sini, ada orang offer I jadi partner travelling agency dia dan tak sampai 1o tahun I dah ada company sendiri. I mungkin hilang satu cita2 tapi sekurang2nya I dapat happykan banyak pihak. Bukan jer I dapat company, dapat pulak melancong overseas tiap2 tahun lagi, syukur alhamdullilah. Itulah, kalau difikirkan balik, apa yang ditakdirkan pada kita, mesti ada hikmah di sebaliknya. So youpun kalau ada apa2 ujian dari Allah, terima ngan redha, hikmahnya kenkadang kita tak nampak ngan mata kasar".
Satu lagi, dia nasihatkan I, kalau rasa hati tak tenang, lepas sembahyang hadiahkanlah surah Al-Fatihah 100 kali kepada diri sendiri selain daripada ibu bapa, ibu bapa mertua, suami dan anak2. Insyallah, dengan bacaan "ibu segala ayat tu" akan menenang fikiran dan sekali gus dapat melupakan kesedihan yang melanda diri. Dan yang itulah, I dok amalkan selalu. Memang betul, hati I memang amat tenang dan dah tak rasa liang libu lagi.
Sudah2lah tu, takde pekdahnya ...
"Pada ko yang suka mengata aku, kalau nak mati esok kena cari aku, mintak ampun, kalau tak, kubor tak terima dan paling takut, mati dengan cara yang paling mengaibkan".
Entahlah kalau nak difikirkan kita kalau nak mengeluar satu2 ayatpun kena fikir dua tiga kali, apatah lagi bila hidup kita ni umpama roda, ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah. Itu pendapatan I lah, tak tahulah orang lain. Tapi yang pentingnya, orang yang mendengarnya, tapislah betul2, boleh ke dipercayai atau tidak, kalau orang yang menyampai ni memang spesies "mulut puaka dan suka melaga2", jangan ambik bulat2 jer kemudian pandang serong pulak pada kita.
Banyak benda lain yang memang menyakitkan dan menggelegakkan tahi telinga I kalau dengar tapi yang paling terbaru ada orang yang menyampaikan kat I ada ke patut si "mulut puaka" ni kata yang "ooo ... I tak nak cakap ngan si bini polan ni sebab dia miskin and I tak bagi anak I kawan ngan anak si polan ni sebab tak setaraf, diapun miskin jugak". Hallo ... kalaupun I ni dilahirkan dalam dulang emas, anak kerabat original (bukan tempelan atau tempias je), tak kiralah sultan Brunei ke atau mana2 Sultan dalam negarapun, yang tujuh lapan keturunanpun reta tak abih makan, I tak gamaklah cakap macam tu. Tambahan pulak lagi I ni hanya anak kerani rendah kerajaan jer yang gaji father I tak sampai RM500, lagilah tak sanggup. Astaqfirullahhalazim, tolonglah, bawak2lah insaf dan bertaubat. Kalaupun nak buat orang benci kat kita, janganlah sampai jatuhkan maruah orang lain. Tak tahulah tang mana orang boleh suka kat awak, tinggi sungguh ilmu awak, tak takut mati ker ... oh yer lupalak, "kalau matipun, kubur masing2kan".
Kali ni I memang marah sungguh2 dan maafkanlah kalau ada bahasa kasar yang I gunakan. Again, I taknak hipokrit dan beralas2 sebab kalau dah marah, macam2 ayat yang kuar dari mulut kitakan. I tak reti nak guna bahasa buku, apatah lagi yang berskema. Selama nipun sudah terasa maruah ni dicalarkan, tapi I senyap, buat donno jer walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu. Macam yang I cakap tadi, hidup ini umpama roda, kita tidak selalunya di atas weeiiii .... dan jangan rasa happy sangat atas penderitaan orang lain. Sapa2 yang terasa tu, "tefuk dadas tanya seleras dan imbas2lah balik apa yang pernah diperkatakan". Lepas tu pegi cari jalan yang paling berkerutu batunya. sagat jer mulut awak kat jalan tu.
Oklah, that's it for today. Full stop.
Monday, June 22, 2009
Percaya pada Allah Nan Satu
Huiii.... gerun I dengar sambil tu mengucap panjang lagi. Ustaz tu cakap lagi selagi tak bertaubat nasuha, tak buang segala tangkal yang ada tu, rezeki payah nak masuk, bukan takda, tapi bila dah nak dapat, rezeki tu terlepas macam tu aje ... melopong jer kita tengok. Memangpun betul cakap ustaz tu, kita berdoa dan meminta pada ALLAH, bukannya berharap pada tangkal ataupun makhluk2 halus yang lain. ALLAH yang beri kita rezeki, bukan segala tangkal mangkal ni. Bukan setakat berdoa sahaja tetapi kenalah berusaha sama, insyallah, kalau ALLAH kata itu rezeki kita, rezeki kitalah. Kenkadang, pakai tangkal ni, mula2 ikut orang, ataupun orang yang bagi tangkal tu cakap "ni boleh lindung diri dari segala perbuatan tak elok" tapi lama2 yang orang memakai tu jadi taksublah pulak. Dahlah ilmu ugama kurang kat dada, pakai pulak tangkal mangkal ni, berganda dosanya. Mungkin tangkal tu untuk benda lain, kot2 nak diturunkan ilmu lain ker tapi dicakapnya tangkal tu untuk lindung diri atau tarik rezeki dan dek kerana percaya bulat2 dipakai atau dibawa kulu kilir.
Satu lagi, ustaz tu pun sentuh pasal bomoh2 ni. Sikit2 gi bomoh, anak sakit gi bomoh, anak taknak belajar gi bomoh, apa salahnya kalau tak nak gi doktor, gi jer kat ustaz, mintak air penerang hati, dah tentu ustaz akan guna medium Islam. Bomoh ni, mesti guna kain kuningnye, sama ada lilit kat kapla ataupun bentang kat depan pesakit. Kalaulah dah guna kain kuning tu, mestilah berinteraksi dengan jin. Bukan apa, kalau boleh dijauhkanlah... syirik dan dosa besar tu. Ini tidak sampai tuapun, masih percaya kat bomoh, mintak telek, bomohpun tengoklah kat air "uhh, tahun ni tahun baiklah untuk korang". Hallo, kita mintak dan doa kepada ALLAH disusuli dengan usaha, bukannya gi telek kat bomoh. Bawak2lah berinsaf.
Ada kawan I sorang ni pulak suka pegi telek nasib kat Master Chin. Bukan setakat kat Central Market dia gi, nun sampai ke Port Klang sana. Banyak kali I cakap kat dia, "watpelah you dok telek nasib tu, tak baik, nanti kalau dia bagi tahu yang tak elok, you jugak yang takleh tido, bukan murah pulak tu". Dia jawab balik, "Alah, suka2 jer Lin, bukan nak cayapun". Suka hati awaklah, jangan babitkan I dah.
Apa2pun, kita mesti percaya kepada ALLAH nan satu, tak kiralah nak berjanji ke, berdoa ke, berserah ke, meminta ke mesti kepada ALLAH dan tidak yang lain daripadaNYA. Memang betul, sesungguhnya, hati akan tenang kalau kita bersolat dan meminta kepadaNYA. Dia akan makbulkan tetapi hanya masa yang menentukan. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin 10, 20 tahun akan datang, tapi masanya akan tiba jua satu hari nanti. AMIN.
Friday, June 19, 2009
Baca ngan minda yang terbuka
In the first place, I tak suruhpun you all baca, you all sendiri yang terhegeh2 nak baca. Yang dok kondem tulah yang I rasa hari2 tak sabar nak membacanya, hari2 nak buat "live telecast", bagi tahu orang ni, sapa kena kutuk, sapa yang kena puji dan sapa yang perasan habih. Tolonglah, baca dengan minda ala2 profesional kalau rasa diri tu di tahap gitu. Kalau rasa not up to your level, banyak lagi blog yang berilmiah, yang bahasanya tinggi2, bacalah. JANGAN SESEKALI JUMP TO A CONCLUSION. Baca sikit, dah rasa diri sendiri kena tempias, dah tersentap, padahal tak ada kena mengena langsung ngan awak. Nampak sangat, rasa diri tu bersalah. Hallo, apa yang I tulih, boleh jadik kat sesapa, boleh jadi diri I, boleh jadi kat diri you all dan sesapa saja di dunia ni. Kalau ALLAH boleh jadikan tujuh orang mukanya yang seiras kat dunia ni, tak mustahil apa yang jadik kat kita, boleh jadik kat orang lain jugak.
I memang suka baca blog orang lain jugak, kenkadang bila kita baca tu, terasa jugak macam orang tu perli kita kan, tapi sekali lagi kita perlu ingat, tak semestinya kita, mungkin orang lain yang berkebetulan macam kita. Itulah, yang I kata kita kena profesional. Bacapun belum abih, dah melatah yang bukan2. Hari tu sementara I dok tunggu anak2 dara I bermain, I baca this one womens' magazine and dalam tu ada satu artikel yang ceritanya sejibik macam apa yang I sedang lalui. There, tak semestinya dalam dunia ni kita aje yang rasa, orang lainpun sama. Kiranya I masih dalam golongan yang bernasib baik.
Kesian punyer pasal
Yang I takleh terima tu, diapun sengkek boleh bagi pinjam duit kat orang. Orang ni bila nak berhutang, seribu janji diberinya, bila tiba time nak bayar, seribu alasan pulak yang kita akan dengar. Bayangkan nak dapat duit sendiripun, macam nak mintak sedekah. Telefon tak angkat2. Lagi satu, bila nak meminjam tu, tahu pulak cari rumah, padahal tak pernah datangpun. Kalau bayar oklah, alhmdullilah tapi yang bertahun2 tak bayar, buat dek jer, itu apa kes ???? Kalau boleh bayarlah, kita bukannya keje cop duit belakang rumah.
Macam yang I cakaplah, I memang cepat kesian kat orang, tambah2 adik beradik sendiri. Ada orang kata I ni kedekut, mungkin betullah tapi setiap orang memang kedekut, kedekut dengan cara masing2lah. Very subjektif one, takleh kita persoalkan, tapi jangan pakai sedap mulut jer nak cakap. Bab tolong menolong ni, Insyallah, kalau I boleh tolong, I tolong tapi semalam I rasa bersalahlah pulak, sebab sebelum I tolong dia, memang I "cloroxkan" adik I tu abih2 sebab time nilah kita boleh basuh dia cukup2. I harap dia faham sebab ini semua untuk kebaikan sendiri.
Bab kesian kat orang ni memang bahaya tapi apa nak buat, kita ni manusia biasa cepat tersentuh walaupun menyusahkan diri sendiri sebenarnya. Contohnya dalam entri awal I pasal beli costume langsing tu. I memang tak terlintas langsung nak beli, nak pakai buat apa tapi dah kawan I ni susah payah datang, ambil cuti lagi nak jual benda ni kat I, kesian ada, fed-uppun ada bila tak abih2 berceramah nak promote benda tu. Lepas beli menyesallah sebabnya rega bukan murah, pakaipun sekali dua ajer. Yang untung kawan I lah sebab dapat komisyen lagi. Lagi satu, masa I tinggal kat Wangsa Maju, ada jugak kawan ni datang rumah jual penapis air pelbagai guna .... alamak, I memang taknak tapi disebabkan dia beriya2 sangat, "Lin, I dah reservekan satu untuk you, ambillah, air dia berkhasiat bla..bla..bla", I pun kesian, ambillah juga and last2 tersadai jer kat dapur sebab expert yang patut datang pasang tak datang2, bila salah pasang, air taknak kuar, bersidai jerlah kat situ.
Macam tulah jugak kalau ada staff kat ofis jual barang2. Padahal bukannya perlupun, tapi ambik jugak tu. Ntahlah, sebenarnya salah sendiri, cuba buat hati tu kering sikit, buat donno jer kalau ada sesapa datang nak jual barang kat kita kan kan .....yang fenting duit kitapun selamat.
Thursday, June 18, 2009
Hangat2 tahi ayam jerlahh
Entah, susah bebenor badan teman ni nak turun. Apataknya, orang kalau ada problem tak lalu makan, ni bukan sepinggan, berpinggan2 teman balon, itu belum pegi umah mak teman kat Selayang lagi, segala apa yang dimasaknya semua sedap. Tak tahulah, selera I ni dari dulu sampai sekarang, memang taknah surut. Alhamdullilah, masa lalu makan, makanlah, esok2, kalau terlantor kat umah sakit (mintak disimpangkanlah), orang bawak segala macam buah2an dan makanan yang boleh buat "kecor ayaq liyoq", tengok ajelah terbelip-belip biji mata, sebab takleh makan. Aleh2, orang yang bawak tulah yang pulon abih, berkenduri sakan lagi tu.
I ada sorang kawan tu, umur dia rasa2 dah nak dekat 50 tapi maintain kurus. Part kurus tu I bolehlah terima sebab dia tak penah beranak tapi bila dia cakap last meal dia pukul 7 malam and that's it for the day and cuma makan yang rebus2an jer, I terus cakap kat dia, "Rugilah ko, hilang nikmat dunia yang Allah bagi kat ko, makan jerlah tapi berpada2". Yelah, apataknya, daging tak makan, itu tak makan, ini tak makan, setakat vege rebus jer, mana nak dapat zatnya. I pulak memanglah malas nak berdiet, tengah malampun I boleh melantak lagi. Itu sebabnya I takut nak pegi check-up, nanti Dr listkan segala penyakit I, langsung I takleh lena tido.
Balik ke "hengat2 tahi ayam" ni, bukan aje produk nak kuruskan badan, kenkadang itu, vitaminpun, mula2 lajulah makan, lepas tu, kadang2 makan, kadang2 langsung tak makan. Ada tu pulak, I belilah costume nak kuruskan badan, mahal jugak reganya (sebenarnya bukan nak beli sangat tapi dek kesiankan kawan yang menjualnya, terpaksalah beli dengan hati yang maha berat), rasanya pakai dua kali jer, lepas tu malas, rasa menyeksakan dirilah pulak. Dahlah nak pakai punyalah susah, ketat pulak tu, memanglah tak dinafikan resultnya superb weiii .... ramping lagi, tapi .... amat menyeksakan apatah lagi di saat2 emergency, waduhhhhh .....
Oh yer, hari Sabtu lepas June 13, I join bowling tournament dengan bebudak ex-masscomm, aleh2, menanglah pulak kategori pompuan and kumpulan I "Sambal Belacan" dapat nombor 4, oklah tu. Hadiah yang I dapat untuk kategori pompuan, satu set beauty care worth RM1,500 tapi memandangkan I dah ada produk skincare I sendiri, taklehlah I pakai, sayangkannn....Siap ngan minuman kacip fatimah lagi. Nak tergelak jugak bila Pali dari TV3 cakap, "kalau laki lari jugak, tak tahulah aku".
Abih camnor, nak bagi kat saper yek product beauty care yang teman menang tu ... yang part nak turunkan berat badan teman ni, rasanya idoklah dapat. Mimpi jerlah.
Tuesday, June 16, 2009
Mission half accomplished
Cuma tengok wayang jer tak sempat sebab kebetulan I ada hal keluargalah pulak, so the whole day Thursday and Friday last week, terbuang macam tu saja. Oh yer, masa I cuti ni jugak, sempat juga we all gi kenduri ala-ala reunion dengan orang Istana. Dulu masa I kechik, I tinggal kat kawasan kuarters Istana Tetamu, sekarang ni orang panggil Carcosa Seri Negara. Kira2nya Carcosa Seri Negara itu bukan saja tempat kitorang bermain, selok-belok dalam Carcosa Seri Negara itupun kitorang dah tahu. Tapi tu dah berbelas2 tahun lamanya. Sekarang ni masing-masing dah buat haluan memasing. Kenduri tu kenduri anak salah seorang pekerja istana, so itulah yang I katakan kenduri tu ala-ala reunion. Bayangkan semuanya dah bercucu, yang dolu2 main kejar2pun dah bawak anak berderet2. I bawak Alea aje, sukalah dia tengok orang ramai2. Mak I dan adik beradik I pun happy sebab dapat jumpa kenkawan lama. Masing-masing bertukar2 khabar tapi lupalak nak bertukar2 nombor telefon.
Tapi apa yang penting, I dapat spend time ngan anak2. Part yang I plan nak tampal wall paper, cat syiling ngan kemas lemari tu, tinggal plan jerlah. Rasanya seminggu tak cukup nak buat tu semua. Takper lain kali boleh buat, tak larinyer, banyak masa lagi maa .....
Monday, June 15, 2009
Kita hanya manusia biasa
Tapi janganlah pulak, bila ditanya apa yang telah dibuat sehingga mengecilkan hati itu, balik2 cerita lama, balik2 yang lama juga yang diungkit. Bila ditanya kot2 ada yang lain selain yang lama jugak diulang2, tak tahu pulak apa dianyer. Pening, pening ... yang lepas, lepaslah, takyahlah balik2 itu jugak yang dijadikan penyebab, yang itu jugak diulang2. Yang lama tu dah jadi lipatan sejarah, sudah bermaaf2an. Dah tutup buku. Misalpun ada perkara yang mengecilkan hati, janganlah dok tuding jari kat kita sorang sebab kemungkinan perkara yang sama turut diwar2kan oleh orang lain dan mengapa kechik hati dengan kita sorangkan, kechiklah hati dengan orang yang turut mengatakan perkara yang sama. Itu hanyalah sekelumit berbanding derita yang telah kita tempuhi.
Lagi best, kesalahan kita aje yang orang nampak, kita ajelah yang mengecilkan hati orang, segala2nya kita tapi hati kita yang menanggung derita, ditipu hidup2, bukan sahaja berkecil hati tetapi terguris hati sepanjang hayat, orang sikit tak tahu. Luka di luar orang nampak, luka di hati tiada penawarnya.
Kalaulah I ada duit lebih
Memandangkan, I pun still blur macam mana rupa bentuk bilik yang I kepinginkan, I rasa I nak ambik Eric Leonglah suruh dia designkan biar nampak canggih tapi luas. Katil I nak tukar yang king size, biar besar sikit sebabnya kenkadang Sorayapun nak menyelit gak. Built-in cabinet I nak tambah so that, semua barang I dapat sumbatkan ajer dalam lemari tu, jadi tak nampaklah sepah dan semak sangat. So, kalau masuk ajer bilik tu, nampak katil and ruang untuk satu sofa kecil jer tempat bersantai atau bermalas2 sambil tengok TV dan ruang beribadat.
Bilik airpun nak yang kelas sikit. Rasanya bathtub tu takyahlah, pakai shower jer. I nak buat bathroom ala2 hotelnya. Aduh, angan2 ku begitu tinggi sekali. Tapi, mana tahu insyallah, termakbul apa yang dihajati. Aminnnn.
Friday, June 5, 2009
Seronoknya nak cuti sakan
Cuti ni, I plan nak spring cleaning rumah I, kemas apa yang patut, buang apa yang tak diperlukan. Buat nyemak aje. I nak tampal balik semua wall paper I yang dah nampak renggang tu dan nak pilih2 t-shirt I yang tak dipakai lagi, masuk kotak, post ke Selayang. Biar lemari I boleh bernafas sikit. Ini tak, punyalah banyak t-shirt sampaikan I tak tahu yang mana nak pakai. Aleh2nya, balik2 baju tu, seluar tu, baju tu, seluar tu. Baju kurung Ipun, memang tak terkira banyaknyer. Ada yang tak pakai lagi pun ada tapi I sayanglah nak bagi kat orang sebab semuanya cantik2 belaka.
I pun plan nak bawak anak2 dara I berbowling kat Curve sebab I ada six free games. Lagipun, I nak gak praktis2 sebab 13 Jun ni ada bowling event, mestilah nak buat yang terbest kan. Bukan aper, bowling game I kan dah merudum so, gi jerlah praktis ngan anak2 dara I tu. Oh, tak lupa jugak nak bawak anak2 dara I gi main kat Kidszport or Gallactica, One Utama. Tak sabar gitu.
Camnerpun, ni baru plan awal, tak tahulah pulak later2 nanti ada perubahan.
Hon jangan tak hon
Dah tu sampai kat trafik light pulak, lampu merah dah tukar lampu hijau, kete depan I tak jugak jalan2. "Aduh, apa yang digentelnya tu, cepatlah sikit. Dah tahu hijau, cepatlah turunkan handbrake tu, terhegeh2". Hon lagi ....
Oklah tu, sampai rumah, tukar baju terus pegi keje. On the way pulak, dekat2 PBD, ada satu teksi ni, tengah tidak, tepi tidak, sipipun tidak. I pun tak tahu arah mana teksi ni nak gi. I pun ngekor jerlah. Kete kat belakang I pun berderet2 ngikut. Dorang mesti cakap, "nilah pompuan, kalau bawak keter". Hallo .... cuba tengok sikit, I nak potong takleh, macam mana nak potong, dah teksi bodoh tu sendiri tak tahu lane mana dia nak duduk. Dah tu, bila sampai simpang nak gi ke PBDlah, teksi tu punyelah melencong 90 degrees, tak tengok kiri kanan dah, terus jer masuk ... oiiii, terkejut beruk I. Apa lagi satu das lagi honnnn I bagi. Drebar dia boleh buat bodoh jerrrr.
I terus drive sampailah kat PWTC, biasalah I mesti duduk lane paling kanan sebab nak laju sikit. Punyalah bengang depan I, satu kete Charade buruk ni, bawaklah dah begitu sentimental, lepas tu kete tu macam terhoyong hayanglah pulak, sekejap kiri, sekejap kanan. Memandangkan kete I tinggi, I boleh nampaklah apa yang drebar tu buat. Bayangkan sambil drive, dia boleh sibuk nak cari benda kat seat belakang. Hangin lagi, so I pun honlah, drebar dia buat donno jer, I hon lagi, barulah si Charade ni masuk lane tengah and sempat jugak I toleh tengok sapa ka si malaun tu ... rupa2nya pompuan tua, tadi dok sibuk kemas barang kat seat belakang, ni pulak, sibuk dengan handphone. "Makchik, driving class mana yang ajar makchik macam tu".
Ni dah nak sampai ofis, kat Balai Seni Lukis, I pun himpit lane paling kiri, senang sikit nak belok masuk ke ofis I, waduhh ... ada pulak satu motor ni, betul2 kat tengah2 dunia. Pegilah tepi sikit, boleh I ambik laluan, ini tidak, dahlah tengah2 dunia, boleh berborak2 lagi bergurau senda dengan awek tu. Nah, ambik ngko, akakpun honlah sekuat dan sepanjang yang boleh ... apa lagi terperanjat dorang, kelam kabut dibuatnya. Padan muka ...
Tak abih lagi ni, sampai simpang ke opis, jalan besar jadilah sempit sebab dua2 hala dah jadi tempat parking, I pun macam biasalah bagi laluan pada kete2 yang nak keluar dan apalah salahnya angkatlah tangan sikit tanda terima kasih, ini tidak .... hampeh. I ni bukan aper, nak masuk/keluar kete ke basement ofis I pun, I selalu angkat tangan tanda hormat kat guard2 yang jaga kat situ. Tak luak apa2 pun, kalau nak angkat tangankan. Kita hidup ni mestilah tahu hormat menghormati dan pandai berterima kasih. Ye takkk???
Kalau hari tu I ada isytiharkan Hari Malas Sedunia tetapi hari ini dengan rasminya I isytiharkan HARI MENGHON SEDUNIA.
Thursday, June 4, 2009
Alah, takyah nak makeover2
Ye ker, kena buat makeover ker? Kena gi image consultant ker?. Apa sangat yang boleh dorang buat. Pada I "just be yourself, you dont need to belong, you're on a class all your own". Apa yang penting, "keep your image up to date and you'll find you change the way you feel about yourself".
Most people think that staying young means looking 20 when you're 40, 50 or 60 and it's not so. To me staying young is about loving life, having enthusiasm, being joyful, healthy with a fit body that does what you need. In fact a lot of people are not comfortable in their own skin, even they are considered by others to be successful. Tak bersyukur betulll...
Alah, takyah nak makeover makeover, kita orang pompuan ni lawa macam bidadari sekalipun, seksi sampai nak tersembul tetek or tonggeng sampai tersentel seluar dalampun, kalau laki tu dah kena mandrem, dia nak tinggalkan kita, tinggalkan jugak. Silap2 yang jalan ngan laki kita tupun, kita sendiri tak larat nak tengok, betul tak. Yang penting, kita kena kuat iman, setakat lawa dengan makeover, iman tak kuat, kesabaran takde, tak ke mananyer.
Macam yang I mentioned earlier, just keep up to your image, be yourself, jangan terlalu dok terikut2, pegi consultant sana, pegi consultant sini, buat perubahan sana, buat perubahan sini, takut-takut terlampau nak bergaya sangat jadilah pulak "tak kena gaya". Dah banyak sangat yang I tengok kenkawan kelilling I, cucuk sana, cucuk sini, bukannya cantik, nampak macam hantu adalah, pakaipun ntah apa2, itu sebabnya I sedikitpun tak teringin nak buat makeover ni. Kenkadang image consultant ni bukannya boleh pakaipun, ntah aper2 yang disuruhnya, tak caya tengok apa jadi pada fesyen bebudak AF masa buat persembahan, kita tengokpun kelakarkan. Si image consultant tu sendiripun, gaya dorangpun boleh buat kita gelak golek2. So, diri kita, pandai2lah kita projectkan. Kalau rasa baju or fesyen tu tak sesuai ngan umur kita, janganlah pakai, buat malu jerr. Biar bersederhana asalkan sedap mata memandang dan tak jadi buah mulut orang.
Daripada makeover, I rather go for other treatments. Memang I every month gi facial buang sel2 mati, pedicure and manicure. itu biasalah. Memandangkan I dah masuk "40 carat", jadi part2 skin ni sensitivelah sikit. I taknaklah muka I berjerawat sakan or berjeragat. Insyallah, bila tiba masanya pulak, I akan bertudung tetapi bertudung dengan penuh gaya.
Camnerpun, ingatkan pada diri sendiri yang "beauty lies in the eyes of the beholder".
Wednesday, June 3, 2009
Part makan, usahlah berkira sangat
Yang bestnya kat opis I ni, kenkawan I ni semuanya rajin2 belaka bila nak buat majlis makan2. Siap panggil meeting lagi, list down semua menu. Kenkadang dalam pantry tu macam nak buat persediaan kenduri kahwinlah pulak. Ada yang jadik tukang bancuh air, tukang hidang, tukang potong2, tukang hias dan I ni biasalah tukang rasalah. Kagum betul I tengok dorang yang tak kisah nak masak lasak penang ke, lasak johor, nasi dagang, mihun, mee goreng ... aduh, tak sanggup I. Biarlah I huloq aje. Alah setakat RM10 or RM20, rasanya tak jatuh papa kedanapun, sedangkan beli kasutpun ratusan ringgit, inikan pulak RM10 or RM20, apa salahnya kannn.
Yang geramnya pulak, orang yang kedekut tu, bukan aje tak nak menghuloq, komplen lagi, makan tak sedap, tak cukup, menu tah aper2 ntah. Hallo ... kalau nak sedap huloqlah sikit, jangan dok nak komplen jerr. Dahlah komplen tak abih2, bila ambik makanan tu macam 10 hari tak makan, bertimbun2 dalam pinggan sampai tak cukup tangan nak pegang. Paling I bengang, orang tak abih makan lagi, sibuk nak membungkus. Tolonglah ... bagi orang makan abih dulu, yang lebih2 tu, kalau nak bungkus, bungkuslah, takdak sapa yang nak halang. Yelah, daripada membuang begitu sahaja, bungkuslah bawak balik. Ada jugak tu, majlis belumpun start, awak dah pegang plastik nak membungkus, tangan tu kiri kanan pegang buah, macamlah tak pernah makan buah. Pegi jer chowkit, macam2 buah ko boleh dapat, murah lagi ....
Ada sorang kawan ni, bukan takde duit tetapi tak tahulah dalam kategori mana I nak letak dia sama ada nak berjimat ker atau kedekut. Panggil makan kat umah, bayangkan lah, ikan kembung dua ekor, kerat empat ... dah tu tomyam beli kat kedai, balik rumah, masuk periuk tambah air. Jamu kuihpun, potong kecik2. Kita yang nak makan ni pun rasa tak tertelan dibuatnya. Itu takper lagi, ada sorang kawan ni, pun banyak duit tapi bila anak2 ajak gi McDonalds tak penah bawak. Mahal katanya, baik beli Ramly Burger satu bungkus, balik goreng boleh belah dua, lagi jimat. Hallooooo, berapa banyak sangatlah budak2 tu nak makan kat McDonalds tu. Budak2 tu bukan aper, dorang nak rasa jugak environment makan kat situ ajer, bawaklah, gaji sebulanpun tak abih. Anak2 tulah juga punca rezeki kita.
Kita nak bagi makan ker nak buat jamuan jamu orang nipun, biarlah cukup dan sempurna. Itu sebabnya jugak, I memang tak kisah nak belanja lebih sikit, asalkan tetamu puas hati. Tetapi, dalam kita tak kisah part2 makan nipun, ada jugak yang kata I ni kedekut, "sorok makanan lagi", astaqfirullahalazim. Sapalah yang tak sayang mulut tu, "patut sagat jer mulut tu kat jalan".
Tuesday, June 2, 2009
Gelak sampai tergolek2 dok
There are many other examples. Kenkadang, gatekeeper pun terlepas pandang, so jadilah macam ni. Kalau yang junior takper, kalau yang senior takkan kita nak check their copies, right. In fact, a friend of mine from the other media purposely called and teased me, "eh...sapa yang jadi raksasa ker lanun kat opis ko tu, panggillah ultraman suruh tolong, kitorang dah tak larat nak gelak, ada yang sampai guling2 gitu". Kat ofis I, we used initials to mark our "cleared copies" so that if there are any complaints later on, we just refer to the initials to the so-called copies, and kita tahulah sapa punya hasil tangan yang kreatif tu. Okaylah, humans make mistakes tapi janganlah obvious sesangat2 . The juniors we can tegur, what bout the very2 senior ones????
I masih ingat lagi, masa buat reporting dolu2, one of my collegues tersalah eja "Public Bank" jadi "Pubic Bank" throughout the whole story. Nasib baik subs perasan, kalau tidak, alamat, kena samanlah we all. Itu belum lagi yang ejaan "butir" jadi "burit" or "ketika" jadi "ketiak".
Satu lagi, kes konon2 nak buat lawak, terlepaslah pulak, tak taulah sempat tak round satu Malaysia, alih-alih dapat call dari one of the printing media suruh hantar correction cepat2 - bayangkan "News in Brief" dah jadi "News in Seluar Dalam". Yelah, brief tu selain dari "ringkas" boleh jadik "seluar kechik orang lelaki aka seluar dalamlah". Apa lagi kitorang kat opis dalam kecut2 perut tu, sempat juga gelak sampai tergolek-golek dok.
In any translations gak, we need to diversify the words. For example, in market reports (shares, klibor, klci or any commodities), the word "prices went up" boleh dipelbagaikan jadik meningkat, menambah, mengukuh, menokok, mengembang sementara "prices went down" dipelbagaikan menjadi menyusut, merosot, turun, lebih rendah, berkurangan dan lega. Idaklah kita boring bila membacanya, ye dakk???
Monday, June 1, 2009
Mak, semoga panjang umur
Dah kumpul ramai2 tu, memandangkan besday mak I is just around the kona (June 2nd), so kitorangpun cadang naklah celebrate in advance. I pun beli kek Secret Recipe and satay sementara adik ipar I, Yatie masak laksa and Azean belanja coke dan kacang dua bungkus (dua bungkus jer? takpe, yang penting the thought it counts). Simple sangat ... takyah grand2, baju laklik-laklik, berdesigner or berlabuci, janji adik beradik semua ada. We all adik beradik memang rapat, taklah semewah mana tapi yang penting silaturrahim terjalin erat. Takde Team A, takde Team B, takde dengki mendengki, takde hasut menghasut dan takde perasaan nak menunjuk2. Yerlah, separuh orang tu, asal kumpul jer, memasing nak menunjuk2 .... dari yang dalam hinggalah yang luar, yang berkasih sayang tupun ... macamlah dia sorang ada laki or bini. Berkepit macam belangkas ala-ala "couple of the year". Pirahhh ....
Mak I pun macam biasalah, risau memanjang ... takut makanan tak cukuplah, takut semua orang tak dapat makanlah dan macam2 lagi. Biasalah orang tua. Hari ni tak abih lagi, dia dah risau hari esoknya, "sapa nak gi pasar ... takut lauk tak cukup, kesian kat cucu2 kalau takda lauk nak makan". I cakap kat mak I, "esok, esok punya hal, hari ni, harinyer hal".
Acara potong kek lepas maghrib, tak ciup lilinpun, cuma doa selamat oleh adik lelaki I dan cucu2 nyanyi lagu "panjang umur mak/nenek". Sebelum potong kek, mak I cakap biarlah dia celebrate ngan cucu2 dia yang lahir pada bulan Jun iaitu Alea and Asraff. No hal one. By the way, umur mak I dah masuk 62 dan mak I abihkan usianya itu dengan menghadiri kelas ugama dan sekali sekala ikut rombongan suraunya melancong. Alhamdullilah, dia tak pernah menyusahkan anak2nya cuma anak2 yang selalu menyusahkan hati dia. Kenkadang I cakap kat mak I, "jangan dok risau tak tentu pasal, nanti sakit, susah" tapi mak I jawab, "takleh nak elak, mak mana tak risau pasal anak2".
Lepas acara potong and makan kek, sesi bergambarlah pulak, macam2 pesen. Ada yang suka bergambar dan adalah yang tetiba jadi poyo. Ada yang telentang, tergolek, ada yang jadi tarzan, batman dan macam2 lagi. "Smile, you are in Candid Camera". Aleapun happy sesangat tengok cousin dia yang gitu ramai tu sampai taknak balik. Soraya takde sebab dia tengah seronok berholiday di Turki bersama2 MIL and SILs I. Missed jugak dengan anak dara sulung I tu.
So, dalam minggu pertama cuti sekolah ni, rumah mak I kat Selayang ni, riuh rendahlah ngan cucu2. Tapi I rasa taklah tonggang terbalik macam dulu sebab ramai yang dah besar2 dan pandai bawak diri memasing. Mak I pun cutilah tak ngajar ngaji seminggu, nak layan cucu2.
Sebelum balik, I cium and peluk mak I sambil "bermuah-muah kejap" and ucap "selamat hari jadi dan semoga panjang umur". Masa ada mak ni, jagalah, esok2 kalau tak ada, baru nak cari. Manusia ni, masa ada, buat tak kisah, dah takde, barulah meraung2 ....