Thursday, April 30, 2009

Yahoo, majlis rasmi tamat 10.30 malam

Kabinet semalam mengeluarkan panduan semua majlis rasmi membabitkan pemimpin peringkat Kerajaan Pusat dibuat secara berhemah serta tidak mengambil tempoh yang terlalu panjang supaya program berkenaan dapat diakhiri sebelum jam 10.30 malam.

Kabinet turut memutuskan supaya ucapan yang disampaikan juga perlu ringkas, padat serta bertumpu pada majlis yang dihadiri supaya orang ramai akan memahaminya dengan mudah serta jelas.

Yahooo ... ini berita gumbira untuk I ngan kenkawan yang sewaktu ngannyer. Takyahlah kitorang tunggu sampai lewat malam. Kalau story baguih menggoncangkan dunia takperlah jugak tapi kalau setakat lima para, lepas tu ntah apa2 pulak tu ... baik balik jerrrr...

Jangan tak caya, ada majlis yang "kita makannnnn dulu" lepas tu barulah nak bagi speech. Itu takper lagi kalau orang kenamaan itu datang punctual, kalau tak punctual .... berjanggut nak tunggu. Lepas tu lak, speech panjang macam langsir. ... adeh...deh..deh...

Lagi satu kalau makan yang course melayu, ok lagi, sekali hidang jer tapi kalau chinese course ... buat pulak sampai 12 course .... sapa nak jawab beb ...

Camnerpun, terima kasih bebanyak pada barisan kabinet yang membuat keputusan ini dan juga atas keprihatinan anda semua..

No comments:

Post a Comment