Wednesday, April 8, 2009

Update: Iklan menjengkelkan

Ingat tak entry I pasal iklan radio yang "menyakitkan dan menggelegakkan tahi telinga".

So, this is the sambungans ...
  1. Iklan beras Basmathi -- "Siti, siti, masak apa, boleh bau dari rumah meiii... (ini sora orang Cina). "Siti, siti, masak beriani ka .... (ni pulak sora orang India) .. Biasalah iklan radio ker, drama tv ker, mesti nak ada kemuhibbahannyer, semua bangsa kena participate. Kalau takde, tak sah.

  2. Iklan TM reward -- "Bang, ni air kosongnya" ... "Ohhh... sedapnyer, mari abang hadiahkan melancong ke Rome" ... "Ada udang di sebalik mi ke ... Abangg ... (suara bini yang mengada2).... "Joom kita makan udang kat Hong Kong" ... "Abangggg ... abang tak sihat kerr (bertambah mengada2 lagi bunyinyer) ..... "Nanti kita gi klinik kat Sydney". Aduh... tolonglah, tak sanggup I dengar, I pun bini orang gak, tapi taklah mengada-mengada macam tu. Jatuhkan martabat orang pompuan jerrrr ..
  3. Iklan Makanan bijiran nestle --"Abang, tadi saya bagi Aiman makanan bijirin (cakap ala-ala berlenggok2 lah pulak) ... "Ye ker ?? .. (jawab si laki) .... "Ya, ia juga senang dihadamkan, ada DHA, AHA .... vitamin dan mineral yang lain" (si bini dok explain) ...."Eh...laparlah pula, masak apa malam ni" (tanyer si laki) ...."Abang nak puding pisang, Aiman dah kenyang, abang jerlah yang makan yek".... Oh, pls ... boleh tak buat iklan yang nampak bijak sikit, ini langsung, tak membina minda. This is not the way nak lakukan produklah weiii ....

Atcually, bukanlah I nak downgradekan iklan-iklan ni tetapi kenkadang melampau2 sangat. Rakyat Malaysia dah makin pandai, kalau tidak takkan ada yang boleh dapat sampai 21As or 22As. Masa I dulu lainlah, dapat gred satu SPMpun dah ok, tak kiralah agregat banyak ker ciket ker ... janji first grade.

Tetapi, tak dinafikan juga ada sesetengah iklan yang bijak dan very2 entertaining to hear. Bukan setakat entertaining tapi boleh buat kita gelak tergolek-golek. Syabas to these type of iklans ..


No comments:

Post a Comment