Tuesday, April 7, 2009

Yummy, sedapnyer cantonese yee mee

I ni spesies yang kalau dah suka satu makanan tu, I akan ulang banyak kali. I memang suka makan cantonese yee mee and cantonese kuetiaw. Aduh .... yummy, yummy ....sedapnyer, kecur air liur I kalau ingatkan food ni. Selalunya kalau I dah dapat tahu port kat mana ada favourite food I ni, wajib I pegi. I memang Lone Ranger, tak kisah sorangpun soranglah sebab esok matipun sorang-sorang dalam kubur.

Kalau kat rumah, I akan at least dua kali seminggu pegi makan kat CentrePoint, Bandar Utama kat Black Canyon Coffee. Dia, punyer cantonese kuetiaw memang very the sedap one. Weekends pulak, tengoklah if hubby senang, kalau makan kat Kuala Lumpur Golf & Country Club, mesti belasah cantonese kuetiaw jugak ... kengkadang dua hari berturut-turut, kalau gi sana, I makan the same menu. Memang tak jemu, kena pulak ngan cili jeruk dier ... uuuh... Cili jeruk kat club nipun I rasa paling the best. Tak berapa masam .... makan macam tu jerpun boleh ..

Paling latest, I dapat port baru cantonese yee mee sedap ialah kat Kopitiam, dekat-dekat Bangsar Village. Nipun tak sengaja. I singgah lepas penat beli party pack untuk besday Soraya. Sebenarnya saja2 jer nak pekena kopi kat situ, tapi bila I belek dia punyer menu adalak favourite food I ni. Apa lagi I pun mengordernyelah. Perhhh .... memang sedap and setakat hari ini, dah tiga kali I gi makan kat situ sorang-sorang.

Bila lagi yek I nak gi situ, parking susah beb ...

No comments:

Post a Comment