Thursday, April 2, 2009

PTK oh PTK

Masuk 4 kali KaKaje duduk exam PTK (Peperiksaan Tahap Kecekapan), finally barulah Kakaje lulus. Benda yang tak sangka boleh lulus, luluslah pulak, yang sangka kononnya boleh lulus ngan cemerlang, kantoilah pulak. Tak faham betul I .... Tapi kalau nak difikir2kan balik, walaupun KakAje ni bukannya straight-A student, rasanya idaklah KaKAje ni ngokk sangat sampaikan 40 markahpun KakAje takleh score. The first two yang KakAje fail tu, memang tak masuk akal langsung sebab rasanya KaKaje boleh jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang gitew...

Anyway, alhamdullilah, eeee, malas dah KakAje nak tengok/mentelaah buku (ntah dah lupalak nama buku tu). Yelah, tanya soalan takde kena mengena ngan keja KakAje, mana tak hangin satu badan. KakAje kejenya menulis, journalist, tanyalah yang ada kene mengena dengan journalism line like 5W1H ke, apa itu tajuk berita/slug ke, dateline, berita penting, header ... banyak lagi boleh tanya.

Ini tidak, ada ke soalan mengenai simpanan fail, cuti, elaun, minit mesyuarat, tender, perolehan .... halloooo, KakAje bukannya duduk kat bahagian pengurusan. KakAje kalau nak cuti ke, nak mintak elaun ke, nak mintak apa2 ke, KakAje isi jer form bagi kat Kak Dah, dialah yang uruskan. Rasa2nya ... kalau Kak Dah yang duduk peksa ni, tentu dia dapat 4 flat.

PTK ni kononnya, salah satu syarat kalau nak naik pangkat. Pada pendapatan KakAJe yang tak berapa tinggi ni, sebenarnya takyah. Yelah, untunglah dorang yang tak reti buat keje, tapi pass PTK, terus naik pangkat, abih yang tak pas tapi boleh buat keje, duduk melopong. Sistem ni memanglah tak bijak langsung.

Nak tahu, walaupun KakAje tahu kalau KakAje luluspun, takde bendanya sebab semua post dah penuh, tapi KakAje still pegi celebrate dengan kenkawan --Kak Dah, Sart and Kak Mona. KakAje belanja dorang kat Mandarin Oriental Hotel lagi. Itu baru pass exam, kalau KakAje naik setakuk, KakAje nak bawak dorang makan nuunnn kat Menara Kuala Lumpur.

So, kawan2 doa-doakan untuk KakAje yek ....

No comments:

Post a Comment